Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

mimpi

Malam tadi aku mimpikan orang yang dah meninggal dunia beberapa minggu lepas. Dalam Inn yang Lorelai [Gilmore Girls] bukak. Tengah bersantai duduk-duduk minum teh sambil baca buku. Senyum je dia bila nampak aku. Macam biasa dia buat masa dia hidup kalau terjumpa aku.

Meja dia lebih kurang macam tu lah. Cuma lagi besar. And say hi to Sookie!!


Patutkah aku rasa pelik dengan mimpi aku tu?

Tuesday, June 8, 2010

Kereta labu

Aku lihat kamu. Aku dan kamu. Kita. Kita sama-sama menaiki kereta itu. Kereta berbentuk seakan-akan kereta labu dalam cerita fantasi 'Cinderella'. Bergelak ketawa. Bahagia. Menuju ke destinasi yang kita sendiri pun tak tahu. Dipandu oleh kuda-kuda yang gagah. Diarah oleh pemandu yang cekap.


Bila kereta diberhentikan, kita sama-sama pergi ke tempat persinggahan masing-masing. Rumah kecil. Atau lebih tepat lagi, restroom. Dan aku kembali ke kereta labu kita. Menunggu kamu. Sambil berjalan-jalan sekitar itu dengan kereta labu tersebut. Sumpah! Tidak terlintas sedikit  pun dalam agendaku untuk meninggalkan kamu ke destinasi kita.


Tetapi kau telah mengambil masa yang sangat lama. Aku jadi risau. Mana kamu? Adakah kamu baik-baik sahaja? Kerisauan itu memaksaku mendail nombor kamu. Lama berdering, baru kamu angkat. Suaramu seperti dalam kesusahan, menambahkan lagi kerisauanku.

aku : kamu, kenapa lama sangat, kamu ok tak kat sana?
kamu : haa cakap lagi, cakap lagi!! [dengan suara yang sangat sayu, bersama esak tangis]
aku : kamu....

Aku bingung, kenapa kau tiba-tiba begitu. Kau menangis semahu hati. Tiba-tiba...

"hukkkk", aku terbangun daripada tidur. Ku sedar badanku tak berselimut. Lalu teringat mimpi tadi. Aku masih tertanya-tanya, kenapa kau menangis? Walaupun itu cuma mimpi, aku masih risau. Kamu baik-baikkah disana?








Sejak kebelakangan ni, aku slalu mimpi. Yang pelik-pelik. Aku pon pelik. Kenapa ye? huhu