Showing posts with label straight from the heart. Show all posts
Showing posts with label straight from the heart. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Dah lama rasa nak tulis pe yang bakal aku tulis ni. Tapi baru sekarang rasa nak tulis. [pe punye ayat lahh]

Assalamualaikum kawan-kawan. Aku tawu bukan hak aku untuk pertikaikan ape yang berlaku, sebab sume adalah takdir Allah. Kita hanya mampu merancang tapi keputusan sume kat tangan Allah. Lagipun, dari sudut yang lain, aku hanya orang luar.

Korang, aku sedih bila benda macam ni jadi. Ye, aku tawu memang kadang-kadang kite tak dapat nak faham orang lain sepenuhnya, tak dapat nak buat pe yang dia suka, dan tak dapat nak elak drpd buat benda yang dia tak suka. Tapi bila masing-masing ego, macam mana benda ni nak selesai? Mintak maaf pon tak guna kalau masih cakap belakang. Bile berdepan macam takde pape berlaku tapi dalam hati benci. Macam tu, tak hipokrit ke?

Aku tak sebelahkan sesape. Walaupon aku nampak macam rapat dengan salah satu, tapi aku tak nak judge sebab kalau aku dgr cite pon, aku dengar dari satu pihak je. Aku sedih tengok pe yang berlaku. Kenapa jadi sampai macam ni? Dulu kemain lagi kamceng, tapi sekarang?

Dunia ni kecik je. Kalau korang larikan diri dari satu sama lain pon, akan jumpa jugak. Korang takleh nak elak benda tu. Kenapa tak selesaikan benda ni elok-elok? Kenapa nak kena ade batu api antara korang? Kenapa??

Orang kata, benda dah nak jadi, jadi jugak. Aku pon xbape jelas pe punca utama, tapi aku rasa tak berbaloi korbankan persahabatan untuk benda tu.Aku harap satu hari nanti kita boleh duduk semeja bergelak ketawa macam dulu. Walaupon benda tu macam mustahil, kan?

----------------------------------------------------
Lagi satu, untuk KAU.

Aku tak benci kau. Aku takkan benci kau sebab pe yang berlaku antara korang. Aku bukan orang macam tu. Kau jangan nak bajet hot sangat lah. Boleh tak?

Aku just tak suka attitude kau. Jangan bagi harapan kalau JELAS kau dah tak nak die. Lepaskan die je leklok. Cakap terang-terang kau dah tak nak die, kan senang.

Kalau kau masih nak die, tunjuk lah yang kau masih nak die. Jangan main tarik tali lah nanti kalau kau kalah, memang sakit woo.

Ni nasihat ikhlas aku untuk kau sebab kau pernah jadi kawan baik aku. Bukan untuk kondem kau. Sekarang pon aku stil anggap kau kawan baik aku walaupon kau macam nak taknak je layan aku.

------------------------------------------------------

Thursday, February 25, 2010

Aku cuba

nak mulakan dulu, tapi ternyata suaraku tersekat di kerongkong. Ini adalah deja vu. Segala pengalaman lepas masih belum cukup untuk menyediakan aku berhadapan dengan situasi ini. Aku masih khuatir andai sejarah lama berulang. Aku masih takut jika insan itu murka lalu menarik muka lalu meninggikan suara memarahi aku. Walau aku tahu kali ini merupakan insan yang berbeza, aku masih menyimpan prasangka yang sama. Aku tahu aku bersalah kerana berperasaan sedemikian. Tak baik bersangka yang bukan-bukan sedangkan masih belum mencuba.

Kerana itulah, aku berpura-pura tidak ambil endah. Aku berpura-pura berbicara kepada kamu seperti tiada apa-apa berlaku walhal kamu agak dingin denganku. Aku cuba memberi senyuman walaupun kau membalasnya dengan senyum plastik[kekok]. Ya, aku sedar, kekekokan kamu dihadapan aku. Atau mungkin kamu definasikan sebagai, kemenyampahan?

Hati ini tertanya-tanya, sampai bilakah ia akan berterusan? Aku mahu berhenti membangau, jadi aku mencari-cari kesalahanku. Jawapannya = BANYAK, UNDEFINED, dan sebagainya. Aku juga seperti insan lain, punya kelebihan serta kekurangan diri. Yang paling utama, mungkin aku terlalu takut dengan perkara yang tidak pasti. Atau mungkin aku terlalu ego terhadap orang-orang disekeliling aku. Atau mungkin ini kifarah supaya aku merasai apa yang pernah dirasai oleh sahabatku lantaran perbuatanku dahulu.

Aku cuba menjadi insan yang baik, tapi ternyata masih belum berjaya. Malah, tidak hampir pun. Masih terlalu jauh. Kendati banyak manapun aku cuba, aku tetap akan melakukan kesalahan kerana sifatku yang tidak sempurna sebagai manusia biasa.

Sorry for hurting you. Again.
Sorry for being such coward to confront you.
Sorry for 'bersangka buruk' towards you.
Sorry for the cold attitude.

But I'm not sorry for becoming friends with you, and I mean it....





Teman maafkan jika ku melukaimu~ =)