Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Nasihat seorang kawan baik kepada dirinya sendiri

Text message [modify sikit supaya tak nampak shortform sangat]:
Dulu aku pernah tengok mmber aku risau sangat kalaw gf die tu tak menjadi dengan die... Aku pernah nasihat die, "kau kena yakin dgn Allah, Allah tawu yg terbaik ntok kau"... Jodoh pertemuan semua kat tangan Allah... Kalau beriye nanti tak menjadi, memang frust lah kan... Last-last dia clash gak dengan gf die yang tu, tapi sekarang aku tengok die lagi bahagia dengan gf baru die... Kiranya sekarang aku kena nasihat benda yang sama kat diri aku... Sedih memang lah, tapi kena yakin lah kn :)


Yakin lah dengan Allah, walau pon banyak mana kita sayang cinta bf/gf kita, tak semestinya dia jodoh kita. Kita takkan tahu perasaan dia betul-betul kat kita walaupon banyak kali dia cakap dia sayang kat kita sebab hati manusia adalah sesuatu yang misteri. Kalau betul-betul sayangkan depa, doa lah semoga dia jodoh kita. Minta izin dekat Allah supaya dia jadi milik kita. Setiap jiwa kan milik-Nya?

Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan bergantung harap dekat kekasih anda, sebab dia juga makhluk Allah. Tapi yakin lah dengan sunnatullah. Kalau tak menjadi tu, mesti ada sebab musabab dan hikmah yang kita tak nampak. Mungkin sekarang bahagia tapi nanti menderita?

Bersyukurlah sebab ada orang yang sayangkan anda walaupun dia tahu setiap penjuru kelemahan anda. Tak semua orang bertuah macam tu tau!


Takkan lari gunung dikejar =)

p/s: Hanya mengulas sedikit sebanyak ayat member, jangan ingat ni pasal aku pulak hehehe

Thursday, August 4, 2011

Ikhlas = Buang air?

Assalamualaikum semua! [kalau ade yang bace haha]

Macam mana puasa setakat ni? okkey tak? Alhamdulillah bersyukurlah sebab masih sempat untuk mengharungi bulan Ramadhan ni. Banyak tak amalan yang korang dah buat? Yang paling penting, ikhlas tak?

Ha, tu lah yang aku nak cakap hari ni. Tazkirah selepas Isyak beberapa hari lepas, ustaz tu bercerita tentang keikhlasan.

Ape dia tu keihklasan?
Menurut ustaz tersebut, ade banyak definisi yang orang dah definisikan. Tapi bagi dia, paling senang, keikhlasan tu adalah "kerana Allah subhanahu wa taa'la".

Macam mana tu?
Haa... macam ni. Kalau kita, contohnya, nak menderma kat masjid bila orang hulur tabung masjid tu, kita masukkan duit. Ape niat sebenar kita? Sebab Allah atau sebab malu dengan kawan-kawan? Kalau sebab malu dengan kawan-kawan, kata ustaz, baik tak payah derma dulu. Balik rumah betulkan niat dulu, baru lah derma.

Kenapa ikhlas ni penting sangat?
Ikhlas tu merupakan essence untuk beribadah. Ada satu cerita. Bila dah dibangkitkan selepas kiamat nanti di padang mahsyar, kita akan dihisab [dihitung] amalan dulu dengan dua dacing. dacing sebelah kanan dengan dacing sebelah kiri. Dikatakan bahawa kalau dacing sebelah kanan tu lagi berat daripada dacing sebelah kiri, insyaallah Syurga lah tempat insan tersebut.

Kalau kite buat ibadah, dia akan letak kat timbangan belah kanan. Kalau ade yang tak ikhlas, amalan tersebut akan menjadi seperti debu kering, dan ada angin yang akan terbangkan amalan tu begitu sahaja.

Rugi tak? rugi kan... Jadi, marilah kita sama-sama ikhlaskan niat untuk beribadah.

Perkara keikhlasan ni kita boleh apply kat amalan sunat aje. Jangan lah pulak nanti korang tak solat fardu sebab tak ikhlas. Tak puasa Ramadhan sebab tak ikhlas. Tak tutup aurat sebab tak ikhlas. Haha memang nak kena luku tu.

Ade satu analogi ustaz ni bagi, yang menarik hati aku. Ikhlas ni macam, qadha hajat lah. Bagi yang tak tahu qadha hajat tu ape, qadha hajat tu buang air besar. Kalau tak tahu jugak, tanye lah sesiapa yang tahu.

Kalau kita tengah duduk dengan kawan-kawan kite, pastu rasa nak qadha hajat pulak, kita umumkan tak dekat satu dunia;
"WOI AKU NAK BERAK!" 
TAK kan? Lepas tu, kita pergi tandas awam. Bila dah masuk tandas, kita tutup pintu. Tak nak orang tengok kita tengah ber'bisness'. Kat tandas tu, kalau boleh, kita tak nak orang lain dengar benda tu jatuh dalam air. Lepas dah selesai, kita tak kira berapa ketul, tengok warna ape, timbul ke tenggelam. Bila dah duduk balik dengan kawan kita, ada tak kita bagitahu dia;

"Tadi aku berak warna coklat tiga ketul timbul!"

Mesti TAK kan? Gila pengotor kalau ada haha.

Macam tu lah jugak keikhlasan ni. Kalau boleh kita taknak orang tahu yang kita buat benda tu. Biarlah takde orang yang tahu. Biar lah urusan tu antara kita dengan Allah je.

Ha macam tu lah kisahnye keikhlasan ni. Kalau boleh kita tak nak bagitahu orang kebaikan yang kita dah buat. Baru lah namanya ikhlas.

Kesimpulannye, kalau nak buat pape, ikhlaskan lah hati tu dulu. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Amin~

p/s: Kat sekolah dulu, ade analogi cakap ikhlas ni macam...


Semut hitam...

 
.. atas batu hitam...
 
..dalam gua yg gelap...




 ..pd malam yg gelap.

Ha, macam mana tu? Fikir-fikirkan lah. Sekian~