Showing posts with label dedication. Show all posts
Showing posts with label dedication. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

New Sem

Assalamualaikum


Hey!
The new semester is waving to me hai hai...
The past semester is waving me bye bye...
So do the holidays! [sigh]...

I hope there's something new for the new sem..
My attitude!
-No more 24/7 fb,
-No more EVERYDAY outing,
-No more late shower [not good for your health though],

-More exercises physically and in study,
-More fasting,
-More holy Quran reciting,
-More hardworking and study smart [I think I'm born lazy, its in the blood!]
Okay cooleustary, stop putting the blame on your parents!


Folks, don't be lazy like me. Put the priority. First thing first. Vital to less vital. Important to less important. Learn your priority.
Here, let me teach you ---> The Mayonnaise Jar and Two Cups of Coffee


And one thing, money is NOT everything.


Have a nice sem ahead, wish you all, all the best! And do the best! I know you can do it.


See ya!

Tuesday, June 29, 2010

Selamat Hari Selasa

Yang dulu spek besar,
sekarang spek dah semat.

Yang dulu tudung bawal,
sekarang dah pakai tudung stail-stail.

Yang dulu suka makan karipap + sambal makcik kantin,
sekarang dah makan pai blueberi.

Yang dulu comot momot,
sekarang dah cun melecun.

Yang dulu gigi besi,
sekarang gigi dah tersusun rapi.

Yang dulu single mingle,
sekarang dah ada abe wan. [opss..]

Banyak benda yang dah berubah. Tapi banyak jugak yang masih sama. Kau tetap aku panggil una. Kau tetap kaunselor aku yang hebat. Kau tetap comel dimataku [erghhh]. Kita tetap sharing is caring sama-sama. Mengadu itu ini. Bagi nasihat yang kadang-kadang kurang bernas.

Aku ingat lagi, dulu masa form one kita sama dorm. Dorm 3. Masa tu, aku budak baru lagi, third intake. Kau first intake. Masa tu kau rapat dengan Kerol. Selalu kesana sini bersama. Satu hari tu, Kerol pinjam termos aku. Nak ambil air panas kat DM [dewan makan]. Tapi lepas seminggu tu, dia xpulang-pulang lagi termos aku. Walaupun aku dah mintak, dia macam berdalih. Aku macam pelik tapi, biar lah, mungkin nak guna lagi.  Tiba-tiba satu hari tu, korang tarik aku pergi dorm kosong sebelah dorm kita. Korang masing-masing macam serba salah nak mulakan cerita. Last-last korang cakap jugak, sebenarnya kaca dalam termos aku tu dah pecah, tapi korang takut nak bagitahu aku, takut aku marah. Aku pun daripada diselubungi perasaan heran bin ajaib, terus berubah jadi nak gelak tengok muka korang macam tengah menanti hukuman sebat, takut punya pasal. Tapi aku tak lah gelak, macam kejam je. Aku cakap, "xpe lah, dah pecah nak buat mcm mana" [cool gile aku!!]


Itu cerita masa form 1. Masa form 2, kita dah separate dorm. Kau masuk rumah merah. Aku masuk rumah biru. Jumpa pon, dekat kelas. Tapi bila jumpa, still tegur "UNA!". Kau pon "COOL-GATE!". Hehe. Bila masuk form 4, masing-masing sibuk nak pilih stream masing-masing. Aku teringat, mula-mula kau dapat kelas 4 Jay Eff. Stream sains tulin agama. Tiba-tiba dengar cerita kau tukar kelas. Atas sebab-sebab yang aku rasa tak patut state kot kat sini. Tapi kelakar lah kau ni. Haha.

Edit guna paint je..


Masa form 4 tu lah, aku jadi rapat dengan Am. Rapat pun sebab perangai masing-masing sama- bawak henpon pergi sekolah, selalu lambat kemana-mana, agak rebellious dan sebagainye. Masa tu kau pun rapat dengan Am jugak. Jadilah kita the three muskeeters. Selalu buat kerja pelik sama-sama. Tapi seronok. Sampai sekarang kita masih macam tu. Kalau jumpa, macam kanak-kanak sekolah je.

Okay aku rasa dah lah mengimbau memori. Aku nak state kat sini, banyak benda berubah, banyak benda yang sama. Ada satu benda yang obviously dah berubah hari ni. Umur kau. Kau dah 21!

HUSNA KAMARUDDIN,

HEPI BIRTHDAY FREN!!

Hope kau hepi-hepi selalu disamping [tuut] . Kalo ko sedih, gtaw aku ye.
Aku syg ko.. Muahh!! Tenkiu for being my dearest fren!!

Saturday, June 26, 2010

Wahai Ding Ding....

Kan best kalau kau perempuan...
Mesti aku dah boleh lepak kat rumah kau mase aku bosan-bosan.

Aku selalu berangan masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang member perempuan yang kamceng rumah dia dekat-dekat dengan rumah aku. Kiranya kalau aku bosan ke, takde keje nak buat ke, aku akan pergi rumah dia. Lepak bilik dia. Bukak fridge rumah dia buat macam rumah aku sendiri. Panggil mak dia macam aku panggil makcik-makcik aku. Buat treehouse dekat pokok yang besar dekat-dekat rumah kiteorang, main dalam treehouse tu sama-sama. Main masak-masak. Buat pinkyswears. Simpan rahsia sama-sama. Tulis surat, lepas tu simpan dalam kapsul masa, tanam kat mana-mana, bila dah sampai waktu yang ditetapkan, bukak balik kapsul masa tu.

Gosip-gosip pasal boys dengan dia. Main masak-masak. Kalau nak nangis kena marah dengan parents ke, pergi dekat dia. Buat kerja gila sama-sama. Selalu pergi playground sama-sama. Jalan-jalan. Main skipping. Buat homework. Makan aiskrim. Kunyah chewing gum. Pergi fun fair. Makan cotton candy. Shopping. Menggedik.

Dan sebagainya...

Kalau tulis memang panjang lebar ni. Tapi masalahnya impian tu memang impian je, Bestfren perempuan aku yang paling dekat pon, rumah dia kat Bangi. Itu pon dah makan dalam 30 minit tak silap aku. Yang kat Shah Alam ni, ada, tapi lelaki lah. Si ding ding yang aku sebut tadi tu. Minggu ni beliau bizi. Kalau nak ajak hangout pon kene tunggu minggu depan. Ding ding tu nama gelaran je, tak kan lah dalam IC pon nama dia Ding-ding bin sape sape. Hahaha.  Nama beliau Aizzat. Beliau suka sangat tengok Doremon. Rasanya kalau Doremon tu betul-betul wujud mesti beliau sanggup fly ke Japang untuk jumpa Doremon tu. Dalam kereta beliau pon ada Doremon yang joget-joget kalau kena solar tu. Tahu tak yang mana?
Yang ni lah.

Eh lupa ada lagi sorang, bro aku. Apit [haa komersial x nme lu?]. Aku panggil dia bro sebab dia macam bro aku lah. Best kawan dengan beliau, lagi-lagi masa perlukan khidmat nasihat beliau. Memang macam bro lah pendek kata. Lagi 1, beliau pandai buat lagu. Siap mengaku gitar-gitar beliau sebagai aweks beliau. Kalau beliau kawen dengan gitar nanti aku tak tahu lah nak cakap macam mana, memang dah jodoh kot. Lagu beliau sedap-sedap hingga menjilat laptop. Ishh takkan itu pon korang percaya, mana ada orang jilat laptop, baik jilat lolipop. Aiskrim ke. Ish ish ish.

Ishh masuk yang ni dah dua orang besfren lelaki yang aku cerita kat post ni. Tak masuk lagi orang salji aku tu.   Dengan bos aku. Ishh ramainya lelaki! Aku ni gatal kah? uihh mana ada, itu lah takdir namanya [nak sedapkan hati sendiri]. Alah kadang-kadang berubah angin apa salahnya kan? Ehehe.

Ok sebelum aku merepek lagi panjang, mari aku emphasize kan disini bahawa sesungguhnya penulis yang bergelar Cooleustary ini sedang kebosanan di rumah tak tahu nak buat apa. Nak tengok cerita Toy Story 3.




nak makan Noodle Station

Macam-macam lagi nak buat. Hurmm... Ok lah maaf lah kerana merepek. Sekian...