Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Resah Hati

Tadi terjumpa sesuatu yang aku tahu kalau aku baca kompom banjir shah alam ni. So aku decide untuk x baca, koyakkan dan buang terus benda tu. Buat pe sedihkan diri kalau kita boleh hepi kan? Hehe

Itu hanya satu fasa. Satu hari nanti kita akan pandang belakang dan kata:
"Ah bodohnya aku"
Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa semua berlaku. Tetapi kita tak sedar, tak semua soalan perlukan jawapan. Sesetengah soalan ditanya untuk kita berfikir, apakah kalau itu tidak berlaku hidup kita akan sama seperti masa kini? Tapi kalau kita berpegang teguh pada tangan Allah, masakan Allah akan menghampakan kita?

Tak semua orang yang hadir dalam hidup kita ditakdirkan untuk menjadi penghuni kekal. Adakalanya mereka datang untuk sementara. Untuk mengajar kita pengajaran berharga yang  tak pernah kita fikirkan selama ini. Kemudian dia pergi tinggalkan kita. Meninggalkan bekas tapak kakinya dalam hidup kita. Ruang kosong. Dan satu hari nanti, orang yang lebih baik akan datang mengisi ruang itu. Mungkin tidak baik dimata manusia lainnya, tetapi lebih baik untuk kita.

Kadang tertanya adakah diri ini cukup sempurna? Akan tetapi di mata insan itu, kitalah yang paling sempurna. Tiada cacat-celanya. Dan selama mana pun kita ambil untuk sedar keadaan itu, setelah kita sedar, cukup lah semuanya untuk kita. Ya, semuanya.
Bila hati menerima seadanya, tidaklah resah hati itu.
Sunyi pun perlukan teman. Sunyi yang terlalu lama mengundang derita. Sekuat manapun kita, sesibuk manapun dengan kerja, kita masih memerlukan teman untuk berbicara dan bergurau senda. Begitulah indahnya ciptaan Maha Pencipta.

Teman, tidak semestinya kekasih yang teristimewa. Teman boleh jadi ahli keluarga. Sahabat yang setia. Rakan sekerja. Jiran tetangga. Toleh lah kiri kanan, anda tidak keseorangan. Jika perlukan pendengar setia, mengadulah kepada yang Maha Mendengar. Kasih sayang, cinta agung-Nya tiada batasnya.

Wednesday, November 30, 2011

I think I'm in love

With all these! With Breaking Dawn's soothy and beautiful melody. With the fact that they're still together after all of these years.


"Cause there'll be no sun light if I lose you baby,
cause there'll be no clear sky if I lose you baby,
and just like the clouds my eyes would do the same,
if you walk away, everyday it will rainnn... rainnn.... rainn...."



from Edward to Bella
"I have died everyday waiting for you,
darling don't be afraid I have love you for a thooouuuusand years,
I've love you for a thooouuusand years."

The dazzling Garden/Woods wedding with tons of white flowers
The love that never dies
The fact that Edward will do anything, and I really mean anything to make sure Bella is safe.
I need that. I need a guy who is afraid of losing me. The one who will do anything to make me stay. The one who will literally cry if I walk away. The one who will treat me differently from other girls. Like Edward with Bella. Like Ross with Rachel [in F.R.I.E.N.D.S]

Ross stops Rachel from leaving to Paris

Friday, October 14, 2011

FRIENDS: The proposal


Even though I've watches F.R.I.E.N.D.S like zillion of times, there are scenes that never failed to make me tear down. This is one of them :
video taken from ---> youtube


Chandler: Oh my God.

Monica: Chandler, In all my life I never thought I would be so lucky.
As to fall in love with my best, my best…
There's a reason why girls don't do this!

Chandler: Okay!Okay! Okay! I'll do it! Oh God, I thought...
Wait a minute, I-I can do this.

"I thought that it mattered what I said or where I said it

Then I realized the only thing that matters is that you,
you make me happier than I ever thought I could be.
And if you'll let me, I will spend the rest of my life
trying to make you feel the same way.



Monica, will you marry me?"

Monica: Yes.(He puts the ring on her finger.)


the proposal words are from here

Sunday, October 2, 2011

Dan hujan pun jatuh menyembah bumi...

Melihat ke luar jendela, menghirup udara segar.

"Alhamdulillah, aku masih bernyawa saat ini", gumamnya.

Saat realiti seperti menakutkan. Saat dia tak sanggup untuk menerima satu lagi kehilangan. Langit mendung seakan kesedihan.

"Bagaimana pula dia, baik-baikkah sahaja?"

Hatinya diselaputi kerisauan. Lantas dia menoleh ke skrin komputer ribanya. Merenung satu-satu perkataan yang seakan berterbangan. Yang sudah dibaca berulang kali. Matanya tertancap ke satu nama yang tidak asing baginya. Pantas sahaja jarinya membawa cursor ke arah nama itu, dan menekan dua kali.

Dia memerhatikan sekali lagi. Hatinya rasa tak sedap. Guruh sudah mula membelah langit.

"Ah, barangkali aku overthink lagi sekali ni", fikirnya.




Dan hujan pun jatuh menyembah bumi.

Wednesday, September 14, 2011

Tutti dan Sizuka

"Nadia...", panggil Nadirah.

"Ye", jawabku memberi respon tanpa mengalihkan mataku dari jalan raya.

"Betul kan pe yang kita buat ni?", ujar Nadirah separuh pertanyaan separuh kesebakkan didada.

Lantas fikiranku melayang kepada apa yang berlaku petang tadi. . . 

--------------------------------------------------------------------------------
Cuaca sungguh hening ketika itu. Tenang sekali. Sekali-sekala angin lembut menampar pipiku. Aku berjalan ke arah keretaku, membawa Sizuka.  Dia meronta-ronta seakan-akan mahu lari daripadaku. Kuletakkan Sizuka ditempat duduk sebelahku. Lantas aku hidupkan enjin kereta. Tanpa menunggu enjin panas, kakiku menekan pedal minyak lalu tanganku memutar stereng dan menuju ke asrama puteri untuk mengambil Nadirah.

Jam 6 petang bukanlah waktu makan angin yang sesuai diatas jalanraya terutamanya pada hari bekerja. Kereta berpusu-pusu mahu menuju ke rumah. Tidak kurang juga mereka yang mencari juadah untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa enam. Ada juga sebahagian mereka yang mempunyai destinasi mirip aku dan Nadirah, ke tasik.

Sizuka


Aku melihat Sizuka seakan-akan kelemasan dalam bekasnya yang aku tutup. Lalu aku tunduk untuk membuka sedikit bekas tersebut tetapi memandangkan aku sedang memandu, ia agak sukar dilakukan. Penutup bekas itu berada di tanganku dan aku lihat Sizuka dengan jayanya memanjat bekas tersebut dan keluar merayap-rayap diatas karpet dalam keretaku. Aku jadi cemas, bagaimana kalau Sizuka tiba-tiba merayap dan mencengkam kakiku ketika aku sedang memandu, pasti nanti aku akan terkejut dan besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

"NADDDDD!!!!", jeritku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kutahu Nadirah tidak mungkin mendengar jeritan zahir dan batinku akan tetapi mahu juga kulepaskan jeritan itu.

------------------------------------------------------------------

Sizuka dan Tutti

"Nadia, kau lah buat dulu", pinta Nadirah keberatan mahu melepaskan Tutti-nya ke tasik terlebih dahulu.

"Okkeyy", ujarku lalu bergerak menghampiri gigi air untuk melepaskan Sizuka-ku. Aku mengambil Sizuka yang saiznya kecik sedikit sahaja daripada telapak tanganku [tidak termasuk jari], dan melihatnya dari depan.

"Kalau tengok dari depan, die macam senyum", kataku sambil tersenyum kearahnya, seakan-akan kura-kura tersebut mengerti bahasa manusia yang paling indah itu.

Kawan Nadirah yang turut bersama kami di tasik tersebut bergerak ke sebelahku untuk melihat kebenaran kata-kataku sebentar tadi. Dia hanya tersenyum melihat kura-kura tersebut.

"Betul ke selamat kalau kite lepaskan dorang ni kat sini?", tanyaku untuk membeli masa.

"Betulll.... Selamattt...", jawab kawan Nadirah.

Aku merasa sangat berat hati mahu melepaskan reptilia tersebut ke habitat semulajadinya. Adakah dia mampu untuk meneruskan kelangsungan hidupnya tanpa bantuan kami? Mungkinkah dia akan dimakan oleh haiwan-haiwan lain yang berkongsi habitat dengannya di tasik itu? Adakan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan air tasik? Serta banyak lagi soalan-soalan lain mengganggu mindaku.

Kutahu Nadirah juga sedang berperang dengan fikirannya. Mungkin perasaannya lebih berat kerana memang dialah yang membeli sendiri Tuttinya, dia yang menjaganya dari sebesar ibu jari sehingga menjadi besar telapak tangannya [juga tanpa jari]. Dia seolah-olah seperti ibu kepada Tuttinya.

Walau sesusah mana pun untuk melepaskan Sizuka ke tasik, aku harus melakukan yang terbaik untuknya. Aku tidak mahu dia berakhir seperti rakan-rakannya yang lain, mati dalam bekas di rumah. Biarlah dia dapat menikmati hidupnya sebagai kura-kura sebenar dahulu sebelum menutup mata.

Lantas aku memandang Sizuka buat kali terakhir. Lama. Dan aku meletakkannya benar-benar tiga sentimeter diatas permukaan air sebelum aku melepaskannya. Aku lihat dia berenang terus ke dalam tasik. Perasaanku ketika itu, hanya Tuhan yang tahu. Sebak, seolah-olah kehilangan insan yang kusayang. Kulihat diam permukaan tasik itu, mengharapkan Sizuka akan berenang ke permukaan air. Tetapi hampa.



Aku memandang Nadirah memberi petanda bahawa gilirannya sebentar lagi. Raut wajahnya sedih. Dia juga melakukan sepertiku, memandang Tuttinya  buat kali terakhir, dan memberi nasihat seolah-olah kura-kura itu mengerti setiap perkataan yang dia ungkapkan. Aku memandang kawannya tetapi kawannya memberi isyarat meletakkan jari dibibir, isyarat supaya aku tidak berkata apa-apa. Lalu Nadirah pun melepaskan Tuttinya ke tasik.

"Kalau die mati, die terapung kan?", tanyaku naif.

"Haah kalau mati die terapung", jawab mereka.

"Kirenye die tak mati lah ni kan, takde pun terapung", jawabku memahami.

"Jom lah balik, dah nak pukul 7 dah ni", ajak Nadirah.

Lalu aku memandang sekilas ke tasik lalu melihat Sizuka ku sedang berenang di permukaan tasik seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepadaku.

"Tengok! Die berenang keatas!", ujarku keterujaan. Mereka memandang ke arah tasik tetapi Sizuka mungkin terkejut kerana keterujaan aku, berenang kembali ke dalam.

---------------------------------------------------------------------------
Dalam perjalanan pulang...

"Betul kan pe yang kita buat ni?", ujar Nadirah separuh pertanyaan separuh kesebakkan didada.

"Betul... Cube kalau kite simpan die, pastu tak jage betul-betul sebab bizi, kalau die mati..."

"...kite yang berdosa", pintas Nadirah.

"Aku tak tahu lah dosa tu kat kite ke tak, tapi kalau dia mati, depan mata kita, sebab kita tak jaga betul-betul, kan serba salah jadinya", jawabku dan memandang kearah Nadirah.

"Tapi bukan dosa kita ke, die mati sebab kita tak jaga betul-betul", ujar Nadirah.

Aku hanya menjawab dengan mengangkat bahu.

Wednesday, August 17, 2011

Untuk kamu


Tika jantung berdegup untukmu
Saat lagu mendayu-dayu
Bila hati mengigau-gigau
Fikiran melayang kepada kau
Saat hujan menyimbah ke bumi
Kau datang membawa pelangi
Masa terik menyinar mentari
Kaulah payung membayangi diri ini

Thursday, March 3, 2011

Kaca

Selama ini jantungnya berdetak di bawah bumbung kaca binaannya sendiri. Selesa sekali. Selamat. Dia berdiam di sana untuk satu jangkamasa yang lama.

Tiba-tiba kaca itu berderai. Sedang dia enak berlindung. Serpihan halus terkena dirinya, mengguris kulitnya, memotong pembuluh darahnya. Sakit yang tidak dapat dia gambarkan. Kaca itu dunianya selama ini. Baru dia tersedar, kaca itu bukan selamanya teguh. Sekali dititik batu, berderai jatuh ke tanah.

Dia pasrah. Di sanggup membina lagi. Kalau boleh biarlah dengan huluran tangan keduanya. Biar tangan-tangan itu saling membina dan berlindung. Berapa kali pun dia sanggup. Sampai bumbung yang teguh tersergam megahnya, terlihat indahnya.

Saturday, February 19, 2011

10 things

This is just... epic =)

I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you’re not around,
and the fact that you didn’t call.
But mostly I hate the way I don’t hate you, 

Not even close.

Not even a little bit.

Not even at all.


This is just... sweet =D



Sunday, January 9, 2011

4 =)


Pastikan kau dengan aku jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas niatku untuk berpaling
Maafkanlah aku sayang bila belum kau bahagia
Sejauh langit diatas kan ku kejar bahagiamu

Kendati selautan segunung permata dikanan dan kiri selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti, dialah dihati.




When I am exhausted, Lucky in my life
You come to me as if in a dream
When I sadly fall asleep, Lucky in my dream
You warmly hold me tight
I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile
When I want to cry, Lucky in my love
You look so cool in my imagination
When I feel depressed, Lucky in my world
You always hold me tight, as if in a dream
I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile
Everything is beautiful, I am so happy
I fill this lonely world with my wishes
I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile
Come one step closer to me

Wednesday, December 15, 2010

Magikkah?

Bila pisau halusinasi mencucuk-cucuk belikat melingkau-lingkau rusuk petanda bodoh-bodohnya kebodohan yang dibodohkan.
Kenapa yang dirasai sakit tidak terperi bagai tiada jawapan menangisi benda yang tidak tahu hujung puncanya.
Apa sebenarnya keadaan punca penyebab jatuhnya air ini di pipi walau cuba digali mungkin kamu lah sahaja yang memahami bukan kau mahupun kau yang lain, aku tidak peduli.
Mungkin bodoh-bodoh itu aku ataupun kamu, rindu tapi tak bertemu atau apa lagi kali ini mimpi-mimpi merapu merasuk waras aku meracau dalam igauan termenung dalam kenyataan.
Bila mungkin 'bersua' menjadi satu kepastian?


Ketahuilah sebenarnya dan sesungguhnya rindu bertindih-tindih menjadi banyak menjadi berat di pundak biarpun tidak kelihatan tapi itulah perasaan yang sukar dijelaskan dengan logik akal manusia yang tidak panjang itu.
Kalau aku merapu kekiri kekanan kedepan kebelakang keatas kebawah kesemuanya kamu sahaja yang terlihat terdengar mahupun terasa, magikkah?


Katanya; bukan, ini cuma.... cinta.




YA! CINTA!

Thursday, October 28, 2010

Puteri

Kalau kukatakan dengan indah itu sebuah lagu,
Tercari-cari keindahan kata-kata,
Kadang hati keliru,


Benarkah itu tempatku?


Bulan dipagari bintang,
indahnya dimata bumi,
camburunya pungguk disini,
bahagiakah bulan?
lupakah bulan padaku?


Angin semilir berhembus lembut menampar pipi,
Nyaman rasa sang puteri,
Terkenang sang putera yang dirindui.


Derap kaki melangkah pergi,
Lembut memijak bumi,
Terpandang bunga cantik ditepi,
Tangan memetik terkena duri,
Darah mengalir tapi tidak dirasai,


Bibir menguntum senyum,
Manis,




Walau hati kosong tak berisi.














p/s: takde motif hak3
p/s: Nak tuka layout blog, ingat nk pkai yg transformers tu punye, tapi coding die ilang skali ngan hard disk yg rosak tu.. T_T
Nak design sndiri, photoshop pon xdak, cane? huhuhu

Saturday, October 16, 2010

Gila

Kalau rindu bisa dititipkan menjadi tinta, satu buku pun belum tentu kehabisan tintanya. 

Tak faham kenapa rasa macam ni padehal baru je nampak. Orang kate, gila tu satu penyakit. Dan dadah adelah antara benda yang berbahaya. Tapi kalau kita gila bayang, itu penyakit jugak ke? Boleh tak nak jumpa dokter psikologi yang boleh ubatkan? Lagi satu, kalau kita addicted dengan manusia, manusia tu kira macam dadah ke? Kirenye manusia yang kite addicted tu adelah dadah kita? Tapi aku tak rase bahaye pon dengan manusia ni. Aku rase selamat je ade lahh...

Ahh merepek merepek merepek. Tak sampai 24 jam dah macam ni. Tak tawu lah macam mane kalau berhari-hari nanti? Sabar lah wahai hati...

Sunday, October 3, 2010

Smile


Whenever I see you, I see my heart in it.
If feels safe there.


And I pray for it forever will. =)




uncle kracker - smile

You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold
Buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile


(^_^)-<[ Thank You! ]

Saturday, September 25, 2010

...

-ucapkanlah-
"Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu"

"Kadangkala kita hanya sedar keindahannya pabila ia sudah tiada di depan mata"


-di pintu syurga-
"Apa daya kita melawan masa"

"Andai daku pergi sebelummu, kenangkanlah ku selalu didalam doamu, kaulah cinta pertama yang terakhir untukku"


-apa saja-
"bukan ku pinta yang luar biasa, cuma secebis janji setia"


-jika kau tiada-
"Jika kau tiada hilanglah bintang di langit yang berkelip memelita malam yang hiba hilanglah keajaiban kelapan di dunia"


-yang sempurnakanku-
"anugerah Tuhan yang sempurnakan ku"

"bila kau ada hati kan berbunga"

"ku akan selalu menjadi bintangmu"


-selamat malam-
"kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpi mu, kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku, pari-pari kuutus bawa kau kesini lagi"











7916, miss you =|

Saturday, September 18, 2010

Hallucination

Eh?
Pelik, bila rasa macam henfon berbunyi tapi tak ada apa-apa.
Pelik, bila semua orang yang saya jumpa harini nampak macam kamu.
Pelik, bila semua motor atas jalanraya nampak macam motor kamu.




Baru sehari dah macam ni...
Hai lah jiwangnye daku huk3...
Cooleustary yg cool and awesome, banyakkan bersabar ye..

Saturday, May 22, 2010

Snowman makan aiskrim


I never knew that
The feeling of missing someone
Could cut and bleed your heart

I never thought that
Once it come, it will never go

Hope you're doing just fine there






~ miss yah ~

Friday, May 21, 2010

Bila rindu




Aura yang memecah semesta,

Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian,

Kesepian menyelubungi hari-hariku, 

Disajikan dalam doa-doa bergelar rindu, 

Yang menanti kau datang dan pergi, 

Seperti impi-impiku, fantasiku, 

Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran, 

Disisi cuping di setiap corong, 

Lorong yang lohong, 


Benar ku tak bohong, 

Bila hati menyanyi~


Friday, May 7, 2010

Kejiwangan

Kau macam awan,
nak kucapai, xmampu,
aku hanya mampu tunggu.

Kau macam bulan,
aku pulak pungguk yang rindu,
saban hari menantimu.

Kau macam pelangi,
hadirmu jadi penyeri,
walau gelisah mana hati.

Kau macam cotton candy,
senyum manis,
bersusun gigi.

Thursday, April 15, 2010

Jiwang mode

Dah lama xupdate blog ni. Banyak benda aku nak cerita tapi macam bahaya je kalau aku spill out kat sini. Xpelah, aku cerita pasal aku sekarang ni.


Aku baru je lepas habis present mini projek programming, as well as test 3 numerical. Tiba-tiba rasa nak update blog.

Dengan tak semena-mena ingatanku melayang kepadanya,
Dengan tak semena-mena, rinduku menggamit terhadapnya,

Dia senyum, aku jadi kagum.
Mana lagi nak dapat senyuman menawan macam tu?
Dia pandang, pergerakanku terkekang.
Ilmu apa dia pakai?
Dia berlalu, aku terkaku.
Bila lagi dapat berjumpa dengannya?

Aku jadi rindu,
perasaan tak menentu.
Tak mampu nak menghindar,
supaya dia keluar, dari kepala ini.

woahh jiwang jugak aku ni hehe...

Tuesday, February 16, 2010

My Love

I just done watching the movie "valentine's day" with Nad last week. Sorry, I'm not the type that celebrate Valentine's day but I've promised to Nad to watch it together since the first we saw the trailer when we watch "Jennifer's Body". At that time, I don't know the movie's title and the trailer's seems appealing, so we decided to watch it when the movie is out. I like watching new movies, even though sometimes the movie is not really interesting, but at least I learn something new.


After watching Valentine's Day, we wander around and saw an old couple sitting at the bowling side, waiting for their grandchildren to finish playing. I can't help myself from thinking of things that I usually avoid of thinking. Things like:


Will I ever grow old with the one I love?
Will I ever met a man that will love me till the end of his life?
Will the man of my life hold my hand while walking, even after we have 5 child together? [like my dad did]
Will the man kiss my forehead before he goes to work everyday, even if our children is there? [again, like my dad did]
Will he wake up in the morning and look at me with eyes full of love, even after many years we've been together?
Will he smile at me and cheer me up when I'm down?
Will he hug me when I'm scared?
Will he prepare 'breakfast in bed' for me when I'm sick?
Will he sing my favorite song to me?
Will he appear with a bouquet of flowers in front of me on special dates, like birthday and anniversary?
Will he propose to me on his knees?
last but not least, Will I ever met the guy?


...and lots of things like that. It might look like little things, but any woman that have this man as her soul mate, are ultimately lucky. At least I think that way. Deep down, I can only pray for the best, since I'm not perfect too.


Hey, stop thinking that I'm 'gatal' or desperate or things like that. I'm 20 already, I have the right to think bout my love life and my future. My mom have already married at this age. So what??


Okkay back to the topic. One of my favorite quote from the movie


...
Alex : How come u can be happy with your wife, with your marriage?
Kelvin : Easy, I'm married to my best friend.
Alex : I thought I'm your best friend.
Kelvin : You're my guy, she's my girl.
...
v(^_^)v