Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

127 hours





I just finished watching 127 Hours on the screen of my laptop. Yeah I know its kinda lame, but at least I've watched it.

Watching this movie gives a bump on my head. Like, you know, this Aron guy, I envy him. He has his own patience and can chase it by his own without depending on others. He is an expert on his field. He can help lost people to find their way back.



And unfortunate him, all of sudden his hand stuck under a huge rock. I can't even imagine if it was me. I might be crying by then. Most probably because I am a girl. I don't think I can get through that. I mean, with one hand dying under the rock, can hardly move, have only a bottle of drink to survive for how long, only Allah knows. Even peeing is a problem there.

But Aron, he gets through it. He didn't finish his drink in one sip. He conserved it. He ate things that we can never imagine eating. He ate his contacts. He tried everything. Uses all kind of ropes to move the rock, but none succeeds. The rock's too big and heavy. And he is deserted in a canyon that even crawling creatures wouldn't live in. Imagine that!

While counting the days, all the flashbacks keep coming up. It’s sad because he thought he could never meet his family, his colleague, and his fellows again. He even carves "RIP Aron" there.

Despite all that, finally he takes an alternative to live, which is sacrificing his dead hand under the rock. He cuts his own hand in order to survive. And he made it!

We can see here, in desperate situations we should never give up. If this Aron guy can sacrifice his hands to keep living, don't be afraid to let go the things that keep holding you to the past. Life just doesn’t work that way.  Keep moving on to the future. Sometimes taking a glance at the past could not hurt, but don't be there for too long. There's a lot surprises upon us. We just have to find it. Explore it.

And keep smiling.


Thursday, January 20, 2011

Just Go For It

Semalam aku keluar tengok muvi cite Khurafat. Entah le aku rasa macam membazir lak RM14 tu huhu. Tapi yang menariknye, aku nampak iklan ni kat tv kat depan panggung tu;


Haa, ade Jennifer Aniston!!!!! Aku eksaited macam nak melompat semalam haha. Bile tengok tarikh die, aduyai bulan March baru tayang kat Malaysia? Lambat gile die publish. Tak kireee aku nak tengok gak cite ni. Wait for me Jenny ;)

30 March 2011

Ehehe~

Friday, July 30, 2010

Mana Nazmi?

Aku melihat jam di dinding. Sudah 15 minit selepas pukul 12. Aku jadi tak sabar. Hatiku berdebar-debar. Seakan-akan menunggu lagi 15 minit itu seperti menunggu lagi 15 jam. Kelas microprocessor yang diajar oleh Encik Ehsan yang baru pulang dari Barcelona sudah tidak menjadi fokus di minda.

"Okey saya rasa sampai sini jelah saya ajar hari ni", ayat yang kutunggu-tunggu akhirnya keluar juga. Cepat-cepat aku mengemas barangku lalu beredar, tetapi dihentikan oleh seorang rakanku.

"Nadia, tengok handset kau"

"Celcom eh? Aku tak bawak yang celcom"

"ohh... ha aku nak tumpang kau boleh? Diaorang pergi PTAR [istilah perpustakaan untuk pelajar UiTM]. Aku sorang-sorang"

"Ohh... okay", memandangkan tempat yang aku tuju searah dengan rumahnya.

Tiba-tiba Sara berkata "Kau tak payah masuk pun tak pe, biar aku jalan sikit"

"Tak pe weh, aku memang nak pergi arah sana pun"

Sara seakan-akan tertanya-tanya kemanakah hala tuju ku yang sebenarnya.

"Haa... kau nak pergi tengok wayang ehh?? Elele... ", kata Sara apabila mentol diatas kepalanya sudah menyala seperti dalam cerita kartun apabila orang mendapat idea.

"Haah", jawabku, ringkas.

----------------------------------------------------------

Selesai menghantar Sara, aku meneruskan pemanduanku ke destinasi yang dituju. Tidak sabar rasanya untuk menonton filem itu. Inception. Dengan kehadiran heronya yang hensem Akan tetapi jalan jam pula. Tidak mengapa. Masih sempat. Bisik hati kecilku supaya aku memandu dengan berhati-hati.

Apabila sudah tiba ke destinasi dan parkir kereta, aku berjalan laju, hampir-hampir berlari ke panggung wayang untuk mengejar waktu. Waktu pada masa itu sudah 1.20 dan tayangan cerita Inception pukul 1.30. Pasti ada iklan dahulu sebelum cerita. Membuat aku mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah dahulu sebelum melangkah ke alam fantasi itu.

--------------------------------------------------------------

Sedang aku khusyuk melihat Leornado Dicaprio beraksi, handphone aku bergegar-gegar menandakan panggilan masuk. Mujur aku meletakkannya pada mode silent. Kalau tidak, pasti kedengaran lagu spongebob squarepants yang pasti menganggu tumpuan seisi penonton.

Aku tidak berhasrat untuk menjawab panggilan tersebut, cuma memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa aku sedang menonton. Mak bertanya bolehkan aku mengambil Nazmi, adikku dari sekolah petang ini, tepat jam 3.45. Aku pun tanpa berfikir panjang terus setuju. Kerana pada perkiraanku, masih ada lagi 10 minit selepas cerita itu berakhir untuk aku ke sana.


----------------------------------------------------------------------------
Biar aku terangkan apa sebenarnya yang patut aku lakukan pada petang Rabu. Nazmi pergi sekolah agama, dan aku akan mengambil dia jam 3.45 dan menghantarnya ke sekolah kebangsaan kerana ada ko-kurikulum.
-----------------------------------------------------------------------------


Akan tetapi, aku tersilap pengiraan. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh menyangka 150 minit itu sebagai dua jam, walhal sebenarnya dua jam setengah. Jika aku mula menonton pada jam 1.30, pasti cerita itu akan berakhir pada jam 4 petang. Aku cuba menghubungi mak tetapi tidak berjaya. Beliau sibuk mungkin. Aku sudah menggelabah, tetapi sempat lagi pergi ke kedai bawah untuk membeli lasagna yang sudah sekian lama aku idamkan.

Aku memandu selaju mungkin tetapi masih berhati-hati. Setibanya di sekolah Nazmi, kulihat kawasan menunggu itu kosong. Hanya ada seorang bapa lain yang menunggu anaknya. Kulihat jam di dashboard kereta, sudah 4.15 petang. Hatiku jadi tak keruan. Aku keluar dari kereta menjenguk-jenguk kedalam sekolah, dengan harapan aku nampak Nazmi menunggu dimana-mana. Tetapi hampa, jangan kata Nazmi, bayangnya pun aku tak nampak.

Aku cuba lagi menghubungi mak, dan kali ini berjaya.

"Mak, Mi takde mak!", kataku separuh menjerit.

"Ha, along kat mana ni?"

"Along kat sekolah Mi lah mak, takde orang pun..."

"Eh pulak... entah-entah Mi jalan kaki kot dengan kawan-kawan dia" kata mak, cuba menyedapkan hati.

Aku berharap jangkaan mak benar. Di saat itu, mindaku sudah ligat memutarkan perkara yang macam-macam. Mi diculikkah? Adakah aku akan berjumpa dia lagi selepas ini?

"Tak pe lah along, along balik rumah dulu nanti mak cuba call mi. Tak pon along call mi okay?"

"Mak, along takde no mi, mak bagi no mi kat along" [p/s: henfon tu henfon baru sebab tu tak ada nombor dia]

"Ohh takpelah biar mak call mi".

Klick! 


Masa dirasakan sangat lambat berlalu. Mak tidak pula menghubungiku. Tiba-tiba kedengaran lagu spongebob squarepants dari poket seluarku.

"Along, mak cuba call mi tapi tak dapat"

"Haa macam mane ni?"

"Tak tahu lah along, along balik rumah dulu ehh, mak rasa dia jalan kaki ni"

Tiba-tiba talian terputus. Aku pun terus SMS mak meminta nombor Nazmi dan permintaan aku berbalas. Aku pula cube menghubungi Nazmi. Terus masuk ke voicemail.

arghh!!! aku sudah tidak keruan.


Aku yang kerisauan terus pulang kerumah tetapi melalui jalan yang berkemungkinan akan berjumpa Nazmi. Tetapi hampa. Aku tidak melihat kelibat beliau dimana-mana. Aku pulang kerumah dengan hati yang galau.

Pulang ke rumah, aku terus menikmati lasagna tadi. Aku pun tidak memahami mengapa seleraku untuk makan masih tebal pada situasi sebegini. Sedang aku menikmati lasagna tersebut, mak menelifonku.

"Along, betullah Mi jalan kaki, mak dah dapat call dia tadi"

"Ohh yeke, pandai pun jalan kaki", [err perangai yang tak elok, jangan ikut]. Tetapi aku lega mendapat tahu adikku selamat. :)

"Haah.. Nanti petang nanti along amek die ehh, ni kire denda sebab lambat ambik dia tadi"

"Hehe okey mak"

Barulah aku dapat makan dengan aman. Sekian~

Sunday, January 10, 2010

I see you ; )

Aku pergi tengok Avatar semalam. Okay, aku taw agk lame n agk lmbat, tapi pedulik hape aku! Mula-mula sblum cite ni kluar, aku macam xselera nak tengok sebab macam xmenarik. Tapi ada beberapa orang dah bagi pandangan diorang, cakap cite ni best, aku pon decide nak tengok kat wayang.


Aku tengok sorang2. Betul, xtipu. Aku cuba nak rasa apa yang Yana cakap kat aku, 'feel' kalau tengok wayang sorang2 lain berbanding kalau tengok dengan mmber. Kebetulan pulak, aku memang rasa nk bersendirian kejap. 


For me, Avatar memang superb. Jalan cerita dia ringkas je sebenarnya, tapi pengolahan dia memang best. Tambah pulak, grafik die sangat cantik n unik. Sound pon cun gak. Sepanjang 2 jam 45 mnit pengembaraan aku ke Pandora tu, xde 1 minit pon yang aku rasa membazir, sume best2. James Cameron memang hebat la dalam menghasilkan karya2 masterpiece camni. Aku respek beb! Dulu cerita Titanic pon, aku terpikat jugak. Cara Jack cuba selamatkan Rose walaupon terpaksa mengorbankan diri sendiri. Dia cuba jugak lindungi Rose walaupon masa tu nyawa dia sendiri pon nyawa2 ikan je. Orang yang tengok, mesti faham ape yg aku rasa ni kan?


Watching Avatar make me think things that I usually ignore. Humans are too damn selfish. They just think about themselves, about their desire, about their life, despite of others. When some other things or human have the things they want, they'll consider them as enemies. They'll destroy and destroy until they get what they desire. They'll even kill. At the end of the day, wait, there's no end of the day for them. They'll never get satisfied. Then, when they realize how bad it is to do that, it's too late. All have already gone. So the end?? For sure the sad one.


But not all of them act this way. Some of them still have love in their heart. This 'some' is the one who will go against the bad guys, and surely save the day. Life isn't that simple. Think of it, which one are you, the bad guy, or the 'some' guy??






warning kepada yang berkenaan: I'll not let you hurt me again, EVER!!