Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Ipad Baru

Iman [anak sepupu kami] sedang membelek-belek IPad Mini Mayah. Selepas itu ayahnya, Abg Herman [sepupu kami] datang kepada kami, lalu Iman menunjukkan Ipad Mini Mayah kepada Abg Herman.

"Bak, ni IPad Mini",

Abg Herman pon memandang kearah Ipad Mini tersebut, lalu berfikir seketika. Kemudian dia bersuara;

"Bak takde Ipad Mini. Nak tahu apa bak ada? Ipad Bini!",

Lalu kami pun, iya, anda tahu yang selanjutnya.

Sunday, September 23, 2012

Penang mariii


Last aku menjejakkan kaki ke Penang ni masa menghantar adikku Nazrin ke UiTM Permatang Pauh masa dia mula-mula buat diploma dulu. Tu pun tak lah berjalan mana. Mayah ada tanya boleh tak nak pinjam kereta aku untuk da pergi ke penang dengan kawan-kawan dia memandangkan Kia Spectra tu dah layak masuk kedai besi buruk, takut apa-apa jadi nanti. 

Tiba-tiba mak kata kawan Mayah dua orang tarik diri last minute, meninggalkan Mayah dengan sorang je kawan dia [lelaki]. Mak dengan ayah memang siang-siang tak setuju kalau mereka pergi Penang dua orang je, not morally sufficient. Jadi, mak suruh aku tag along, dengan mengofferkan diri sebagai sponsor aku kat sana. Bila fikir-fikir balik, best jugak kan. Aku pun setuju. Mak suruh ajak Nad sekali tapi Nad agak segan.

Maka bermulalah perjalanan kami ke Penang menaiki kereta Myvi terbang. Laju gila lah kawan Mayah si Julius Caesar tu bawak. tak sampai 4 jam kami dah berjaya jejak ke Jambatan Pulau Pinang tu. Terbang kaaan?

Sampai aje kat Penang, terus cari tempat nak makan. Kawan Mayah Mei Ling dan kawannye Lau Lau [yeke?] bawak kami makan, tapi disebabkan kami MASIH recover daripada diarrhea, selera belum datang lagi, plus aku dah makan macam-macam dalam kereta.

Taman botani
Lepas makan, kami menuju ke Taman Botani. Masa tu cuaca dah gelap-gelap romantik gitu. Kami jalan tapi tempat tu kecik aje, macam taman rekreasi biasa. Ingatkan besar sangat. Ke kami salah tempat? wallahua'alam. By the time dah habis jalan yang ambil masa lebih kurang 10 minit gitu, hujan pun jatuh ke bumi.

Hujan yang turun renyai-renyai, sikit-sikit aje.Straits Quay adalah destinasi yang seterusnya. Tempat ni macam shopping complex untuk orang-orang kaya nampak gaya, bila masuk kemudian keluar ikut pintu belakang, ada Marina kat situ. Banyak lah kapal-kapal lepak kat port tu. 

Marina Penang
Kami decide menuju ke Muzium P.Ramli lepas lepak kat Marina Bay itu. Masuk-masuk je muzium tu, orang tu terus tanya,

"Sekolah mana ni?",

Aih rasa macam nak peluk cium je haha tapi takdelah buat, sangat kontroversi hahaha. Macam-macam belajar pasal P.Ramli kat sini. Yang slack nye tak boleh nak ambik gambar.


Fort Cornwallis









Malam tu Kami berjalan-jalan ke Gurney drive. Tak tahu pulak lah kisahnye kat sana ada banyaak stall makanan. Kami dah dinner kat Old Town dah. Berjalan-jalan tu, jumpa lah satu gerai magik, kami ingat nak trngok barang je tapi dia terus buat magik show kat situ, terpana kami. Last-last Mayah beli satu set magik show performance. Bro tu pon ajar macam mana nak guna.
-----------------------------------------------------

Hari kedua...

Kami memulakan pagi kami dengan sarapan di Pelita! Ada kemungkinan tu lah Kedai Pelita yang ori. Lepas tu kami fetch Mei Ling di sekolah dia dan memulakan perjalanan dengan berjalan-jalan sekitar pekan [eh?] Georgetown. Kami pergi ke Chocolate Boutique. Masuk-masuk je diorang terus guide ke section-section yang ada kat situ sambil bagi kami rasa sample-sample chocolate yang ada kat situ. Chocolate durian pon ada. Chili pon ada. Aih terkenang lak masa pergi lawatan ke kilang Beryls tu, masa baru knal emm hehe. Lepas ke Muzium Chocolate, kami pergi dekat-dekat dengan Komtar tu. Niat hati nak lawat Muzium Chow Fatt Tze tapi dia ada waktu-waktu melawat tersendiri, kena tunggu. Kami kensel trip tu dan jalan-jalan sekitar Georgetown dan cari lukisan. Tak jumpa semua lah, jumpa sikit je.



Lepas jalan-jalan tu, kami pergi ke rumah Peranakan Baba Nyonya, besar jugak tempatnya. Lunch di  Prangin Mall, makan Mekdi. Gaya macam kat Shah Alam ni takde Mekdi pulak kaan. Dinner kami di Gurney Drive, tak banyak stall yang bukak, tapi ada jugak street performance daripada this lady.
Rumah Peranakan Baba Nyonya




Pasemboq Penang marii

Hari Ketiga...

Kami checkout daripada hotel dalam pukul 9 lebih macam tu, pergi breakfast. Hari ni, kami pergi ke Bukit Bendera. Subhanallah memang cantik permandangan kat atas tu.
Railway kereta api naik bukit bendera


Next stop:


Tempat beluncas 'berehat' sebelum jadi rama-rama







Kala jengking glow in the dark

Mentadak mentaduuuu
Cenderahati untuk diri sendiri hehe

Thursday, November 24, 2011

Biase laa, budak U

Pagi tadi ada test. Lepas tu pergi software lab sebab nak buat progress untuk AI [artificial Intelligence]. Ingatkan pukul 12.30 boleh lah balik rumah. Tiba-tiba pukul 12 dapat text
"Petang ni pukul 2 kita buat video. Mintak tolong datang".
Oh itu video untuk MGT [Business management] by the way. Aku macam sikit kecewa sebab tak boleh balik rumah awal, tapi takde lah kecewa sangat sampai rasa nak mara orang.
Buat video untuk jualan menatang ini

Aku tunggu pukul 2 kat surau level 16. Mata memang ngantuk. Semalam kurang tidur sebab stadi untuk test pagi tadi. Nak tidur tapi masa tu dah nak pukul 1 ptg, orang nak solat. Aku duduk. Tidur duduk. Bayangkanlah betapa ngantuknya aku. Aku tunggu, nak bangun solat pukul 2. Tiba-tiba dapat text
"Pembetulan, buat video malam ni pukul 9.30"
Aku dah berapi didada mase tu. Fikirkan aku sepatutnya boleh balik awal lagi. Fikir kereta aku mesti kena block dengan kereta lain, dan aku tak boleh nak minta tolong si Ding Ding sebab mestilah mase tu dia takde kat fac lagi. Aku reply text tu
"Ang niiii sengaalll laaa"
 Tapi bos aku dengan releknya menjawab
"Ye"
Aku pun pergi kereta. Panas. Nak tolak kereta. Nasib baik slope tak curam. Aku sampai rumah, tengok adik dan adik-adik sedara aku tengah menjamu selera. Adik Erie tanya;
"Macam mane test tadi, boleh jawab?"
Aku terus cool down tengok mereka semua tengah makan. Aku jawab;
"Boleh laa"
Adik Erie tanya lagi;
"Dah tu malam ni boleh laa main Saidina?"
Aku jawab;
"Esok ade presentation, malam ni kena siap-siap"
Adik Erie cakap;
"Macam-macam alasan"
Aku pun senyum sambil jawab
"Biase laa, budak U"

Thursday, November 17, 2011

The genius handsome one!

Aku turun dengan niat ingin membantu mak memasak. Maklum lah bibik tiada, jadi sedikit handicap lah kami. Kami pun bercerita, dan seperti biasa mak akan  banyak bercerita dan aku banyak mendengar cerita mak. Tapi aku suka mendengar cerita beliau walaupun sudah mendengarnya berulang kali.

Tiba-tiba mak memberitahuku
"Nazmi dapat mumtaz", kata mak.

Aku pulak macam baru lepas tengok hujan coklat kat luar. Hey siapa yang suka coklat macam aku, mesti rasa terkejut mula-mula tapi lama-lama aku jadi sangat teruja. Wei adik aku dapat MUMTAZ PSRA!!!

Aku rasa hepi sangat untuk dia. Bila mak bagitahu peratus dia, aku sangat terkejut. Dia bukan pandai, dia genius! Dalam adik beradik aku, dia lah paling tinggi PSRA setakat ni. Kalah Mayah woo.

Hari ni, aku bangun dengan rasa tak sabar nak tahu result UPSR Nazmi. Dia tak pergi sekolah awal-awal, mak pon cakap takyah pergi awal-awal, pergi masa result dah nak keluar: pukul 10 pagi. Tapi sebab mak nak run some errands, mereka keluar rumah dlm 9.30pagi macam tu. Aku tak boleh nak ikut sebab ada kelas pukul 10.30pagi. Masa dalam kelas tu, walaupun lecturer agak scary, aku dok fikir pasal adik aku ni, camne lah result dia eh.

Aku text Nazrin, tapi Nazrin takde dengan Nazmi. Jadi, aku message lah Nazmi.

"Mi, dah dapat ke result?", aku tanya
"Belum", sepatah je dia jawab.
"Ohh haha jangan takuuut ehhh", saje nak saiko.
"Ok", aduyai adik aku sorang ni, mane boleh text orang 'ok' je, aku tak gemor betul orang text 'ok' je kat aku.  [tampar dahi]

Aku text Nazrin balik, lepas tu Nazrin bagitahu aku yang Nazmi dapat 5A. Aku memang dah dapat agak sebenarnye sebab beliau rajin buat latihan walaupun mak selalu bising dan ada 'tutor' segarang Mayah.

On the way balik aku singgah gerai IEEE dengan Sara sebab nak beli cupcake akak kezuheran buat, sedap dan menarik! Aku beli jugak untuk boy of the day: Nazmi dan jugak adik-adik aku yang lain. Upss, aku tak beli lagi hadiah untuk besday Naqib. Aku kena keluar lah ni nak beli hadiah untuk besday Naqib yang lepas. Aduyaii...

Aku balik rumah dengan eksaitednye, terus tweet


lepas tu Mayah pulak reply


Aku dah senyum geleng-geleng kepala. Macam-macam adik-adik aku ni hehe.

Haaa by the way, nak show off cupcakes yang akak kezuheran buat

Welcome to sesame street!!!

cookie monster!


Elmo!!!


Grouchy Oscar!


Comot monster!
boy of the day: the genius handsome one =)

Thursday, July 14, 2011

Basikal Roda Dua

Maafkan saya kerana telah lama membiarkan blog ini sepi tak berpenghuni. Kerana desakan kerja [yang tak berapa nak kerja] tambahan pula mood untuk merepek sudah hilang, lalu blog ini dibiarkan.

Perlu ke tulis macam tu? haha. Alhamdulillah aku dah selesai buat praktikal kat TNB. Sekarang tengah sibuk nak siapkan report nak anta ke UiTM pulak. Aduss, susah benau jadi orang bizi ni. Jadi orang tak bizi bosan pulak nanti.

Aku hendak mengisahkan tentang tajuk yang aku tulis kat atas sana hah.

Biar aku tanya korang semua,
Bila kali pertama korang naik basikal?

Aku, masa aku tadika dulu. Masa tu duduk kat Melaka. Aku ingat lagi, ayah yang beriya ajar aku naik basikal. Mula-mula, basikal kecik yang ade 4 roda tu. Lebih kurang camni lah bentuknya:


Masa tu, laman rumah aku besar, takyah cerita lah. Quarters TNB lah katekan. Aku naik basikal. Mula mula ok sebab ade 4 roda. Lepas tu ayah cabut 1 roda yang kecik tu. Tak stabil. Aku naik, banyak kali jatuh. Naik lagi, jatuh lagi. Sampai lutut berdarah. Dah lah cengeng, nangis je. Tapi aku naik jugak basikal tu, sampai berjaya. Lepas tu, esoknya ayah longgarkan roda yang satu lagi. Aku tak sedar bila ayah buat. Tapi tibe-tibe longgar, takkan lah kucing buat kan?

Aku naik jugak basikal dengan roda kecik yang longgar tu. Pusing-pusing laman rumah. Tapi memang rasa tak stabil. Masa tengah naik tu, aku dengar bunyi besi. Tapi aku teruskan jugak kayuh basikal. Bila aku pusing kat tempat bunyi besi tu, aku nampak roda basikal tu dah cabut. Aku tengok aku naik basikal 2 roda sekarang. Punyela hepi! Tak terkata.

Itulah orang kata manisnya satu kejayaan. Cewah ayat nak berbunga je kan. Kalau ayah tak buat camtu [longgarkan roda, biarkan aku jatuh dan bangun sendiri], mungkin sampai sekarang pon aku tak reti lagi naik basikal roda dua.

Sekian. . .

Sunday, June 19, 2011

Daddy's home

Banyak benau sesawang kat blog aku ni, nampaknya dah lama aku tak update. Bukannya takde benda nak tulis, tapi kekangan kemalasan menjadi halangan [ceewahh]

Seperti yang korang suma sedia maklum, semalam hari bapa kat Malaysia. Tapi ayah aku takdak kat rumah. Nanti aku tunjuk blogspost ni ye bila dia dah balik.

Currently aku tengah tengok cerita "8 Simple Rules". Cerita ni berkisar tentang betapa overprotectivenye dia, Paul Hennessy sebagai seorang ayah kepada anak-anak dia, especially anak gadis dia. But in some way, aku rasa dia sweet sangat. Maybe nampak macam old-fashioned but still, this is a good quality to be a dad.


Tanpa merepek dengan panjang lebar lagi, mari aku tunjukkan korang episod dimana ayah dia baru je mati sebab eksiden, famili dia jumpa artikel terakhir ayah dia. [p/s: dlm real life pon, die dah mninggal]



Last but not least,

I LOVE YOU AYAH!

I don't care who you are, where you're from, what you did, you are still my number one superhero =)

Wednesday, December 29, 2010

The "Telefon Nazmi" thing

Uhuk uhuk uhuk aaachuuumm!!!
Alamak nampaknye macam banyak je habuk-habuk old year. New year belum sampai lagi, so ni kira habuk old year lah kan. Eh eh jap aku nak bersihkan sawang kat corner tu yeh...


Okay beres.

Aku nak sambung cerita pasal kisah kat PD ni.

-----------------------------------------------------------------------
Ada satu masa tu, aku baru lepas mandi. Aku masuk bilik, tengok henpon. Nak tuka theme henfon. Tak sempat nak tuka, tiba-tiba adik aku Nazmi call. Aku pun pelik. Dah duduk serumah nak call-call pulak. Gedik betol. Tapi tak pe lah, aku angkat je.

"Hello?"
"Hello long", aku dengar suara garau. Setahu aku si Nazmi ni belum pecah lagi suara dia.
"Long, tolong bukak pintu weh, aku terkunci kat luar ni", ohh baru dapat cam, adik aku Nazrin yang empunya suara tu rupenye. Aku pun bukak pintu yang sambungkan bilik aku ke balkoni.
"Kau ni, bodoh kan?" kata aku sambil tergelak.

Nazrin pun mula bercerita. Sebenarnya dia nak ambil angin je kat balkoni tu. Tapi tiba2 tergerak hati nak bawak henfon Nazmi. Bila dah keluar tu, tiba-tiba angin tutup pintu bilik. Dia ingatkan nanti boleh bukak, tapi terkunci lak. Macam-maca adik aku ni.


Wow sory kinda rusty dah lame tak menulis huhu.

Wednesday, December 8, 2010

The "Kenapa Nazmi macam Cina" thing

Aku tengah baca komik dalam bilik. Naqib seperti biasa lah masuk dan kacau aku.[p/s: Aku kena share bilik dengan beliau sebab apartment ade 3 bilik je. 1 master-mak aku, 2-Nazrin ngan Nazmi, 3-Naqib ngan aku.]

Naqib memang terkenal dengan sifat "reporter" yang suke sangat tanya macam2 dalam kalangan famili kteorang ni. Jadi Naqib pun tanya aku.

Naqib: Alonngg, kenapa muka Nazmi macam tu ehh?

Meh jenguk sikit muka Nazmi mcm mana.


Aku: Macam mane? Mane along tawu. Knape muke Naqib macam tu?

Naqib: Bukan, knape muke Mi macam Cina?

Aku: Along tak tawu lahh Naqibbb...

Selepas beberapa saat..

Naqib: Hah Naqib tawu knape muke Mi macam Cina!

Aku: Hah knape?

Naqib: Mase mak lahirkan die kan Mi kene vacuum kan, vacuum vacuum lepas tu muka kene tarik pergi atas lepas tu POM! jadi lah macam Cina.

Aku dah sakit perut gelak mase tu hahahaha.

Tuesday, December 7, 2010

The "Mak cakap 'aish' " thing

Kisah ni berlaku kat PD a.k.a Pot Diksen. Seperti yang aku dah nyatakan dalam post lepas, kami sekeluarga pergi bercuti kat sane minggu lepas. Kami duduk kat apartment TNB. Yang bestnye dok sini, ade swimming pool and dekat bebeno dengan laut.

Tapi yang tak bestnye, lautnye tak lah secantik kat pantai public PD tu. Kalau siang sikit, ade banyak rumpai laut. Pasir pon tak putih. Jadi, kami mandi laut pagi2 je. Lepas tu mandi swimming pool.

kiri Nazmi kanan Naqib.

Pandangan dari lobby apartment kitaorang


Petang hari ke-2 disana. Naqib beriya-iya ajak kami turun nak mandi swimming pool. Aku dah mandi pagi tu, jadi malas pulak nak turun lagi sekali. Nazrin pon sama. Nazmi sibuk main PS2 die. Mak sibuk buak sudoku die. Pendek kata macam xde orang nak teman Naqib turun berenang. Maka terjadilah perbualan ini;

Naqib: Mak, Naqib nak pergi swimming pool.

Mak: Naqib nak pergi dengan siapa?

Naqib: Naqib nak pergi sorang.

Mak: Aish!

Naqib: Haha dah agak dah mak nak cakap macam tu.

Mak: jbahsyhfbjdfsvbia

Saturday, November 13, 2010

Pergi Mati

Tempat: Rumah
Waktu: 10.00 P.M

Naqib: Mak, nak salam!! [Sambil hulur tangan]

Mak: Eh, Naqib salam-salam ni nak pergi mane?

Naqib: Naqib nak pergi mati.

Mak: Nak pergi mati??????

Naqib: Yelah mak, kan tidur tu sebahagian daripada mati.




p/s: korang ingat tak masa kecik2 dulu ustazah dekat sekolah ade cakap yang tidur tu sebahagian drpd mati n mati tu adelah kiamat kecil? huhu

Friday, November 12, 2010

Self defense

Naqib suke makan nasik dekat atas sambil tengok tv. Lepas tu die tinggal je pinggan dia kat atas tak bawak turun wlaupon die dah naik turun beberapa kali. Dah lah tinggal tengah-tengah dunie, pinggan kaca pulak tu. Kalau terpijak, pecah karang, cane?

Tadi, dalam kereta, dalam perjalanan ke skolah agama die, aku tegur lah die

"Naqib, knape Naqib suke tinggal pinggan kat atas?",

Naqib cakap
" Oh Naqib lupe nak bawak turun...",
"Lupe? Naqib ni dah tua ke lupe-lupe ni? Dah-dah pasni jangan tinggal pinggan tu kat atas takde sape nak tolong bawakkan turun",
"Alaa... Along tu kadang-kadang tinggal jugak pinggan kat atas kadang-kadang Naqib yang bawak turun", Ah sudah, die pnye self defense yg ni yang paling aku tak suke ni, cara cari salah orang untuk tutup salah sendiri.
"Along... Memang dah tua pon. Korang budak-budak lagi. lagipon along takdelah tinggal pinggan along kat tengah-tengah dunie cm ko", aku tak tawu nak cakap pe snanye.
"Mane ade. Kalau along tua maknanye umur dah seratus tahun."jadahnye seratus tahun lak ni???
"Ade ke orang umur seratus tahun, ade ade???",
"Ade...",
"Mane, tunjuk cket kat along",
"Ade dalam buku...",
"Buku pe?"
"Buku umur...",
"Ade pulak buku umur??",
"Ade, kat perpustakaan sekolah kebangsaan",
"Hah pergi pinjam pastu tunjuk kat along",
"Mane boleh pinjam"
"Along, tahap satu tak boleh pinjam buku kat perpustakaan", tiba-tiba Nazmi bersuara.
"Dah tu, Mi lah pinjam lepas tu tunjuk kat along",
"Kad perpustakaan Mi dah rosak masuk washer machine..."

"Ish ish ish budak ni..."


....

Friday, July 30, 2010

Mana Nazmi?

Aku melihat jam di dinding. Sudah 15 minit selepas pukul 12. Aku jadi tak sabar. Hatiku berdebar-debar. Seakan-akan menunggu lagi 15 minit itu seperti menunggu lagi 15 jam. Kelas microprocessor yang diajar oleh Encik Ehsan yang baru pulang dari Barcelona sudah tidak menjadi fokus di minda.

"Okey saya rasa sampai sini jelah saya ajar hari ni", ayat yang kutunggu-tunggu akhirnya keluar juga. Cepat-cepat aku mengemas barangku lalu beredar, tetapi dihentikan oleh seorang rakanku.

"Nadia, tengok handset kau"

"Celcom eh? Aku tak bawak yang celcom"

"ohh... ha aku nak tumpang kau boleh? Diaorang pergi PTAR [istilah perpustakaan untuk pelajar UiTM]. Aku sorang-sorang"

"Ohh... okay", memandangkan tempat yang aku tuju searah dengan rumahnya.

Tiba-tiba Sara berkata "Kau tak payah masuk pun tak pe, biar aku jalan sikit"

"Tak pe weh, aku memang nak pergi arah sana pun"

Sara seakan-akan tertanya-tanya kemanakah hala tuju ku yang sebenarnya.

"Haa... kau nak pergi tengok wayang ehh?? Elele... ", kata Sara apabila mentol diatas kepalanya sudah menyala seperti dalam cerita kartun apabila orang mendapat idea.

"Haah", jawabku, ringkas.

----------------------------------------------------------

Selesai menghantar Sara, aku meneruskan pemanduanku ke destinasi yang dituju. Tidak sabar rasanya untuk menonton filem itu. Inception. Dengan kehadiran heronya yang hensem Akan tetapi jalan jam pula. Tidak mengapa. Masih sempat. Bisik hati kecilku supaya aku memandu dengan berhati-hati.

Apabila sudah tiba ke destinasi dan parkir kereta, aku berjalan laju, hampir-hampir berlari ke panggung wayang untuk mengejar waktu. Waktu pada masa itu sudah 1.20 dan tayangan cerita Inception pukul 1.30. Pasti ada iklan dahulu sebelum cerita. Membuat aku mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah dahulu sebelum melangkah ke alam fantasi itu.

--------------------------------------------------------------

Sedang aku khusyuk melihat Leornado Dicaprio beraksi, handphone aku bergegar-gegar menandakan panggilan masuk. Mujur aku meletakkannya pada mode silent. Kalau tidak, pasti kedengaran lagu spongebob squarepants yang pasti menganggu tumpuan seisi penonton.

Aku tidak berhasrat untuk menjawab panggilan tersebut, cuma memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa aku sedang menonton. Mak bertanya bolehkan aku mengambil Nazmi, adikku dari sekolah petang ini, tepat jam 3.45. Aku pun tanpa berfikir panjang terus setuju. Kerana pada perkiraanku, masih ada lagi 10 minit selepas cerita itu berakhir untuk aku ke sana.


----------------------------------------------------------------------------
Biar aku terangkan apa sebenarnya yang patut aku lakukan pada petang Rabu. Nazmi pergi sekolah agama, dan aku akan mengambil dia jam 3.45 dan menghantarnya ke sekolah kebangsaan kerana ada ko-kurikulum.
-----------------------------------------------------------------------------


Akan tetapi, aku tersilap pengiraan. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh menyangka 150 minit itu sebagai dua jam, walhal sebenarnya dua jam setengah. Jika aku mula menonton pada jam 1.30, pasti cerita itu akan berakhir pada jam 4 petang. Aku cuba menghubungi mak tetapi tidak berjaya. Beliau sibuk mungkin. Aku sudah menggelabah, tetapi sempat lagi pergi ke kedai bawah untuk membeli lasagna yang sudah sekian lama aku idamkan.

Aku memandu selaju mungkin tetapi masih berhati-hati. Setibanya di sekolah Nazmi, kulihat kawasan menunggu itu kosong. Hanya ada seorang bapa lain yang menunggu anaknya. Kulihat jam di dashboard kereta, sudah 4.15 petang. Hatiku jadi tak keruan. Aku keluar dari kereta menjenguk-jenguk kedalam sekolah, dengan harapan aku nampak Nazmi menunggu dimana-mana. Tetapi hampa, jangan kata Nazmi, bayangnya pun aku tak nampak.

Aku cuba lagi menghubungi mak, dan kali ini berjaya.

"Mak, Mi takde mak!", kataku separuh menjerit.

"Ha, along kat mana ni?"

"Along kat sekolah Mi lah mak, takde orang pun..."

"Eh pulak... entah-entah Mi jalan kaki kot dengan kawan-kawan dia" kata mak, cuba menyedapkan hati.

Aku berharap jangkaan mak benar. Di saat itu, mindaku sudah ligat memutarkan perkara yang macam-macam. Mi diculikkah? Adakah aku akan berjumpa dia lagi selepas ini?

"Tak pe lah along, along balik rumah dulu nanti mak cuba call mi. Tak pon along call mi okay?"

"Mak, along takde no mi, mak bagi no mi kat along" [p/s: henfon tu henfon baru sebab tu tak ada nombor dia]

"Ohh takpelah biar mak call mi".

Klick! 


Masa dirasakan sangat lambat berlalu. Mak tidak pula menghubungiku. Tiba-tiba kedengaran lagu spongebob squarepants dari poket seluarku.

"Along, mak cuba call mi tapi tak dapat"

"Haa macam mane ni?"

"Tak tahu lah along, along balik rumah dulu ehh, mak rasa dia jalan kaki ni"

Tiba-tiba talian terputus. Aku pun terus SMS mak meminta nombor Nazmi dan permintaan aku berbalas. Aku pula cube menghubungi Nazmi. Terus masuk ke voicemail.

arghh!!! aku sudah tidak keruan.


Aku yang kerisauan terus pulang kerumah tetapi melalui jalan yang berkemungkinan akan berjumpa Nazmi. Tetapi hampa. Aku tidak melihat kelibat beliau dimana-mana. Aku pulang kerumah dengan hati yang galau.

Pulang ke rumah, aku terus menikmati lasagna tadi. Aku pun tidak memahami mengapa seleraku untuk makan masih tebal pada situasi sebegini. Sedang aku menikmati lasagna tersebut, mak menelifonku.

"Along, betullah Mi jalan kaki, mak dah dapat call dia tadi"

"Ohh yeke, pandai pun jalan kaki", [err perangai yang tak elok, jangan ikut]. Tetapi aku lega mendapat tahu adikku selamat. :)

"Haah.. Nanti petang nanti along amek die ehh, ni kire denda sebab lambat ambik dia tadi"

"Hehe okey mak"

Barulah aku dapat makan dengan aman. Sekian~

Sunday, June 20, 2010

Janggut vs. Misai

Pernah tak dengar orang sebut atau ada dua-dua benda diatas ni??




Apa, TAK??







TIPU!!!

Tak pe lah, mari aku tunjukkan beberapa contoh misai dan janggut;

Kalau rumah tak ada hanger, boleh mintak tolong pakcik ni.



Comel lah pulak pakcik ni.



Kalau jambatan kat kampung korang runtuh, pakcik ni boleh settlekan.


Sebenarnya ni lah yang aku nak cerita kat korang hari ni., kisah misai dan janggut.

~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ----~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~

Alkisahnya, terdapatlah satu keluarga yang keluar bekpes sama-sama pada pagi Ahad yang indah, di sebuah kedai mamak tempatan diberi nama Pelita. Sedang mereka mejamu selera, tiba-tiba ahli keluarga yang paling muda, Naqib,8 [memang nama sebenar] bertanya kepada emaknya, sambil jari telunjuknya ke arah abangnya, Nazrin, 19 [nama sebenar lagi]. Soalan beliau;

Naqib : Mak, kenapa abang ada misai dengan janggut?
Mak : Sebab abang dah besar, dah nak kahwin dah, sebab tu lah ada janggut dengan misai.
Naqib : Oohh... Tapi kan mak, kenapa along dah besar dah nak kahwin tapi x ada pon janggut dengan misai?

kami : erkk??

p/s: Along, 21 [bukan nama sebenar], aku lah tu, berjantina perempuan.Ulangsuara, perempuan! Sekian, terima kasih.

p/s: aku belum nak kawen lagi okay!

Friday, January 29, 2010

Temubual bersama Mr. Naqib

Pada hari Sabtu dua minggu lalu, aku membawa adikku, Naqib ke Jusco Bukit Raja untuk menonton wayang. Cerita Avatar. Sebenarnya, kalau anda anda semua perasan, aku sudahpun menonton cerita itu, tetapi memikirkan keinginan Naqib yang membuak-buak ingin menonton cerita itu di layar perak, akupun membawanya. Hanya kami berdua.
Pada keesokan harinya, mak telah bertanya kepada Naqib pengalamannya menonton cerita tersebut.

Mak: Macam mana cerita Avatar, best x?
Naqib: Best!
Mak: Naqib faham ke cerita dia?
Naqib: Tak pun…
Mak: Dah tu apa yang best?
Naqib: Tak tahulah, tapi cerita tu best lah.
Mak: Naqib tidur tak masa tengok cerita tu? [memandangkan aku membawanya pada waktu malam]
Naqib: Naqib tertidur. Naqib cuba nak bukak mata, Naqib tahan-tahan, tiba-tiba Naqib dah tidur. Naqib bukak mata, tapi tertutup jugak. Lepas tu bila Naqib bukak mata, tengok-tengok Along takde, Naqibpun nangis.

[p/s: Aku keluar kejap ada hal masa tu. Padahal aku dah bagitahu Naqib aku nak keluar, tapi mungkin dia tengah mamai kot]

Mak: Naqib nangis kuat-kuat ke sampai semua orang dengar?
Naqib: Eh takde lah, Naqib nangis sorang-sorang je. Orang lain xdengar.
Mak: Kenapa Naqib nangis? Naqib ingat along tinggalkan Naqib ke?
Naqib: haah.. Naqib bukak mata je, along takde. Naqibpun nangis lah..

Haha itu sahajalah petikan temubual bersama adekku Naqib. 
Sekian~ =))

Ayam rebus

Mak: ALONG, ACIK, nak makan pe? mak nak pergi pasar malam ni.....
Aku: Nak murtabak dgn yong tau foo
Mayah: Kat pasar malam de ape ehh?? ohh pasar malam...
Mak: Nazmi nak ape?
Nazmi: Nak ayam goreng...
Mayah: Ayam rebus!! ayam goreng byk lemak, xbagus!
Mak: Nak berapa ketul?
Nazmi: Dua ketul.
Mayah: Satu ketul je, nanti makin gemuk.


muahaha

Tuesday, November 24, 2009

Absent Minded

With no particular reason, today i acted kinda weird...
so absent-minded and kinda grumpy...

Just now, we [me, my cousin alia, mayah, mak n naqib] went to Jusco Bukit TINGGI to watch "Pisau Cukur" [again]. After buying the tickets, we just sat down and eat heavenly creamy and puffy donuts at Big Apple. We buy pop corn just before we enter the cinema, and suddenly Mayah requested to buy hot dog [as usual]. While waiting for the hot dog, Alia and me hold a box of pop corn each.

Okay we enter the critical part here. Suddenly, when I'm trying to reach the pop corn in the box that I hold, the box just.... fell down, and pop corn scattered everywhere. Someone screamed [I think], most probably Alia, and I am S.P.E.E.C.H.L.E.S.S. Seriously, I don't know how to react with the 'memorable' embarrassing situation. Speechless and like, numb. Like my mind is floating on the air left my body here still standing on the ground. Suddenly I heard my mom's voice;

"Xpelah along ambik jelah pop corn yang xkene lantai lagi, dah jatuh nak buat mcm mana",

and its like a fire alarm to my body and my hand gain all the energy to pick up the box but still, my face didn't show any reaction at all. Then, here comes the hero, slowly approaching me and said;

"ehh xpe meh cni jgn risau pop corn ni boleh isi balik"

take the box to the counter, and refill the half-full box. I don't really want the pop corn to be filled again, I've ate enough pop corn already yesterday. I feel really guilty for the workers there since they have to clean the mess I've made there. I even said to my mom to ask for a broom so that I can sweep the scattered pop corn as well as clean the mess I've made, but my mom just give a smile and whisper;

"Xpelah along nanti pekerja2 dia bersihkan lah ehh... Xpon nnt bile dah abeh cerita tu, along cek lah balik ada lagi x pop corn tu, kalau ada barula along mintak penyapu kat dia",

haha ok its a good joke actually, but I still feel bad for them. After a few chit chats and text from my dears, I feel better.

But I still wonder why I'm so absent minded today.

p/s: I'm so sorry for the really rusty n crappy grammar...

Monday, November 2, 2009

Best Tak Main Sticker?

Situasi 1

Lokasi : Antara bilik aku dengan bilik Nazmi n Naqib

Aku balik rumah dari Jusco Bukit Raja, baru lepas abeh exam calculus 3 and baru lepas tengok cite 'Jenniffer's Body'. Aku bukak drawer, xingat nak amek apa, tapi tiba2 hati aku tergerak nak cek barang2 aku. Akupon tersedar, ade 1 papan sticker aku M.I.A [missing in action]. Aku cuba cari betul2 takut termissplace tapi xde jugak. Bile aku nak buang sampah dlm tong sampah, aku terperasan plastik sticker tu ade dalam tong sampah, TANPA sticker tu. Lepas tu, aku pergi bilik budak2 tu, tanye dorg;

" Korang ade main x sticker dalam drawer along?"

Nazmi pandang aku, geleng2 kepala sambil berkata "xmain pon along"

Naqib pulak, jawab "xde" tanpa pandang aku.

Ok lah maybe aku xcari betul2. Aku cari lagi skali. Tapi xde jugak. Aku pelik sebenarnye. Bukan aku syg sgt sticker tu, cuma pelik macam mana dia boleh hilang n plastik dia ada dalam tong sampah padahal aku xmain pon. N aku bukak tong sampah skali lagi untuk pastikan apa yang aku nampak tadi adalah plastik sticker tu, n memang betul, aku xsalah nampak. Jadi, akupon tanyalah lagi sekali kat budak2 tu;

"Along musykil la, betul ke korang xamek sticker tu??"
sambil melilaukan mata ke sekeliling bilik utk cari 'bukti'. And there, caught in action!. Aku ternampak sticker2 tu dah selamat tertampal kat tabung adik aku, Naqib.

Nazmi yang lurus bendul tu pun kate "Memang xada lah along".

Naqib yang dah terbukti 'guilty' tu tiba2 cakap "Nak kemaslah bilik ni"

lalu dia pon start mengemas. Aku lagilah pelik, tapi aku dah tau, itulah reaksi Naqib kalau bersalah--->tiba2 jadi baik. Aku pun mulakan operasi menyiasat gune reverse psiko, tanye elok2, tapi Naqib xrespon langsung. Nazmi pulak tengok je aku cakap sorang2 kat situ. Aku rase geram, sebab Naqib sebuk 'mengemas', lalu akupon pegang 2-2 tangan dia mengadap aku, n masih tanya elok2. Tapi masih jugak xde respon. Aku geram sebab dia selongkar and ambik barang aku masa aku xde. Aku geram bila aku tanye, die xrespon. N yang paling aku geram, dia MENIPU!! Aku bukan nak pancung leher die pon kalau die ngaku amek sticker tu. It's just a sticker. No big deal for me. Tapi die MENIPU tu, aduuh geram betul.

Sambil 'slowtalk' dengan Naqib, wlaupon die xrespon, aku cakap kat Nazmi

"Nazmi, pergi ambik gunting, along nak gunting lidah Naqib ni, menipu je keje".

Nazmi: "Tapi long....."

Aku: "PEGI JE LAH AMBIK GUNTING TU!!!!"

Nazmi pon mencicit la pergi bilik mak, cari gunting. Akupon teruskan sesi 'slowtalk' dgn Naqib, walaupon macam xberkesan. Tapi Nazmi xmasuk2 bilik die balik. Sampai aku dah xtaw nak cakap ape lagi ngan Naqib pun, die xsampai2 lagi. Last2 aku left out je Naqib sesorg kat bilik die.

Aku pergi lah bilik mak.
-----------------------------------------------
Situasi 2

Lokasi : Bilik mak

Diceritakan semula oleh mak.

Nazmi masuk bilik mak, macam cari2 benda.

Mak tanya "Nazmi dah sembahyang?" [asar]

Nazmi: "Belum, dah pukul berapa??" sambil tengok jam bilik mak, n masih tercari2.
p/s: jam menunjukkan pukul 6.40 petang lbih kurg.

Mak : "PERGI SEMAYANG DULU!"

Nazmi : "Okey"

Nazmi yang lurus bendul tu pon pergilah solat asar yg xbape nak asar tu [yelah da nk maghrib].

Aku pon masuk bilik mak lepas sesi 'slowtalk' dengan Naqib tu. Aku nampak Nazmi solat.

"laa padanla lama, baru nak solat rupenye" aku monolog dalam hati.

Akupon cerita la kat mak kisah sticker yang ilang, Naqib sorokkan n xmo ngaku tu n bla bla bla. Bila Nazmi da abeh solat, akupon tanya,

"Hah Mi, mana guntingnye, lama betul cari gunting?"

Sekali lagi Nazmi mempamerkan kelurus bendulan dia dengan menjawab
"Mak suruh Mi smayang dulu..." sambil buat muka xbersalah.

Mak pulak cakap "laa rupenye Mi cari gunting ke, mak ingatkan cari apalah tadi terjenguk2."

Lepas lipat kain pelekat, Nazmi terus main komputer kat bilik mak tu, lupe kot aku suruh carik gunting.

Akupon tanya lagi skali "Mi, mana guntingnya?"

Nazmi macam baru keje kejutan letrik, meraba2 kat dalam drawer meja PC kat bilik mak tu. Nasib dia agak baik, sebab kebetulan ada pulak gunting kat dalam drawer tu.

"Haa ni dia gunting long" sambil tunjuk gunting tu dengan bangganya. Gaya macam baru menang RM1juta peraduan Alicafe [kot] yang Rosyam Nor ngan Farah AF jadi host die tu.

Akupon amek lah gunting tu, bawak keluar dari bilik mak, n acah2 nak gunting lidah orang. Aku tau sebenanye Naqib ada je kat depan tu, tapi dia menyorok bawah penyanykut baju. Lawak betulla adik aku sorang ni. hehe. Akupon pulangkan la gunting tu kat Nazmi balik, suruh dia simpan. Malam tu, aku ambik lagi satu sticker yang tertinggal kat dalam drawer aku tu, aku bagi kat Naqib. Dia pon kata "terima kasih" malu2 kucing.
----------------------------------------------------

Situasi 3

Keesokan harinya [ahad]

Lokasi: Bilik along dan bilik mak

Aku dengar phone rumah bunyi. Sape lagi nak call phone rumah, kalau bukan si Mayah. Besela, budak hostel, mestilah berjimat sikit. Kalau call handphone, mahal tuu. Aku paham, aku pon dak hostel jugak dulu, walaupon aku agk 'jahat' bawak handphone pegi skolah. :D Syhh~

Ok berbalik kepada phone rumah tu, bila phone rumah bunyi, aku dengar Naqib jerit
"Nak angkat nak angkat!!"

So rasanya dia lah yang angkat, tapi dalam 2 minit lpas tu, dengar lagi phone rumah berbunyi. Aku dah pelik "eh xkan Mayah cakap kejap sangat dengan mak" [ok monolog again]

Tapi kali ni, Naqib xexited nak angkat macam tadi. Tengok macam xnak angkat pon ade jugak. Lepas tu, dalam 2 minit lagi, dengar hp mak pulak bunyi. Wah hari ni memang pelik ye.

Selang beberapa minit lagi, tiba2 dengar suara Naqib dekat2 pintu bilik aku. Die 'slidekan' sticker yang aku bagi semalam tu ke dalam bilik aku melalui bawah pintu bilik aku tu. Akupon amek lah sticker tu, n tanya dia

"Naqib xnak ke sticker ni??"

Naqib jwb: "XNAKKK!!!"

Aku: "ok fine along bagi kat Nazmi lah" lalu akupon serahkan sticker tu kat Nazmi.

Bila dah azan Zohor, akupon pergi lah kat bilik mak. Rupenye mak tangah gosok baju, sambil bukak mp3 kuat2. Haha mak pon dah jangkit pnyakit aku, suke bukak lagu kuat2 sampai xdengar bnde len.

Akupon cakap, "mak, azan laa"
Mak pon tutup mp3 kat hp dia.

Mak cite, "kalau semalam along nak gunting lidah Naqib, hari ni mak nak gunting tangan naqib pulak."

Aku: Knape?

Mak: Tadi acik call, Naqib angkat. Lepas tu Naqib pergi cakap kat acik " mak xde, mak gosok baju", n terus letak. Lepas tu, yang acik call second tu pulak, Naqib xnak angkat. Mak dah suruh angkat banyak kali tapi dia xnak angkat pulak. Mak nak gosok baju ni. Mak geram lepas tu mak kata lah kat dia "PERGI ANGKAT TELEFON TU KALAU TAK MAK GUNTING TANGAN NAQIB". Naqib pun pergilah angkat, n kata kat acik mak gosok baju kat kedai, n terus letak jugak.

Pelik beno adek aku sorg tu. Macam2 bende. Pelik knape die marah sgt kat Mayah.
-----------------------------

Situasi 4

Lokasi : SESERI, KL, mlawat Mayah kurus.

Kami sampai2 sana, memang dah hujan pon. Nasib baik dalam kete mak ada payung. Mak pon amek lah payung tu, nak pergi kat tempat announcement nk soh dorg panggil Mayah, tapi rupa2nye Mayah dah tunggu. Masa mak nak masuk kereta smula untuk matikan enjin, payung tu macam stuck, mak xboleh nak tutup. Mayah pon bersusah payah berjerih perih lah dalam hujan tu cube ntok tutup payung tu, sedar2 payung tu dak terlabik [terbalik] dek angin yang kencang. Kamipon apa lagi, bantai gelak lah. Dah sampai kantin skolah tu pon, gelak lagi, mcm apa je.

Ok bile dah sampai kantin tu, mulalah sesi makan2 n crita2. Yelah, org dok hostel kn mcm katak bwh tempurung cket. Macam2 lah cerita yang keluar. Mayah sebuk crite pasal camping KRS die, mak sibuk cerita pasal Graduation dia, bila turn aku, aku critalah pasal kisah sticker tu kat Mayah. Kamipon gelakkan lah kerenah adik2 [or anak for mak] kami yang agk pelik tu.

Bila dah dengar kisah sticker tu, Mayah macam ade something rang her bells. Kami tanya "Apa acik cakap kat Naqib sampai dia marah sampai cakap mak ada kat kedai tu?"

Mayah: "Masa dia angkat, Mayah tanya, naqib sihat x? dah makan belum? BES TAK MAIN STICKER TU?................................... DAPAT KAT MANA? TAMPAL KAT MANA?"

Rupe2nye Mayah tersalah tnye soalan at the wrong time kat Naqib. Kamipon, bantai gelak lagi, sampai rasa macam nk pecah perut. Itulah punca dia marah sangat sampai cakap mak kat kedai. Salah soalan rupenye. hehe...

Sebenar2 nya, Mayah ada belikan sticker untuk Nazmi n Naqib dulu. Yang dimaksudkan dalam soalan tu, adalah stiker yang Mayah belikan tu, bukan sticker aku yang hilang tu. Masa Mayah call rumah, Mayah xtau pon lagi crite sticker tu.

Naqib ni pulak, memang sensitif sikit kalau de wat salah. Kadang2 orang xcakap pasal die pon, dia macam offended. Lepas tu marah2 xtentu pasal. Tu lah yang terjadi hari tu. Mayah cakap pasal lain, dia terasa pasal lain. Naqib Naqib... Nasib baik kau adik aku.