Thursday, October 7, 2010

Love is crazy



You give enough electrons to excite me to the outer space,
yet enough glue to stick me on the ground with you *wink wink*


Wednesday, October 6, 2010

Mentari

Kadangakala sang puteri terpesona dengan kecantikan pelangi biarpun adanya mentari.
Walaupun beliau sedar bahawa pelangi itu hanyalah biasan sang mentari, dan tidak kekal abadi.
Namun sang mentari tetap menjadi cahaya dalam hidupnya dan beliau tidak akan memperjudikan itu hanya untuk pelangi yang sementara.
Beliau tidak rela hidupnya kelam tanpa sinaran cahaya mentari.
Biar hujan membiaskan pelangi sekali lagi, beliau tidak akan berpaling daripada mentari.







Tidak sekali-kali.
cantik kan gambar ni? hehe

Tuesday, October 5, 2010

Hey Gedik!

Nana,
Fikirkan pasal besday, mesti akan terfikir umur yang semakin bertambah. Lepas tu mesti teringat saat-saat aku kenal ko kat matrix dulu. Kat bilik tu. Mula-mula aku nampak ko, aku ingat kau pemalu orangnye. Betol weh, tak tipu! Ko mesti gelak kan aku cakap macam tu. Bile dah start warm up, ko lah rumate yang paling sengal yang aku pernah ade, selain Ct.


Jadi, camne besday tahun ni? Ade tak orang buat prank lagi kat kau macam aku dengan Ct buat? Tipu satu hari?. Seronok bile teringat balik benda tu. Paling takleh blah sebab ko percaya yang kami tipu tu, walaupon tak logik. Ade ke senaman kurangkan ngantuk, kena tutup satu lubang hidung? hahahaha [gelak sama dia!]


Ko suke sangat dengar lagu Jepun ngan Korea. Tengok cerita pon cerita anime. Macam Japan freak gak lah aku tengok mule-mule. Tapi bile aku dah join korang sekali, tengok School Rumble tu, hah amek ko, memang tak bergerak. Baru aku tawu, tak semestinye kartun Disney je yang best. Lagi satu aku belajar, kartun tak semestinye untuk kids. Ade kartun yang kids tak boleh tengok.




Drama korea. Cerita Princess Hour. Setiap kali aku tengok gambar, atau dengar lagu cerita ni, mesti ingat kat Nana dengan Ct. Mesti teringat zaman kite gile-gile tengok benda tu beriye-iye. Siap gaduh-gaduh lagi. Aku lagi suke prince Yul. Ko suke Prince Shin. Pastu nak jugak lawan tunjukkan sape punye prince yang paling best. Kompem lah kau menang, Prince Shin tu kan first hero die. Aduyai. Eh ingat tak kite edit gamba pastu letak muke kite tu? Mane die ehh gamba tu? takde pulak dengan aku. Lagi satu pasal korea ni, lagu three bears cite Fullhouse. Kite mesti menari ikut lagu tu kalau tension. Pastu gelak macam orang tak betul. Memang sengal. Tapi seronok =')



Lepas tu, kisah makanan. Kalau sebut pasal makanan ni, memang xpernah habis lah. Order dinner kat cafe C je. Lepas tu sanggup tunggu dengan bersabar, sanggup bungkus tu [biasenye]. Makan kat atas. Makanan wajib outing --> Mexican bun! Aku xpernah jupe lagi mexican bun yang sedap macam yang C-Mart jual tu. Hah jangan lupe, My FC. Hahaha. Die pnye wedges tu, siap berebut-rebut lagi. Sedap weh! Mi Sedap! Kalau malas nak turun bawah atau stay up memalam  basuh baju, mesti buat mi goreng mi sedap. Orang yang hebat menggaul, mestilah Nana! hehe. Tu belum masuk kisah classmates kite yang sengal tu.

Rase sedih pulak bile cakap banyak-banyak macam ni. Rindu kat korang. Bile lah boleh keluar lagi ni ha? Kite pergi ice skating pulak ehh. Bile-bile yang free. okey? Mungkin kite dijarakkan oleh masa dan tempat, tapi kalau keluar, kita akan dapat catch up dalam masa satu hari je. Aku doa semoga sampai bila-bila pon, kite akan macam ni. Rapat.

Dengan segala memori yang dah aku sebut tadi, aku nak ucapkan kat kau,

HEPI BESDAY TO YOU!

dah boleh mengundi dah ni. Semoga berjaya capai cita-cita dan cinta. Ko faham kan maksud aku =)

May all the best things come to you way in the future!

Rumatez forever : Ct, Nana, Chin, Aku

last but not least, aku sayaaaaaaaaaaaaang kat ko.




Sunday, October 3, 2010

Smile


Whenever I see you, I see my heart in it.
If feels safe there.


And I pray for it forever will. =)




uncle kracker - smile

You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold
Buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile


(^_^)-<[ Thank You! ]

Friday, October 1, 2010

Long distance vs the day I become younger

Hari Rabu lepas, tempat ayah aku ade buat 'open house'. Atau lagi seswai panggil 'open office' kot. Disebabkan tempatnye di Seremban, mak ajak aku teman. Sebagai anak yang baik [ehem], aku pon teman lah mak disebabkan xsampai hati nak bagi mak pergi sorang-sorang.


Disebabkan ayah tuan rumah, ayah agak sibuk hari tu. Aku dengan mak pun duduk lah kat sana, agak melangut sebab xkenal sorang pon. Bile dah agak lama, mula lah berkenalan, lepas tu ex-bos ayah mase die kat KL dulu pon datang, so ade lah jugak kawan mak. [p/s: ex bos ayah sama kepala ngan mak, agak gila-gila]. Korang mesti pelik kan, macam mana ex bos boleh pergi dari KL ke Seremban jauh-jauh just untuk jamuan raya? Haa ni lah kelebihan TNB! hehehe...


Nak dijadikan cerita, bos ayah punye anak, rupenye senior aku kat Spintar! Kak Elish. Wah wah wah, mula-mula memang agak segan-segan nak borak-borak lepas tu haihh bile dah stat bercerita, memang rancak lah kan. Die blaja kat seberang sana, and ditakdirkan tersangkut dengan orang sana. Bile balik Malaysia, berjauhan lah kan.


Aku pon terfikir, macam mana orang-orang bercinta ni boleh buat long distance? Mesti perlukan banyaaakkk sabar. Percaya. Dan setia. Jumpa memang jarang lah. Aku pon tanye mak. Mak kata die pernah buat long distance ngan ayah. Tapi tiap-tiap minggu ayah datang jumpa mak. Aww soo schweet!! Lagi satu, ade mase tu mak mat M'sia, ayah kat overseas, tiap-tiap hari saling antar postcard. Memang lah akan dapat lambat postcardnye, tapi at least kite dapat tawu ape yang berlaku kat die. Dulu bukan macam sekarang. Ade broadband, YM, skype bagai. Henpon pon tarak. Surat je lah.


Tapi betullah, banyak-banyak cerita yang aku tengok, memang besenye long distance relationship ni kurang tahan lama. Teet! don't get me wrong. Korang memang sangat-sangat bertuah kalau korang berjaya harungi benda tu. Memang tabik spring lah. Insyallah hubungan korang akan berkekalan ke syurga. Sabar kena banyak. Jangan mudah melatah. Jangan mudah percaya cakap orang. Wooww boleh tuka profesyen dah aku ni.


Ha ni part yang paling aku suke. Bila orang nak berkenalan ngan mak aku, dah kenal-kenalkan diri tu, orang akan tunjuk kat aku dan tanya


"Anak ke ni?"


mak jawab lah "ye", pastu


"Tingkatan berapa?"


aku memang dah buat muka bangga+comel lah kan. Ingat kan umur aku bertambah, fizikal umur pon bertambah, tapi rupenye, I am still young. Bukan sorang taw tanye, ramai jugak lah ehehehe. Jangan marah nanti kena jual! hee~