Friday, October 22, 2010

Peluang kedua

dari mata ketiga...

Banyak sangat ke pride diperlukan untuk kembali ke satu tempat yang kita pernah takluk dulu? Kenapa nak sia-siakan masa untuk melihat kesungguhan rakyat jelata sedangkan sang raja mampu membuat sesuatu untuk menakluk kembali kawasan tersebut? Puaskah hati sang raja melihat airmata serta mendung di wajah rakyat jelata yang sangat menyayangi raja mereka? Tak ternilai langsung ke rakyat jelata kepada raja sampai sang raja sanggup buat mereka bersedih lantaran diamnya raja tersebut?

Mungkin rakyat jelata tidak mengetahui kesulitan sang raja. Mungkin segala airmata disorokkan disebalik senyuman yang membahagiakan. Sang raja yang dilihat gagah juga adalah manusia biasa. Punya hati yang mampu terluka. Tetapi jika sang raja meninggalkan rakyat jelata tanpa sebarang khabar berita, rakyat tertunggu-tunggu. Sang raja meninggalkan rakyat tanpa perlindungan dari ancaman bahaya, selamatkah rakyat jelata kelak?

Dunia melihat tapi tak mampu berbuat apa-apa. Mereka khuatir sang raja akan menyesal jika satu hari nanti kawasan sang raja tersebut ditakluk oleh kerajaan lain. Atau jika rakyat jelata diserang tetapi tiadanya sang raja untuk mempertahan. Jika apa-apa berlaku kepada rakyat jelata yang menyebabkan mereka berpaling terus dari raja tersebut, tanpa menoleh kebelakang lagi. Ke arah raja tersebut.

Rasanya, bukan setakat jambatan emas atau perak, bukan setakat tugu Taj Mahal, malah planet marikh [jadahnya planet marikh?] pon rakyat jelata sanggup korbankan untuk kepulangan raja tersebut. Apa salahnya raja mencemar duli sedikit dengan berpaling dan senyum kearah rakyat jelata? Jika memberi peluang kedua kepada rakyat jelata? Mungkin sang raja akan menemui kemanisan yang tidak terjangka di hari muka.


"If you don't treat a girl right, don't be surprised if somebody else did."


... 

Saturday, October 16, 2010

Gila

Kalau rindu bisa dititipkan menjadi tinta, satu buku pun belum tentu kehabisan tintanya. 

Tak faham kenapa rasa macam ni padehal baru je nampak. Orang kate, gila tu satu penyakit. Dan dadah adelah antara benda yang berbahaya. Tapi kalau kita gila bayang, itu penyakit jugak ke? Boleh tak nak jumpa dokter psikologi yang boleh ubatkan? Lagi satu, kalau kita addicted dengan manusia, manusia tu kira macam dadah ke? Kirenye manusia yang kite addicted tu adelah dadah kita? Tapi aku tak rase bahaye pon dengan manusia ni. Aku rase selamat je ade lahh...

Ahh merepek merepek merepek. Tak sampai 24 jam dah macam ni. Tak tawu lah macam mane kalau berhari-hari nanti? Sabar lah wahai hati...

Thursday, October 14, 2010

Feeling better,

 alhamdulillah. Kadang-kadang bila bendera merah nak dikibarkan memang emosi akan bergelodak. Aku benci cara aku berfikir dan bertindak bila aku sedang marah atau bersedih. Macam tak fikir ape-ape. Buat tanpa berfikir. Lepas tu menyesal. Sebab tu kalau marah atau sedih aku lebih suka mendiamkan diri sahaja. Kalau tak nanti akan ade hati yang terluka.

Sebenarnya dah lama tak rasa macam ni. Sepatutnye aku still rase sedih sebab laptop aku rosak tapi sekarang jadi tak berperasaan. Dan aku tawu benda tu adalah petanda kepada sesuatu yang kurang elok untuk emosi aku. Macam mane nak kawal emosi ehh? Kadang-kadang aku betul-betul terkejut dengan ape yang aku dah buat. Ape yang aku dah rosakkan. Kalau aku amek lagi 5 saat pun cukup lah, benda tu takkan jadi. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana.

Kalau kat sekolah, kite buat ujian sebab nak nilai tahap mana kemahiran kita dalam subjek tu. Macam tu lah jugak dalam hidup. Ujian yang Allah turunkan bertujuan untuk menilah tahap mana keimanan kita disamping untuk muhasabah diri. Beza ujian kat sekolah dengan ujian hidup; kalau ujian kat sekolah kite akan stadi dulu baru kita buat ujian tu. Ujian Allah, kita dapat ujian dulu baru kita muhasabah diri. Tolong lah muhasabah diri, jangan lah tak sedar-sedar lagi kalau ade pape benda tak elok berlaku kat korang tu.

Tak semestinye benda tak elok je berlaku adelah ujian, kadang-kadang benda yang kita suka pon adalah ujian jugak. Dan benda-benda ni lah yang selalunya berjaya merobek jati diri manusia sampai lupa Pencipta mereka. Contoh terbaik- harta dan kuasa. Cuba tengok sekelilng, berapa peratus je orang yang kaya atau berkedudukan dalam masyarakat yang masih zuhud istiqamah buat benda baik?

Fikir lah sendiri.

Jadi, kesimpulannye, kita kenelah sentiasa muhasabah diri supaya dapat memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Paling penting, jangan mengeluh dengan takdir Allah sebab kite tak tahu banyak mana kebaikan yang datang bersama dengan satu ujian. Itu janji Allah.

Sekian... =)

Tuesday, October 12, 2010

serabut

oh rasenye 'kurang menangis' kat post bawah tu perlu dipotong sebab amountnye mcm lbih kurg je ngan bulan lpas. Lepas tu, aku rase mcm nk menangis lagi skarang tapi kamu takde kat sini, nanti sape nak pujuk? laptop aku jahanam kat tangan aku sendiri. literally. Aku geram ngan cd tu sebab xleh burn pastu aku ketuk2 laptop tu lepas tu tiba2 bunyi and kluar kate internal hard disk xleh nak detect. mujur dah save vdeo japan yang aku baru compile tu. Buat mase skarang aku kne gne pc kat bilik mak or pc kat atas tu klaw nk wat keje. . Lepas tu rse cm serabut gle skarang sebab dah jahanamkan one of my precious thing. Ni pon blogging gne hp n aku sndri xnmpk aku tulis pe tapi nak blogging gak lantak ahh klaw ade typo ke bukannyye buat karangan bahasa malaysia ni huuu. Maap lah sangat merepek dan membazir masa korang. Sekian wassalam.

Saturday, October 9, 2010

Banyak

Bulan ni...
-banyak mendengar, benda yang taknak dan xpatut didengar pun terdengar
-banyak berangan
-banyak berfikir
-kurang menangis [hak3]


Minggu ni...
-banyak bergerak kurang makan serta tidur
-banyak serius [wow!]
-banyak senyum sorang-sorang


Minggu depan
-?
-?


Insyaallah kalau umur panjang banyak lagi benda baik akan berlaku. Amin =)
TQ kepada anda-anda semua.