Wednesday, September 28, 2011
Menghitung Hari
Baru tahu kewujudan lagu menghitung hari versi 2 tu. Sedap suara Anda. hee~
p/s: Aku sangat sangat suka lagu 'Tentang Seseorang' yang Anda nyanyi. (^_^)
Wednesday, September 14, 2011
Tutti dan Sizuka
"Nadia...", panggil Nadirah.
"Ye", jawabku memberi respon tanpa mengalihkan mataku dari jalan raya.
"Betul kan pe yang kita buat ni?", ujar Nadirah separuh pertanyaan separuh kesebakkan didada.
Lantas fikiranku melayang kepada apa yang berlaku petang tadi. . .
--------------------------------------------------------------------------------
Cuaca sungguh hening ketika itu. Tenang sekali. Sekali-sekala angin lembut menampar pipiku. Aku berjalan ke arah keretaku, membawa Sizuka. Dia meronta-ronta seakan-akan mahu lari daripadaku. Kuletakkan Sizuka ditempat duduk sebelahku. Lantas aku hidupkan enjin kereta. Tanpa menunggu enjin panas, kakiku menekan pedal minyak lalu tanganku memutar stereng dan menuju ke asrama puteri untuk mengambil Nadirah.
Jam 6 petang bukanlah waktu makan angin yang sesuai diatas jalanraya terutamanya pada hari bekerja. Kereta berpusu-pusu mahu menuju ke rumah. Tidak kurang juga mereka yang mencari juadah untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa enam. Ada juga sebahagian mereka yang mempunyai destinasi mirip aku dan Nadirah, ke tasik.
Aku melihat Sizuka seakan-akan kelemasan dalam bekasnya yang aku tutup. Lalu aku tunduk untuk membuka sedikit bekas tersebut tetapi memandangkan aku sedang memandu, ia agak sukar dilakukan. Penutup bekas itu berada di tanganku dan aku lihat Sizuka dengan jayanya memanjat bekas tersebut dan keluar merayap-rayap diatas karpet dalam keretaku. Aku jadi cemas, bagaimana kalau Sizuka tiba-tiba merayap dan mencengkam kakiku ketika aku sedang memandu, pasti nanti aku akan terkejut dan besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.
"NADDDDD!!!!", jeritku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kutahu Nadirah tidak mungkin mendengar jeritan zahir dan batinku akan tetapi mahu juga kulepaskan jeritan itu.
------------------------------------------------------------------
"Nadia, kau lah buat dulu", pinta Nadirah keberatan mahu melepaskan Tutti-nya ke tasik terlebih dahulu.
"Okkeyy", ujarku lalu bergerak menghampiri gigi air untuk melepaskan Sizuka-ku. Aku mengambil Sizuka yang saiznya kecik sedikit sahaja daripada telapak tanganku [tidak termasuk jari], dan melihatnya dari depan.
"Kalau tengok dari depan, die macam senyum", kataku sambil tersenyum kearahnya, seakan-akan kura-kura tersebut mengerti bahasa manusia yang paling indah itu.
Kawan Nadirah yang turut bersama kami di tasik tersebut bergerak ke sebelahku untuk melihat kebenaran kata-kataku sebentar tadi. Dia hanya tersenyum melihat kura-kura tersebut.
"Betul ke selamat kalau kite lepaskan dorang ni kat sini?", tanyaku untuk membeli masa.
"Betulll.... Selamattt...", jawab kawan Nadirah.
Aku merasa sangat berat hati mahu melepaskan reptilia tersebut ke habitat semulajadinya. Adakah dia mampu untuk meneruskan kelangsungan hidupnya tanpa bantuan kami? Mungkinkah dia akan dimakan oleh haiwan-haiwan lain yang berkongsi habitat dengannya di tasik itu? Adakan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan air tasik? Serta banyak lagi soalan-soalan lain mengganggu mindaku.
Kutahu Nadirah juga sedang berperang dengan fikirannya. Mungkin perasaannya lebih berat kerana memang dialah yang membeli sendiri Tuttinya, dia yang menjaganya dari sebesar ibu jari sehingga menjadi besar telapak tangannya [juga tanpa jari]. Dia seolah-olah seperti ibu kepada Tuttinya.
Walau sesusah mana pun untuk melepaskan Sizuka ke tasik, aku harus melakukan yang terbaik untuknya. Aku tidak mahu dia berakhir seperti rakan-rakannya yang lain, mati dalam bekas di rumah. Biarlah dia dapat menikmati hidupnya sebagai kura-kura sebenar dahulu sebelum menutup mata.
Lantas aku memandang Sizuka buat kali terakhir. Lama. Dan aku meletakkannya benar-benar tiga sentimeter diatas permukaan air sebelum aku melepaskannya. Aku lihat dia berenang terus ke dalam tasik. Perasaanku ketika itu, hanya Tuhan yang tahu. Sebak, seolah-olah kehilangan insan yang kusayang. Kulihat diam permukaan tasik itu, mengharapkan Sizuka akan berenang ke permukaan air. Tetapi hampa.
Aku memandang Nadirah memberi petanda bahawa gilirannya sebentar lagi. Raut wajahnya sedih. Dia juga melakukan sepertiku, memandang Tuttinya buat kali terakhir, dan memberi nasihat seolah-olah kura-kura itu mengerti setiap perkataan yang dia ungkapkan. Aku memandang kawannya tetapi kawannya memberi isyarat meletakkan jari dibibir, isyarat supaya aku tidak berkata apa-apa. Lalu Nadirah pun melepaskan Tuttinya ke tasik.
"Kalau die mati, die terapung kan?", tanyaku naif.
"Haah kalau mati die terapung", jawab mereka.
"Kirenye die tak mati lah ni kan, takde pun terapung", jawabku memahami.
"Jom lah balik, dah nak pukul 7 dah ni", ajak Nadirah.
Lalu aku memandang sekilas ke tasik lalu melihat Sizuka ku sedang berenang di permukaan tasik seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepadaku.
"Tengok! Die berenang keatas!", ujarku keterujaan. Mereka memandang ke arah tasik tetapi Sizuka mungkin terkejut kerana keterujaan aku, berenang kembali ke dalam.
---------------------------------------------------------------------------
Dalam perjalanan pulang...
"Betul kan pe yang kita buat ni?", ujar Nadirah separuh pertanyaan separuh kesebakkan didada.
"Betul... Cube kalau kite simpan die, pastu tak jage betul-betul sebab bizi, kalau die mati..."
"...kite yang berdosa", pintas Nadirah.
"Aku tak tahu lah dosa tu kat kite ke tak, tapi kalau dia mati, depan mata kita, sebab kita tak jaga betul-betul, kan serba salah jadinya", jawabku dan memandang kearah Nadirah.
"Tapi bukan dosa kita ke, die mati sebab kita tak jaga betul-betul", ujar Nadirah.
Aku hanya menjawab dengan mengangkat bahu.
Wednesday, August 17, 2011
Untuk kamu
Tika jantung berdegup untukmu
Saat lagu mendayu-dayu
Bila hati mengigau-gigau
Fikiran melayang kepada kau
Saat hujan menyimbah ke bumi
Kau datang membawa pelangi
Masa terik menyinar mentari
Kaulah payung membayangi diri ini
Sunday, August 7, 2011
Sengal
Aku: Selamat malam, mimpi manis! :-)
Member: Eh xleh a, nanti kene diabetis.
Aku: (-_-') Errr
------------------------
Aku: Mayah, Along cakap mimpi manis kat dia pastu dia cakap takleh lah, nanti kena diabetis.
Mayah: Maknenye subconscious die pon sengal jugak lah tu.
--------------------------
Haha seng!

Thursday, August 4, 2011
Ikhlas = Buang air?
Assalamualaikum semua! [kalau ade yang bace haha]
Macam mana puasa setakat ni? okkey tak? Alhamdulillah bersyukurlah sebab masih sempat untuk mengharungi bulan Ramadhan ni. Banyak tak amalan yang korang dah buat? Yang paling penting, ikhlas tak?
Ha, tu lah yang aku nak cakap hari ni. Tazkirah selepas Isyak beberapa hari lepas, ustaz tu bercerita tentang keikhlasan.
Ape dia tu keihklasan?
Menurut ustaz tersebut, ade banyak definisi yang orang dah definisikan. Tapi bagi dia, paling senang, keikhlasan tu adalah "kerana Allah subhanahu wa taa'la".
Macam mana tu?
Haa... macam ni. Kalau kita, contohnya, nak menderma kat masjid bila orang hulur tabung masjid tu, kita masukkan duit. Ape niat sebenar kita? Sebab Allah atau sebab malu dengan kawan-kawan? Kalau sebab malu dengan kawan-kawan, kata ustaz, baik tak payah derma dulu. Balik rumah betulkan niat dulu, baru lah derma.
Kenapa ikhlas ni penting sangat?
Ikhlas tu merupakan essence untuk beribadah. Ada satu cerita. Bila dah dibangkitkan selepas kiamat nanti di padang mahsyar, kita akan dihisab [dihitung] amalan dulu dengan dua dacing. dacing sebelah kanan dengan dacing sebelah kiri. Dikatakan bahawa kalau dacing sebelah kanan tu lagi berat daripada dacing sebelah kiri, insyaallah Syurga lah tempat insan tersebut.
Kalau kite buat ibadah, dia akan letak kat timbangan belah kanan. Kalau ade yang tak ikhlas, amalan tersebut akan menjadi seperti debu kering, dan ada angin yang akan terbangkan amalan tu begitu sahaja.
Rugi tak? rugi kan... Jadi, marilah kita sama-sama ikhlaskan niat untuk beribadah.
Perkara keikhlasan ni kita boleh apply kat amalan sunat aje. Jangan lah pulak nanti korang tak solat fardu sebab tak ikhlas. Tak puasa Ramadhan sebab tak ikhlas. Tak tutup aurat sebab tak ikhlas. Haha memang nak kena luku tu.
Ade satu analogi ustaz ni bagi, yang menarik hati aku. Ikhlas ni macam, qadha hajat lah. Bagi yang tak tahu qadha hajat tu ape, qadha hajat tu buang air besar. Kalau tak tahu jugak, tanye lah sesiapa yang tahu.
Kalau kita tengah duduk dengan kawan-kawan kite, pastu rasa nak qadha hajat pulak, kita umumkan tak dekat satu dunia;
"Tadi aku berak warna coklat tiga ketul timbul!"
Mesti TAK kan? Gila pengotor kalau ada haha.
Macam tu lah jugak keikhlasan ni. Kalau boleh kita taknak orang tahu yang kita buat benda tu. Biarlah takde orang yang tahu. Biar lah urusan tu antara kita dengan Allah je.
Ha macam tu lah kisahnye keikhlasan ni. Kalau boleh kita tak nak bagitahu orang kebaikan yang kita dah buat. Baru lah namanya ikhlas.
Kesimpulannye, kalau nak buat pape, ikhlaskan lah hati tu dulu. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Amin~
p/s: Kat sekolah dulu, ade analogi cakap ikhlas ni macam...
Semut hitam...

"WOI AKU NAK BERAK!"TAK kan? Lepas tu, kita pergi tandas awam. Bila dah masuk tandas, kita tutup pintu. Tak nak orang tengok kita tengah ber'bisness'. Kat tandas tu, kalau boleh, kita tak nak orang lain dengar benda tu jatuh dalam air. Lepas dah selesai, kita tak kira berapa ketul, tengok warna ape, timbul ke tenggelam. Bila dah duduk balik dengan kawan kita, ada tak kita bagitahu dia;
"Tadi aku berak warna coklat tiga ketul timbul!"
Mesti TAK kan? Gila pengotor kalau ada haha.
Macam tu lah jugak keikhlasan ni. Kalau boleh kita taknak orang tahu yang kita buat benda tu. Biarlah takde orang yang tahu. Biar lah urusan tu antara kita dengan Allah je.
Ha macam tu lah kisahnye keikhlasan ni. Kalau boleh kita tak nak bagitahu orang kebaikan yang kita dah buat. Baru lah namanya ikhlas.
Kesimpulannye, kalau nak buat pape, ikhlaskan lah hati tu dulu. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Amin~
p/s: Kat sekolah dulu, ade analogi cakap ikhlas ni macam...
Semut hitam...
.. atas batu hitam...
..dalam gua yg gelap...
Ha, macam mana tu? Fikir-fikirkan lah. Sekian~
Subscribe to:
Posts (Atom)