Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Ma ma ma ma

Assalamualaikum sume orang!
Alhamdulillah dengan ini saya mengistiharkan kepada semua bahawasanya saya telah dengan jayanya selesai semua subjek exam untuk sem ni!

paper last aku

Even though paper semalam tidak dapat dijawab dengan jayanya, macam tu lah jugak dengan dua paper sebelum tu. Kesimpulannya semua paper sem ni aku tak yakin langsung dengan  pencapaian aku and keadaan tu agak menyedihkan hati nuraniku kerana aku rasa aku dah cuba sebaik mugkin tapi mungkin rezeki aku untuk faham macam mana yang lecturer yang buat soalan tu faham belum sampai lagi. Dah lama tak tulis 1 ayat lebih 3 baris hahaha aku dah mula merepek.

Memandangkan hari ni hari Mak kat Malaysia, aku dah ucap pon kat mak aku, now nak ucap pulak kat mak-mak lain termasuklah mak kucing serta mak kambing kat kampung aku tu,


Selamat Hari Mak!

Aku buat biskut ni [yang ni je] khas untuk mak aku. Haa terharu tak korang? Eh buat ape korang nak terharu, bukan buat untuk korang haka haka haka. Tapi kalau nak rasa mari lah datang rumah aku ade 1 bekas lagi sebelum adik-adik aku mentekerdarah semua. Aku buat tak banyak mana sebab aku ni jenis yang kalau buat cupcake ke, biskut ke bebanyak nanti die jadi hangus yang towards the end of the baking tu. Entah le, mungkin oven tu dah panas sgt kot bakar bebanyak.

Okkey I am pretty sure  korang tak mahu dengar kisah oven aku kat sini, dan aku pon dah tak tawu nak tulis ape, so aku keyboard-off dulu lah.


Eh btw, esok aku start praktikal, doakan lah aku dapat fit in kat sana okkey. [tak sempat nak rest dah kena praktikal pulak uhuhu]

And to all yang tak habis exam lagi, all the best for your next paper. Ganbatte kudasai!

Doumo for reading =)

p/s: Beliau sgt comel. I mean innocent punye comel.

Wednesday, April 20, 2011

PSLM ehem ehem

Assalamualaikum semua. Cane hidup anda beberapa hari/minggu ni?

uhuk2 [bersihkan sesawang]

Okkay readers yang awesome sekalian, diumumkan bahawa saya sedang bizi nak exam. Biase lah, orang PSLM[Persatuan Stadi Last Minit] kan, mestilah da nak exam ni baru bizi kan wawawawawa.

Ade memacam teori lah pasal stadi ni. cube korang observe satu satu;

Hah ni parah gila. Stadi pon salah. Tak stadi pon salah. Aihhh

Ni pulak quote zaman SPM dulu

"Bila exam dah nak dekat, berak pon rasa buang masa"
Okay yang ni, tak tawu lah nak cakap camne. Tapi accuracy die hampir 100%. Okkey lah kite bagi 90%. AKU? Sempat lagi update blog ni hak3...


"Tahu tak apa kesetiaan? Stil bersama buku walaupun masa tidur.. 
Tahu tak apa tu kebahgiaan? bergolek atas katil bersama buku-buku.. 
Tahu tak apa itu kesungguhan? stay up sepanjang malam teutamanya pada malam "terakhir".. 
Tahu tak apa itu pengorbanan? melepaskan buku pada waktu paling "genting".. 
Dan tahu tak apa itu keberanian? Masuk dewan examwalau tak habis baca buku.."
dapat dari blog ni 


Okkey lah aku nak cau dulu nak pergi stadi kat fakulti aku [ceh bajet rajiinn kannn?]

Strive for the best, Do the best and insyaallah dapat lah result the best okkey sume!

Doakan lah kami semua yang nak exam ni. Smoge dapat kaler terbang-terbang bak kata Sarah Adiba. Aminn~

smile (^_^)v

Friday, November 5, 2010

Air oren

Aku dah stat cuti. And yes, aku tawu masih ramai yang baru nak stat exam. Jadi, selamat mentelaah akhir minit. Hehe.

Setakat ni, aku masih enjoy bercuti. Petang lepas last paper tu, aku pergi berkarok dan berkayak, tapi sayangnye gambar tak diambil sebab masing-masing eksaited nak berkayak. Mereka yang terlibat: Nadirah, Yana, Salwa, Wawa, Hasni and Yaya. In a nutshell, memang enjoy lah petang tu walaupon agak sakit lengan. Tapi worth it. Thanks korang!! \(^_^)/ .Esoknye aku pergi tengok cite Unstopable [btolke eje?]. That moment pon aku enjoy & hepi gak, TQ kepada yang berkenaan (^_^). And cite tu macam "The Taking of Pelham 123". Pasal tren gak so direkomenkan korang pergi tengok lah [ecece]. Stunt pon boleh tahan rse cm nak pegi je atas tren lompat2 macam yang die wat. Pasni nak tengok cte Megamind ngan si budak kecik yang gedik tu.

Ok ok aku nak cite hal lain snanye. Hal air oren. Hari ni nafsu makan aku membuak-buak macam pe je. Huhu.

-----------------------------------------------
Tempat: dining room.
Waktu: makan malam, malam lah kan.
Situasi: Tengah makan lah.


"Naqib, Naqib pergi buat lah air oren", pinta aku.

"Along nak air oren ke?", Tanya mak.

"Haah, tapi along malas nak bangun" [p/s: aku, ayah dengan mak tengah makan, Naqib dah habis makan.]

"Okey, biar Naqib buatkan", kata Naqib, mengundang rasa risau dihati ayah sebab cube korang bayangkan budak umur 8 tahun yang ade bibik  kat rumah die, mane laa reti buat air sendiri tanpa tumpah-tumpah.

"Toksah lah Naqib, suruh bibik je buatkan", kata ayah.

Tapi Naqib degil nak buat, so terciptalah air oren buatan Naqib, setelah dimodify oleh mak, Naqib pon tolong tuang dalam cawan aku. Ingatkan nak bagi aku, rupenye die nak bawak lari cawan tu.

"Naqib, tu cawan along", kata aku.

" Oh...", kata Naqib, sambil tak jadi nak amik cawan yang penuh air tu, tapi macam mana pun aku tak tawu, tibe-tibe aku rase pehe sebelah kiri aku dah basah dengan SECAWAN air oren!

Mase tu memang rasa nak marah je Naqib sebab tumpahkan air kat aku padahal aku baru je lepas mandi. Tapi, tak sampai hati pulak. Terus aku cakap

"Pergi amek kain!"

Naqib pun terkedek-kedek pergi dapur amek kain. Lama pulak. Aku dah lah kesejukan, lambat pulak budak ni.

" CEPAT LAHH!!", aku dah mula kurang sabar.

"ok ok Naqib datang ni", kata Naqib sambil membawa kain yang agak besar. Aku suruh dia letak kain tu bawah kerusi aku.

"Pergi amek kain lain untuk lap meja", kata aku.

"Ok" kata Naqib sambil pergi ke dapur untuk mengambil lagi satu kain. Mak dah kat dapur masa insiden ni berlaku, so mak tak tahu pe yang berlaku sebenarnya. Bila mak pergi kat meja makan, aku dah habis makan. Aku perah baju aku dan pergi ke dapur. Mak dengan Naqib tolong lapkan air yang tumpah tu sementara aku basuh pinggan.

"Ade orang kene mandi lagi sekali" mak cakap. Arghh agak geram disitu.

Lepas aku basuh pinggan, tiba-tiba mak masuk dapur sambil gelak-gelak. Mak cerita.

"Masa lap air tu, bila dah tinggal sikit-sikit mak cakap kat Naqib, 'yang sikit-sikit tu biar je lah nanti bibik lapkan'. Lepas tu Naqib kata 'tapi mak, sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit'. Hahaha"

"Sengal!"

Tuesday, June 22, 2010

Hari ini...

...aku ada exam. Exam short sem yang aku ambik untuk cuti sem ni. Subjek? Heat transfer and fluid mechanic. Kod dia KJM 442. Okay kalau omputih kata don't judge a book by its cover, aku nak tekankan kat sini, JUDGE A SUBJECT BY ITS CODE. Sebab exam tadi sumpah susah!. Memang KeJaM. Nama pon KJM kan muahahaha [ok tak ade kene mengena]. Adik aku dari semalam asyik cheer, "Along chaiyok chaiyok!" dikala aku sedang bertungkus lumus [tipu gile] stadi, buat aku rasa macam nak hempuk je kepala dia kat dinding and kata "Sila diam!". Korang rasa aku buat tak? Mestilah tak. Mana sampai hati aku. Aku senyum jelah. Comel jugak kadang-kadang bila adik-adik aku ni buat benda-benda gitu. Especially yang dah tua tu. Nazrin nama dia. Aku tahu dia baca blog aku ni. Mesti die menyumpah-nyumpah akaknye yang comel ini.

...aku berborak dengan orang yang aku suka tengok, sebab beliau comel. Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu [aku tak nak kena pelangkung dengan awek beliau kah3]. Bukan aku yang approach beliau, beliau yang tegur aku dulu. Buat aku rasa macam terawang-awang sebentar dan senyum sorang-sorang. Sebenarnya bukan sorang-sorang pon, ramai orang sekeliling yang perasan sebab rasanya ramai jugak yang tahu keperasanan aku itu.

...aku temankan member aku Hajar cari tiket bas. Dalam perjalanan balik, tengah borak-borak, nampak JPJ buat roadblock. Kami pon, mula lah, terberuk terkedek-kedek nak pakai seatbelt. Nasib baik sempat. Aku ni pulak dah lah jenis yang xberperasaan sangat, tapi bila dah berperasaan, dah sampai rumah baru hilang rasa berdebar-debar tu. Pakcik JPJ tu pulak, buat roadblock, bukan reti nak tengok, bagi jalan je. Sambil borak-borak dengan member sebelah dia. Selama kodok je dia. Geram pulak aku. Nasib baik tak kena heart attack.

...aku dapat message yang mampu buat aku senyum seorang diri. Aku tak faham kalau bab orang salji tu je, mesti aku tak jadi nak marah, merajuk atau apa-apa sifat negatif yang lain. Macam gedik lah pulak. kah kah kah. Tapi biar lah. Sekali sekala. kan kan kan ;)

...aku karaoke sorang-sorang dalam bilik macam katak panggil hujan. Suara dah sah-sah macam kucing tak cukup ikan. Kalau hujan pon, seronok jugak, boleh tidur lena malam ni. Nyanyi lagu susah-susah pulak tu. Lagu taylor swift. Alah korang mesti kate, alaa setakat Taylor Swift tu apa je. Cuba korang nyanyi salah satu lagu dia, tengok. Bukan senang taw. Pernafasan tu penting. Stamina mesti tinggi.

Ok kengkawan, aku dah merepek panjang, kini tibalah masa untuk pen off. Ops, keyboard off maksud aku. Sekian... (^_^)

Monday, April 19, 2010

Examination



Maafkan saya kerana basically dah lama xupdate blog dengan benda2 yang berfaedah [slame ni berfaedah ke??]


Saya, dan seluruh warga UiTM satu Malaysia akn pergi bertempur di medan perang, menemukan kami dengan musuh terbesar kami iaitu peperiksaan, dan juga musuh dalam selimut, iaitu sifat malas kami sendiri, bersenjatakan pen serta kertas dan ilmu yang insyaallah penuh didada.


Anda dan ANDA yang terbaca post ini, saya mintak tolonglah doakan kejayaan kami disamping keberkatan ilmu yang telah kami pelajari selama ini serta dipermudahkan kami untuk menjawab peperiksaan ini.


Sem ni saya belajar 8 subjek, tolak 1 subjek yang xada exam [c programming], mknenye ade 7 paper yang bakal diperangi. Harap-harap bolehlah dapat result yang cemerlang insyaalah.


Ahhhh lagi satu, umur saya akan genap 21 tahun hujung bulan ni. [xperlu kot] nanti dah nak tarikh tu, exam kot, jadi sy xexpect la orang akan ingat. Xpe xyah ingat pon xpe [xmaw ngaku diri tua] haha..




Tuai padi anta masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi?,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita jumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Ewaahh~


ok lah terimakasih kerana membaca. Insyaalah berjumpa lagi. 
Semoga berjaya kpd warga UiTM (^_^)v juga kepada menber2 len yang bakal bertempur jugak..


p/s: Mode - pulun jgn xpulun~ stadi smpai muntah!

Tuesday, April 14, 2009

EXAM MODE


--EXAM MODE--
Tadi aku pg fakulti, nk anta assgmn snanye...
tp SNANYE ag, asgmn 2 xciap ag, so akupon tunggula Nad dtg n siapkn assgmn sesame...
tp muncul ag 1 msalah, ade pulak soaln yg kteorg mmg xretila nk bwat..
da perah2 otak pn xtaw nk bwt,
so Nad pon decide ah nk mntk tlong mmbe2 kteorg...

call azri, aiman, sume xangkt...
tetibe t'keluar ah name 'bukh' dari mulut aku [or nme sbena dye Bukhari]...
memule, cube je la call, tp xdela b'harap sgt die nk dtg [sowy Bukh buruk sangke kat ko], tp rupe2nye beliau pon dtg juge ntok mnolong kami...

then mntk tlong die, n ade gk ah tlong dye solve soaln yg die xtaw... tp die pon xdpt juge nk jwab soaln 2...
huhu so sume cm buntu, last Nad decide kiteorg anta gk asgmn 2 wlaupon agk xsiap... n nk tnye Puan soaln yg kiteorg xpaham 2 mase klas +an nnti...
so kteorg pon anta la...
Puan plak xde kt bilik dye, klaw x boleh gk tnye dye...

n then balik..



Sebenanye, now da stadi wik, mngu depan exam...
stat ngan tamadun, then control, circuit n lastly, electronics...
haah, sem ni mmg sikit je sbjeknye, 4 je...
2 pon sbb aku + tamadun 2, klaw x 3 je...
smpai nemo kate "klaw 3 je bek xya g skola" hehe...
p/s: snanye beliau xpuas ati sbjek dye byk
ermm...

korg2 yg bace ni tlong ah doakn kteorg yg nk pekse ni ehh...
n aku taw rmai gk yg nk exam bln 4 ni...
bln 4 mmg buln exam...
n bulan hujan juge, alhamdulillah...
smoge kite same2 dirahmati Allah...


-Amiiinn~-


--EXAM MODE--