Showing posts with label kisah naqib. Show all posts
Showing posts with label kisah naqib. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Telur dadar

Aku dengan Naqib sedang menonton cerita conan sambil Naqib makan. Dia makan nasi berlaukkan telur dadar dengan kicap. Aku pon mintak lah telur dadar tu sikit kat Naqib.

Aku: Naqib, nak sikit telur.

Naqib pun suapkan aku telur tu. Lepas tu dia bagitahu aku

Naqib: Ni Naqib yang masak ni.

Aku: ohh yeke??! Patut lah sedap

Naqib: Tapi bibik yang terbalikkan

Aku: ohhh. Tapi Naqib lah yang pecahkan telur sume2 eh?

Naqib: Tak, bibik yang pecahkan telur.

Aku: eh, dah tu Naqib buat pe? Betul ke Naqib yang masak ni? [sambil tersengih]

Naqib: Naqib masak laaahhh

Aku: Ohh Naqib yang letak garam ehh?

Naqib: Tak ingat. . .

Aku: Erkk...

Sunday, September 23, 2012

Tunku

Pagi tadi aku, Mayah dan Naqib pergi ke pasar ikut mak. macam biasa rutin mak, mula-mula order ayam, lepas tu pergi tempat ikan. bila dah pilih ikan, mak suruh dia siang. Semantara tunggu dia siang ikan, mak pergi cari sayur semantara kami pula tunggu lah ikan tu kat situ. Nampak lah upacara menyiang ikan.

Naqib pulak kejap pergi kat mak, kejap pergi kat kami. Kebetulan masa dia pergi kat kami, orang tu tengah buang sisik ikan guna benda yang macam banyak2 paku tu. Tahu kan?

Yang ni laah
Naqib pun pelik, dia tanya kami.
"Kenapa orang tu potong rambut ikan tu?"
Aku dengan Mayah dah tersengih lepas tu aku jawab
"Sebab ikan tu rimas rambut dia panjang"
Dia tanya lagi
"Tapi kenapa dia guna sikat?"
Aku terus lah kesukaan disitu dan terangkan kat Naqib yang dia tengah buang sisik ikan tu.

--------------------------------------------------------------

Bila dah nak balik dari pasar, mak beli apam balik [lagi]. Apam balik tu masih panas, mak letak atas perut dia sambil kami cuba pewangi yang baru beli untuk kereta Kia tu. Tiba-tiba mak kata
"Eh panas benda ni atas perut aku, macam beranak je"
Kami macam pelik. Mayah pun tanya
"Kalau beranak panas ke mak?"
"Bukan, lepas beranak kan kena pakai tungku, kena panaskan dulu tungku tu"
Naqib tanya
"Macam Tunku Abdul Rahman ke mak?"
Aku kesukaan lagi, lalu Mayah cakap kat Naqib
"Naqib, sep sikit"

Tunku Abdul Rahman

Monday, September 10, 2012

Apam balik

Beberapa hari sebelum puasa, aku teman mak aku pergi pasar, beli barang dapur. Bukan macam Erra dalam cerita Los dan Faun, kami pergi pasar naik kereta aje bukan helikopter. Pergi Seksyen 16 aje bukan Cameron Highland. Naqib pun nak ikut. Jadi, kami pun pergi lah.

Pergi pasar, beli ayam, ikan, sayur, bawang-bawang dan buah-buah. Lepas tu beli makanan untuk breakfast. On the way nak letak barang dalam kereta, nampak pakcik jual apam balik. Ade apam balik coklat, aku pon berminat lah nak beli. Lepas beli tu kami masuk dalam kereta.

Naqib pulak macam confident je kami nak balik, padahal tak cakap pon nak balik. Tapi memang nak balik lah kan sebab dah habis beli semua barang yang patut. Aku pulak, dengan niat nak mengusik ke Naqib, cakap kat Naqib.

Aku: Eh Naqib nak pergi mane ni, kita bukan nak balik lagi.

Naqib: Eh yeke?

Aku: Ye laah, nak beli barang lagi.

Naqib: Tapi kan dah beli apam balik?

Aku: Kalau dah beli apam balik pun kenapaa?

Naqib: Dah beli apam balik, kena lah balik.

apam balik


. . .

Sunday, April 1, 2012

Fried dinosaurs

Last Friday, I brought my dearest brother, Naqib to the hospital. Naah don't worry, he just caught some conjunctivitis or in Bahasa, sakit mata. That was just the follow up check up since we have already met the doctor last Monday. But alhamdulillah, he's getting better.

While waiting for our turn, as usual I played the game in my dearest handphone. Naqib seems restless because he doesn't bring anything to play with. Seeing him that way, I gave him my handphone to  play with and reach for the 'National Geographic' magazines they provide right there. The one entitled "Dinosaurs" caught my eyes so I decided to read it.

The main article about Dinosaurs is really interesting. I mean they even tell us how at first the paleontology job were discovered and evolved through time. And of course, it reminded me of Dr Ross Geller, if you know what I mean ;-)

Unagi =P
And then...

Frickin dinosaurs nugget!!

Yeah I know right?

Mind blown!

Thursday, November 17, 2011

The genius handsome one!

Aku turun dengan niat ingin membantu mak memasak. Maklum lah bibik tiada, jadi sedikit handicap lah kami. Kami pun bercerita, dan seperti biasa mak akan  banyak bercerita dan aku banyak mendengar cerita mak. Tapi aku suka mendengar cerita beliau walaupun sudah mendengarnya berulang kali.

Tiba-tiba mak memberitahuku
"Nazmi dapat mumtaz", kata mak.

Aku pulak macam baru lepas tengok hujan coklat kat luar. Hey siapa yang suka coklat macam aku, mesti rasa terkejut mula-mula tapi lama-lama aku jadi sangat teruja. Wei adik aku dapat MUMTAZ PSRA!!!

Aku rasa hepi sangat untuk dia. Bila mak bagitahu peratus dia, aku sangat terkejut. Dia bukan pandai, dia genius! Dalam adik beradik aku, dia lah paling tinggi PSRA setakat ni. Kalah Mayah woo.

Hari ni, aku bangun dengan rasa tak sabar nak tahu result UPSR Nazmi. Dia tak pergi sekolah awal-awal, mak pon cakap takyah pergi awal-awal, pergi masa result dah nak keluar: pukul 10 pagi. Tapi sebab mak nak run some errands, mereka keluar rumah dlm 9.30pagi macam tu. Aku tak boleh nak ikut sebab ada kelas pukul 10.30pagi. Masa dalam kelas tu, walaupun lecturer agak scary, aku dok fikir pasal adik aku ni, camne lah result dia eh.

Aku text Nazrin, tapi Nazrin takde dengan Nazmi. Jadi, aku message lah Nazmi.

"Mi, dah dapat ke result?", aku tanya
"Belum", sepatah je dia jawab.
"Ohh haha jangan takuuut ehhh", saje nak saiko.
"Ok", aduyai adik aku sorang ni, mane boleh text orang 'ok' je, aku tak gemor betul orang text 'ok' je kat aku.  [tampar dahi]

Aku text Nazrin balik, lepas tu Nazrin bagitahu aku yang Nazmi dapat 5A. Aku memang dah dapat agak sebenarnye sebab beliau rajin buat latihan walaupun mak selalu bising dan ada 'tutor' segarang Mayah.

On the way balik aku singgah gerai IEEE dengan Sara sebab nak beli cupcake akak kezuheran buat, sedap dan menarik! Aku beli jugak untuk boy of the day: Nazmi dan jugak adik-adik aku yang lain. Upss, aku tak beli lagi hadiah untuk besday Naqib. Aku kena keluar lah ni nak beli hadiah untuk besday Naqib yang lepas. Aduyaii...

Aku balik rumah dengan eksaitednye, terus tweet


lepas tu Mayah pulak reply


Aku dah senyum geleng-geleng kepala. Macam-macam adik-adik aku ni hehe.

Haaa by the way, nak show off cupcakes yang akak kezuheran buat

Welcome to sesame street!!!

cookie monster!


Elmo!!!


Grouchy Oscar!


Comot monster!
boy of the day: the genius handsome one =)

Thursday, November 3, 2011

Tangga

Pagiku bermula awal hari ini. Sekitar jam 3.00 a.m. Itu pun kerana ingin menyiapkan kerja yang berkenaan dengan subjek hari ini. Membuat kerja berseorangan pada pagi-pagi begini memanglah seronok kerana otak sudah fresh hasil peraduan malam tadi.

Aku membuat kerja, apabila sudah terasa bosan sedikit, aku menonton cerita. Tertidur sehingga jam enam. Aku snooze telifon bimbitku sehingga enam suku. Kemudian aku bangun untuk solat subuh. Apabila keluar dari bilik, kulihat Naqib sedang duduk di tangga. Termenung bersendirian. Aku pon bertanya;

"Naqib, nape duduk kat tangga tu?"

Dan aku mendengar Naqib menjawab

"Naqib takut nak turun bawah."

Aku pon merasa pelik sebentar, kemudian aku sedar yang budak kecil itu sememangnya takut bersendirian.

Aku tidaklah ketawa, cuma tersenyum sendirian sahaja.

Monday, June 20, 2011

Sifir

Tadi masa makan, mak cerita kat aku. Masa dalam kereta amek budak-budak tu balik dari ngaji, Naqib baca sifir 4. Lepas tu mak tanya Naqib:

Mak: Naqib, kalau satu darab Naqib berapa?

Naqib: Satu darab Naqib, Naqib.

Mak: Kalau dua darab Naqib?

Naqib: Dua darab Naqib, Naqib Naqib.

Mak: Kalau tiga darab Naqib?

Naqib: Dua darab Naqib, Naqib Naqib Naqib.
.
..
...

Lepas makan tadi, aku pon dengan niat nak nganjing Naqib;

Aku: Naqib, satu darab along berapa?

Naqib: Satu darab along, along.

Aku: Dua darab along?

Naqib: Satu darab along, along along.

Aku: Tiga darab along?

Naqib: Tiga darab along along along bukit beruntung....



Sakit perut jugak lah aku nak gelak kan... haha

Okkey tu je lah... sekian...

Thursday, May 26, 2011

Hantu Kak Limah

Tadi mak pergi amik Naqib dengan Nazmi kat surau baru balik ngaji. Mak nampak mereka [Naqib dan budak-budak mengaji] main kejar-kejar, sampai tergolek-golek dekat lantai surau tu.



Bila Nazmi dengan Naqib masuk kereta, mak tanya Naqib

"Naqib main pe tadi? Sampai tergolek-golek mak tengok",
"Kite orang main Hantu Kak Limah",

Mak pun macam;


"Haaa, Hantu Kak Limah?",
"Yelah, Hantu Kak Limah kejar budak-budak, lepas tu siapa yang kena tangkap, dia pulak jadi Hantu Kak Limah",


MIND BLOWN!

Thursday, April 28, 2011

Cahaya matahari?

Mak sedang menceritakan perihal rakannya yang mengalami fibroid dalam perut.

Naqib: Mak, fibroid tu ape?

Mak: Fibroid tu ketumbuhan.

Naqib: Eh, ketumbuhan? Macam mana dia tumbuh dalam perut, kan tak dapat cahaya matahari?


Sains sekolah rendah

Monday, April 4, 2011

Tinggal anak

Tadi mak pergi amek bebudak [Nazmi dan Naqib] balik daripada mengaji kat surau. Masa mak sampai, budak-budak tak siap lagi, so mak pon reverse lah kereta dulu nak bagi senang keluar. Tiba-tiba Naqib masuk kereta mak, cakap;

"Mak ni nak tinggal anak ke?"

Kwang kwang kwang....

KDK!

Sunday, April 3, 2011

Naqib tiga dalam satu

ICHI [SATU]

Kat luar rumah, Naqib tengah main bola dengan Nazmi. Hari Khamis malam.

Mak: Naqib, pergi buat kerje skolah tu!

Naqib: Alah mak, Kerja Naqib kena hantar minggu depan, nanti hari Ahad Naqib buat lah.

Mak: Kan hari Ahad nak pergi rumah kawan mak.

Naqib: Eh... Nanti hari sabtu Naqib buat lah.

Mak pun merenung muka Naqib dalam-dalam tanpa kata.

Naqib: Mak ni macam tak percaya kat Naqib je...

Mak: . . .



--------------------------------------------------------

NI [DUA]

Kat majlis tahlil kawan mak.

Naqib: Mak, kenapa air sirap ni tawar?

Mak : Bagus lah tawar, tak elok minum air manis selalu.

Naqib : Kalau macam tu baik bagi minum air masak je.

Mak : . . .


-------------------------------------------------------

SAN[TIGA]

Dalam bilik Naqib

Naqib : Mak, tadi Naqib menang main bola dengan ayah. [kat ps2]

Mak : Ohh, ayah ade cakap bodoh lagi tak?

Naqib: Ade...

Mak : Ishh biasa ayah ni cakap bodoh depan-depan anak ni! [konon marah lah tu]

Naqib : Eh tak lah mak, ayah tak duduk depan Naqib, Ayah duduk sebelah Naqib, kat sini hah [sambil tangan tepuk2 tilam kat sebelah dia.]

Mak : . . . 


-------------------------------------------------------------

p/s: Naqib dah 8 tahun sekarang. Tapi baru 8 tahun, dah cakap macam orang tua. hahaha.

Sunday, March 13, 2011

Durian

Naqib: Semalam Naqib ingatkan yang dalam plastik tu bola. . .

Mayah: Lepas tu Naqib tendang?

Naqib: Haah. . .

Durian

Wednesday, January 19, 2011

Penguin ke, parking?

Di satu petang yang fogging sambil menikmati Cinnabon;

Naqib: Mak... P dengan L tu untuk ape kalau memandu?

Mak: L untuk bawak kat tempat yang ada lembu... P untuk bawak kat tempat ada...

Mayah: ... pelanduk

Aku: Penguin!

Mak: Haa P untuk kat tempat yang ada penguin.

Naqib: Cakap betul betul...!

Mak: Betullah...

Naqib: Bukan P tu parking ke? [sambil muka berkerut]


...





Wednesday, December 8, 2010

The "Kenapa Nazmi macam Cina" thing

Aku tengah baca komik dalam bilik. Naqib seperti biasa lah masuk dan kacau aku.[p/s: Aku kena share bilik dengan beliau sebab apartment ade 3 bilik je. 1 master-mak aku, 2-Nazrin ngan Nazmi, 3-Naqib ngan aku.]

Naqib memang terkenal dengan sifat "reporter" yang suke sangat tanya macam2 dalam kalangan famili kteorang ni. Jadi Naqib pun tanya aku.

Naqib: Alonngg, kenapa muka Nazmi macam tu ehh?

Meh jenguk sikit muka Nazmi mcm mana.


Aku: Macam mane? Mane along tawu. Knape muke Naqib macam tu?

Naqib: Bukan, knape muke Mi macam Cina?

Aku: Along tak tawu lahh Naqibbb...

Selepas beberapa saat..

Naqib: Hah Naqib tawu knape muke Mi macam Cina!

Aku: Hah knape?

Naqib: Mase mak lahirkan die kan Mi kene vacuum kan, vacuum vacuum lepas tu muka kene tarik pergi atas lepas tu POM! jadi lah macam Cina.

Aku dah sakit perut gelak mase tu hahahaha.

Tuesday, December 7, 2010

The "Mak cakap 'aish' " thing

Kisah ni berlaku kat PD a.k.a Pot Diksen. Seperti yang aku dah nyatakan dalam post lepas, kami sekeluarga pergi bercuti kat sane minggu lepas. Kami duduk kat apartment TNB. Yang bestnye dok sini, ade swimming pool and dekat bebeno dengan laut.

Tapi yang tak bestnye, lautnye tak lah secantik kat pantai public PD tu. Kalau siang sikit, ade banyak rumpai laut. Pasir pon tak putih. Jadi, kami mandi laut pagi2 je. Lepas tu mandi swimming pool.

kiri Nazmi kanan Naqib.

Pandangan dari lobby apartment kitaorang


Petang hari ke-2 disana. Naqib beriya-iya ajak kami turun nak mandi swimming pool. Aku dah mandi pagi tu, jadi malas pulak nak turun lagi sekali. Nazrin pon sama. Nazmi sibuk main PS2 die. Mak sibuk buak sudoku die. Pendek kata macam xde orang nak teman Naqib turun berenang. Maka terjadilah perbualan ini;

Naqib: Mak, Naqib nak pergi swimming pool.

Mak: Naqib nak pergi dengan siapa?

Naqib: Naqib nak pergi sorang.

Mak: Aish!

Naqib: Haha dah agak dah mak nak cakap macam tu.

Mak: jbahsyhfbjdfsvbia

Sunday, November 14, 2010

Tak Selera

Pagi Ahad yang hening dan indah. Wah memang masyuk kalau tidur sebab cuaca sangat mengajak aku menemani bantal ngan Ros yang berseorangan. Jadi, aku pon tidur lah [Adik-adik jangan tiru aksi ini dirumah. Di hostel takpe =p]. Tiba-tiba mak bukak pintu.

"Along mana.... Ha ni die...", sambil mengambil kunci kereta aku diatas meja. Mak senyum kat aku pastu mak cakap
"Nak pergi pasar. Nak ikot?",

Aku geleng kepala. Mayah kat sebelah memang tak sedo kan diri. Aku tengah mamai-mamai tu aku pon cuba lelap balik. Tapi tiba-tiba dengar suara ayah pulak dari bawah.

"ALOOONGG MANA KUNCI KERETA LAMA??", jerit tanya ayah.
"MAK DAH AMEK",jerit jawab aku.
"OOHH MAK DAH AMEK. OKKEEYY", jerit cakap ayah.

Lepas tu aku dah tak rasa mengantuk pulak. Tapi tak mau bangun lagi. Golek-golek macam ikan busuk kat atas katil tu. Bila memang kompem tak boleh nak tido, akupon pergi kat almari amek novel komik dengan earphone, baca buku komik sambil dengar radio.

... lebih kurang 2 JAM KEMUDIAN ...

"ALONG ACIK MI TURUN MAKAN!!!" jerit panggil mak.

Bila aku turun bawah, mak suruh bukak sambal nasik lemak tuang dalam mangkuk. Sambil buat benda tu, mak cerita.
"Something to write on your blog..."
"Pedie mak?" tanyaku.
"Tadi Naqib ikut mak ngan ayah pergi pasar. Mase nak balik tu, Naqib cakap camni kat mak 'Mak, balik nanti Naqib nak terus mandi sebab Naqib rasa tak SELERA'..." 

Mak sengih-sengih. Aku macam blur jap... Haihh pe lahh Naqib ni.. hak3...





P/S: Esok bersamaan 15 November merupakan beday Naqib yang ke-8. =)
P/S: klaw tak paham, supposedly SELERA tu die cakap SELESA.

Saturday, November 13, 2010

Pergi Mati

Tempat: Rumah
Waktu: 10.00 P.M

Naqib: Mak, nak salam!! [Sambil hulur tangan]

Mak: Eh, Naqib salam-salam ni nak pergi mane?

Naqib: Naqib nak pergi mati.

Mak: Nak pergi mati??????

Naqib: Yelah mak, kan tidur tu sebahagian daripada mati.




p/s: korang ingat tak masa kecik2 dulu ustazah dekat sekolah ade cakap yang tidur tu sebahagian drpd mati n mati tu adelah kiamat kecil? huhu

Friday, November 12, 2010

Self defense

Naqib suke makan nasik dekat atas sambil tengok tv. Lepas tu die tinggal je pinggan dia kat atas tak bawak turun wlaupon die dah naik turun beberapa kali. Dah lah tinggal tengah-tengah dunie, pinggan kaca pulak tu. Kalau terpijak, pecah karang, cane?

Tadi, dalam kereta, dalam perjalanan ke skolah agama die, aku tegur lah die

"Naqib, knape Naqib suke tinggal pinggan kat atas?",

Naqib cakap
" Oh Naqib lupe nak bawak turun...",
"Lupe? Naqib ni dah tua ke lupe-lupe ni? Dah-dah pasni jangan tinggal pinggan tu kat atas takde sape nak tolong bawakkan turun",
"Alaa... Along tu kadang-kadang tinggal jugak pinggan kat atas kadang-kadang Naqib yang bawak turun", Ah sudah, die pnye self defense yg ni yang paling aku tak suke ni, cara cari salah orang untuk tutup salah sendiri.
"Along... Memang dah tua pon. Korang budak-budak lagi. lagipon along takdelah tinggal pinggan along kat tengah-tengah dunie cm ko", aku tak tawu nak cakap pe snanye.
"Mane ade. Kalau along tua maknanye umur dah seratus tahun.", jadahnye seratus tahun lak ni???
"Ade ke orang umur seratus tahun, ade ade???",
"Ade...",
"Mane, tunjuk cket kat along",
"Ade dalam buku...",
"Buku pe?"
"Buku umur...",
"Ade pulak buku umur??",
"Ade, kat perpustakaan sekolah kebangsaan",
"Hah pergi pinjam pastu tunjuk kat along",
"Mane boleh pinjam"
"Along, tahap satu tak boleh pinjam buku kat perpustakaan", tiba-tiba Nazmi bersuara.
"Dah tu, Mi lah pinjam lepas tu tunjuk kat along",
"Kad perpustakaan Mi dah rosak masuk washer machine..."

"Ish ish ish budak ni..."


....

Friday, November 5, 2010

Air oren

Aku dah stat cuti. And yes, aku tawu masih ramai yang baru nak stat exam. Jadi, selamat mentelaah akhir minit. Hehe.

Setakat ni, aku masih enjoy bercuti. Petang lepas last paper tu, aku pergi berkarok dan berkayak, tapi sayangnye gambar tak diambil sebab masing-masing eksaited nak berkayak. Mereka yang terlibat: Nadirah, Yana, Salwa, Wawa, Hasni and Yaya. In a nutshell, memang enjoy lah petang tu walaupon agak sakit lengan. Tapi worth it. Thanks korang!! \(^_^)/ .Esoknye aku pergi tengok cite Unstopable [btolke eje?]. That moment pon aku enjoy & hepi gak, TQ kepada yang berkenaan (^_^). And cite tu macam "The Taking of Pelham 123". Pasal tren gak so direkomenkan korang pergi tengok lah [ecece]. Stunt pon boleh tahan rse cm nak pegi je atas tren lompat2 macam yang die wat. Pasni nak tengok cte Megamind ngan si budak kecik yang gedik tu.

Ok ok aku nak cite hal lain snanye. Hal air oren. Hari ni nafsu makan aku membuak-buak macam pe je. Huhu.

-----------------------------------------------
Tempat: dining room.
Waktu: makan malam, malam lah kan.
Situasi: Tengah makan lah.


"Naqib, Naqib pergi buat lah air oren", pinta aku.

"Along nak air oren ke?", Tanya mak.

"Haah, tapi along malas nak bangun" [p/s: aku, ayah dengan mak tengah makan, Naqib dah habis makan.]

"Okey, biar Naqib buatkan", kata Naqib, mengundang rasa risau dihati ayah sebab cube korang bayangkan budak umur 8 tahun yang ade bibik  kat rumah die, mane laa reti buat air sendiri tanpa tumpah-tumpah.

"Toksah lah Naqib, suruh bibik je buatkan", kata ayah.

Tapi Naqib degil nak buat, so terciptalah air oren buatan Naqib, setelah dimodify oleh mak, Naqib pon tolong tuang dalam cawan aku. Ingatkan nak bagi aku, rupenye die nak bawak lari cawan tu.

"Naqib, tu cawan along", kata aku.

" Oh...", kata Naqib, sambil tak jadi nak amik cawan yang penuh air tu, tapi macam mana pun aku tak tawu, tibe-tibe aku rase pehe sebelah kiri aku dah basah dengan SECAWAN air oren!

Mase tu memang rasa nak marah je Naqib sebab tumpahkan air kat aku padahal aku baru je lepas mandi. Tapi, tak sampai hati pulak. Terus aku cakap

"Pergi amek kain!"

Naqib pun terkedek-kedek pergi dapur amek kain. Lama pulak. Aku dah lah kesejukan, lambat pulak budak ni.

" CEPAT LAHH!!", aku dah mula kurang sabar.

"ok ok Naqib datang ni", kata Naqib sambil membawa kain yang agak besar. Aku suruh dia letak kain tu bawah kerusi aku.

"Pergi amek kain lain untuk lap meja", kata aku.

"Ok" kata Naqib sambil pergi ke dapur untuk mengambil lagi satu kain. Mak dah kat dapur masa insiden ni berlaku, so mak tak tahu pe yang berlaku sebenarnya. Bila mak pergi kat meja makan, aku dah habis makan. Aku perah baju aku dan pergi ke dapur. Mak dengan Naqib tolong lapkan air yang tumpah tu sementara aku basuh pinggan.

"Ade orang kene mandi lagi sekali" mak cakap. Arghh agak geram disitu.

Lepas aku basuh pinggan, tiba-tiba mak masuk dapur sambil gelak-gelak. Mak cerita.

"Masa lap air tu, bila dah tinggal sikit-sikit mak cakap kat Naqib, 'yang sikit-sikit tu biar je lah nanti bibik lapkan'. Lepas tu Naqib kata 'tapi mak, sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit'. Hahaha"

"Sengal!"

Monday, August 16, 2010

Kenapa Naqib?

Destinasiku adalah bilik air. Memandangkan bilik adik-adikku terletak bersebelahan dengan bilik air, aku pon singgah ke bilik mereka. Buka pintu. Mereka sedang menonton tv. Cerita Power Rangers. Mereka memandangku apabila pintu dibuka. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Mata dan muka Naqib kemerahan.


"Eh, ini luar biasa", aku bermonolog sendiri. Biasanya yang menangis adalah Nazmi, gara-gara Naqib yang memang suka membuli beliau. Tapi kali ini berlainan pula keadaannya.


"Naqib, kenapa Naqib nangis ni, sape buat?" tanyaku.


"Mane adeeeeeeeeeee!", jawab Naqib sambil menyembunyikan muka beliau.


"Dah tu mata merah hidung merah tu bukan nangis ke?",  tanyaku kembli.


"Tak adeeeeee!".


"Cuba cite sikit kat along knape Naqib nangis ni", pintaku sambil mendepakan tangan. Naqib pun datang ke arah ku dan menangis di pangkuanku [ceh gila dramatik].


"Naqib sedih la along", kata Naqib.


"Kenapa, Naqib sedih sebab pe?", tanyaku, sambil mengusap belakang Naqib cuba menenangkannya [p/s kakak mithali ni ehehe].


"Naqib sedih tengok cerita ni", kata Naqib sambil jari telunjuknya diarahkan ke tv tersebut.


"..." (-_-")