Showing posts with label port dickson. Show all posts
Showing posts with label port dickson. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

The "Kenapa Nazmi macam Cina" thing

Aku tengah baca komik dalam bilik. Naqib seperti biasa lah masuk dan kacau aku.[p/s: Aku kena share bilik dengan beliau sebab apartment ade 3 bilik je. 1 master-mak aku, 2-Nazrin ngan Nazmi, 3-Naqib ngan aku.]

Naqib memang terkenal dengan sifat "reporter" yang suke sangat tanya macam2 dalam kalangan famili kteorang ni. Jadi Naqib pun tanya aku.

Naqib: Alonngg, kenapa muka Nazmi macam tu ehh?

Meh jenguk sikit muka Nazmi mcm mana.


Aku: Macam mane? Mane along tawu. Knape muke Naqib macam tu?

Naqib: Bukan, knape muke Mi macam Cina?

Aku: Along tak tawu lahh Naqibbb...

Selepas beberapa saat..

Naqib: Hah Naqib tawu knape muke Mi macam Cina!

Aku: Hah knape?

Naqib: Mase mak lahirkan die kan Mi kene vacuum kan, vacuum vacuum lepas tu muka kene tarik pergi atas lepas tu POM! jadi lah macam Cina.

Aku dah sakit perut gelak mase tu hahahaha.

Tuesday, December 7, 2010

The "Mak cakap 'aish' " thing

Kisah ni berlaku kat PD a.k.a Pot Diksen. Seperti yang aku dah nyatakan dalam post lepas, kami sekeluarga pergi bercuti kat sane minggu lepas. Kami duduk kat apartment TNB. Yang bestnye dok sini, ade swimming pool and dekat bebeno dengan laut.

Tapi yang tak bestnye, lautnye tak lah secantik kat pantai public PD tu. Kalau siang sikit, ade banyak rumpai laut. Pasir pon tak putih. Jadi, kami mandi laut pagi2 je. Lepas tu mandi swimming pool.

kiri Nazmi kanan Naqib.

Pandangan dari lobby apartment kitaorang


Petang hari ke-2 disana. Naqib beriya-iya ajak kami turun nak mandi swimming pool. Aku dah mandi pagi tu, jadi malas pulak nak turun lagi sekali. Nazrin pon sama. Nazmi sibuk main PS2 die. Mak sibuk buak sudoku die. Pendek kata macam xde orang nak teman Naqib turun berenang. Maka terjadilah perbualan ini;

Naqib: Mak, Naqib nak pergi swimming pool.

Mak: Naqib nak pergi dengan siapa?

Naqib: Naqib nak pergi sorang.

Mak: Aish!

Naqib: Haha dah agak dah mak nak cakap macam tu.

Mak: jbahsyhfbjdfsvbia