Thursday, April 28, 2011

Cahaya matahari?

Mak sedang menceritakan perihal rakannya yang mengalami fibroid dalam perut.

Naqib: Mak, fibroid tu ape?

Mak: Fibroid tu ketumbuhan.

Naqib: Eh, ketumbuhan? Macam mana dia tumbuh dalam perut, kan tak dapat cahaya matahari?


Sains sekolah rendah

Wednesday, April 27, 2011

Perihal hujan

Guruh berdentuman, alamat hujan bakal tiba jatuh ke bumi. Suram sekali. Dingin sekali.

Semalam, bulan tidak muncul. Mungkin kerana ini bakal menyusul.

Yang ditoreh itu bukannya daging biasa, malah hati yang lembut sekali sifatnya.

Seakan-akan luka dicurah air garam atau air lemon, pedihnya tidak tertahan.

Berdiri insan itu di gigi air membaling batu.

Langit terus meriah dengan dentuman guruh.


Lantas mengalir juga hujan, jatuh menyembah bumi, di pipi.


"Kenapa, semua ini?" tanyanya.
Hujan sifatnya air. Air datang dari bumi. Waktu cuaca panas, air disejat ke atas, membentuk awan. Waktu cuaca sejuk, awan memuntahkan hujan ke bumi. Tinggi mana pun air pergi, akan jatuh juga menyembah bumi.

"Mungkin aku lupa asal usulku." 

Kemudian terlihat si pelangi.

Saturday, April 23, 2011

Takdok Kije

Assalamualaikum...


"Surung pupun turuk pupun,
Buuh kurunju dulum puruhu,
Suruh mukun suyu mukun,
Suruh munguju suyu tuk tuhu"

okkey folks read out loud! jom bace sama-sama;
Surung pupun turuk pupun,
Buuh kurunju dulum puruhu,
Suruh mukun suyu mukun,
Suruh munguju suyu tuk tuhu.




Ade jadi cani tak mulut korang?
ahaha

Wednesday, April 20, 2011

PSLM ehem ehem

Assalamualaikum semua. Cane hidup anda beberapa hari/minggu ni?

uhuk2 [bersihkan sesawang]

Okkay readers yang awesome sekalian, diumumkan bahawa saya sedang bizi nak exam. Biase lah, orang PSLM[Persatuan Stadi Last Minit] kan, mestilah da nak exam ni baru bizi kan wawawawawa.

Ade memacam teori lah pasal stadi ni. cube korang observe satu satu;

Hah ni parah gila. Stadi pon salah. Tak stadi pon salah. Aihhh

Ni pulak quote zaman SPM dulu

"Bila exam dah nak dekat, berak pon rasa buang masa"
Okay yang ni, tak tawu lah nak cakap camne. Tapi accuracy die hampir 100%. Okkey lah kite bagi 90%. AKU? Sempat lagi update blog ni hak3...


"Tahu tak apa kesetiaan? Stil bersama buku walaupun masa tidur.. 
Tahu tak apa tu kebahgiaan? bergolek atas katil bersama buku-buku.. 
Tahu tak apa itu kesungguhan? stay up sepanjang malam teutamanya pada malam "terakhir".. 
Tahu tak apa itu pengorbanan? melepaskan buku pada waktu paling "genting".. 
Dan tahu tak apa itu keberanian? Masuk dewan examwalau tak habis baca buku.."
dapat dari blog ni 


Okkey lah aku nak cau dulu nak pergi stadi kat fakulti aku [ceh bajet rajiinn kannn?]

Strive for the best, Do the best and insyaallah dapat lah result the best okkey sume!

Doakan lah kami semua yang nak exam ni. Smoge dapat kaler terbang-terbang bak kata Sarah Adiba. Aminn~

smile (^_^)v

Wednesday, April 13, 2011

Lessons in life #7


Realiti cinta bukan macam dalam lagu cinta.

Kadang kala cinta tu terlalu overrated dalam lagu, atau dalam cerita cinta.

Jadi, jangan terlalu berharap. Kena selalu tunggu dan terima. Doa tak lupa.