Saturday, January 13, 2018

Pagi Jumaat

Seminggu.

Masuk hari ni dah seminggu sehari Nazrin tak ada.

Macam cepat sangat masa berlalu. Macam tak percaya dia dah pergi dulu. Janji Allah, maut akan datang tepat pada waktu. Tak cepat tak lambat.

Macam semalam semua berlaku. Masa dia nikah. Masa dia bagitahu family yang dia ada cancer. Masa bedah buang colon dia yang affected dengan cancer tu. Masa kita pergi PD ramai-ramai. Masa aku teman dia dengan Nadia buat chemo kat UMSC. Masa pergi IKN untuk tukar tempat chemo. Masa doc bagitahu yang chemo tu tak berkesan.

Masa pergi HPj untuk bedah tulang belakang. Masa pergi IKN sebulan lepas tu untuk start buat radiotheraphy. Masa dia kena tahan sebab tak boleh buat radiotheraphy. Masa doctor bagitahu satu family yang masa dia dah tak lama. Masa dia hembuskan nafas terakhir.

Pagi Jumaat tu, aku ingat lagi doktor kata masa ni sesuai untuk bisikkan kat dia apa-apa yang kita nak cakap sebab biasanya pendengaran lah yang akan pergi last kalau seseorang tu meninggal dunia. Jadi Nadia bisikkan something kat telinga dia. Lepas tu mak pulak bisikkan something kat telinga dia. lepas je mak bisik, dia dah tak tarik nafas. Kiteorang semua tunggu, tapi dia tak tarik2 dah nafas lepas tu. Semua menangis. Panggil nurse. Nurse check. Doktor datang. Doktor kata dia dah tak ada. Rasa macam hilang separuh nyawa masa tu.

Rasa macam betul ke aku berdiri ni. Macam mana aku berdiri? Mak dah tak terkata, terus pergi sebelah dia baca yaasin. Mak suruh kiteorang call orang untuk inform. Dalam menangis2 tu kiteorang call2 orang. Aku pon call sesiapa yang aku teringat nak call. Sedih dia tak tahu nak cakap macam mana. Ayah yang plan nak datang pagi tu, tumpang kereta aunty kina. Abah Nadia, uncle Nasir uruskan hal kat Shah Alam, nak mandi mayat semua semua tu.

Hari Jumaat tu berlalu dengan sangat pantas.

9-10am
Nadia dengan Mayah pergi uruskan documents kat IKN tu. Mak baca yasin. Aku tak tahu nak buat apa, nak baca yasin pun tak boleh. Aku call lagi sesiapa yang patut. Orang yang nak mandi jenazah datang, dan perlukan sign Nadia untuk bawak turun jenazah. Aku call Nadia. Dia naik. Diorang semua pindahkan jenazah Abang untuk dibawak turun untuk dimandikan.

10-11am
Jenazah Abang alhamdulillah selamat turun dan dimandikan. Jenazah turun guna pintu staff. Kiteorang turun guna pintu pelawat. Masa turun tu aku nampak Naimah kat bawah. Nasib baik dia datang kalau tak tak tahun nak cari forensik kat mana. Masa sampai depan forensik tu dah ramai kat situ. Dalam 10.30 ayah, aunty kina, nazmi dan naqib sampai. Ayah masuk untuk mandikan jenazah. Aku kat luar ni tak tahu nak buat apa, borak-borak dengan Naimah. Aku baru teringat aku belum cakap hi lagi kat nazmi dengan naqib. Aku tanya diorang ok tak. Nazmi terus nangis kat aku. Naqib kata dia sedih, tapi at least Abang dah tak sakit.

Mayah ajak kiteorang adik beradik pergi kemas barang Abang dalam bilik kat atas tu. Masa kiteorang nak naik tu alhamdulillah kawan2 US mak datang, at least mak tak sorang2. Kemas2 barang lama jugak rasa, barang banyak sebab 2 minggu duduk sana kan. Selesai kemas barang, salam2 dengan nurses yang comel lote dan cakap tq kat diorang, kamipon berjaya bawak turun semua barang sekali hangkut je. Tapi nurse ada mention ada document Nadia belum bagi lagi kat dia, so aku turun cakap kat Nadia, dia minta tolong aku bagikan document tu.

Masa turun daripada bagi document tu aku nampak mak, so kiteorang pon pergi ke kereta dan terus balik. Plan asalnye nak suruh abang wan atau kak yati tolong bawak balik kereta Bumblebee abang tu tapi lupa nak mintak kunci kat Nadia so tak jadi lah.

11am-12pm
Aku drive balik rumah. Aku kuatkan diri untuk drive sebab mak memang dah sedih sangat masa tu. Nad risau takut aku tak boleh drive siap offerkan faiq suruh drive. Tapi takpa lah kereta pon dah penuh masa tu, aku drive balik rumah. Alhamdulillah perjalanan balik smooth je, takda jem ke apa. Masa kiteorang sampai rumah van jenazah pun sampai sekali, jadi diorang bawak masuk jenazah Nazrin ke rumah dulu untuk orang tengok plus solat jenazah.

12-1pm
Aku dengan mayah sibuk layan orang semua  tak tukar baju pon. Masa diorang panggil untuk tengok jenazah, aku dah tak terkata terus menangis untuk kesekian kalinya. Mayah pun sama. Nadia tenang je cium muka Abang dan bisik lagi kat dia "kita jumpa kat syurga eh b". Ya Allah tabahnya engkau Nadia.

Aku tengok dari tangga masa diorang tutup jenazah dan bawa masuk van. Aku tengok masa van tinggalkan rumah, bermakna Abang meninngalkan rumah buat kali terakhir dan takkan kembali dah. Cepatnya engkau tinggalkan kami Abang.

1-2.30pm
Lepas je van berlalu, aku naik atas untuk mandi. Dari semalam tak mandi2 lagi. Mayah pun naik jugak. Aku message Nad dengan Sarah, kalau dah sampai naik terus masuk bilik aku. Lepas mandi aku bukak surah yasin kat laptop. Sambil baring atas katil. Macam tak percaya Abang dah tak ada. Sekejap je lepas tu Nad sampai. Aku peluk Nad. Menangis lagi. Sarah sampai. Pon sama. Kiteorang borak2. Tapi sebenarnya kalau ikut mood aku nak tidur je masa tu. Malam sebelum tu tidur memang tak lena. Risaukan Abang lagi. Jaga Abang lagi. Sedih lagi.

Aku turun takut mak kena layan orang sorang2. Salam2 orang. Itu ini. Aku start tanya arrangement untuk ke kubur. Tiba2 nampak Nadia macam menangis2. Aku pelik, aku pergi sana. Rupa2nya makcik2 aku bagitahu yang isteri tak boleh pergi kubur kalau suami dah mati sebab iddah dah start. Aku tak terkata. Nak cakap apa pun tak tahu. Nadia terus masuk bilik dia. Cari2 dalil yang sahih pasal benda tu. Beberapa kali aku masuk jenguk dan pujuk dia untuk pergi, dia taknak.

2.30-4pm
Masa kali terakhir aku jenguk tu alhamdulillah dia ubah fikiran. Dia kata nak pergi kubur. Aku pon jom ajelah. Aku, mak, Nadia naik kereta Sarah. Sempat sampai sebelum van jenazah sampai. Kamipun pergi tengok Nazrin buat kali yang terakhir.

Kami beramai2 tengok masa diaorang turunkan jenazah ke dalam liang lahad. Ayah dengan Nazmi tolong turunkan sekali. Tukang gali kubur buat keranda, lepas tu terus kambus. Sekarang senang, gali kambus kubur guna Excavator je, tak payah lah sakit2 belakang gali manually pakai cangkul.

Alhamdulillah semua urusan dah selesai. Kiteorang dengar talkin lepas tu balik. Balik tu tengok2 orang Ganu dah kat rumah. Orang BP pon ada. Semua datang. Kami yang dah boleh kata seharian tak makan, makan nasi kukus aunty kina beli.

----------------------------------------------------------------

Abang,

Along nak minta maaf untuk semua salah along kat abang, sakitkan hati abang, bergurau terlebih. Kalau ada masa yang abang perlukan seseorang tapi along takda kat situ. Kalau masa abang minta tolong tapi along tak deliver.

Halalkanlah semua yang along pernah ambik daripada abang.

Tolong jangan rasa bersalah untuk masa2 yang abang minta teman pergi mana2 especially masa pergi IKN. Sejak abang belajar kat penang dulu kita dah tak berapa rapat, jadi bila abang minta along teman pergi IKN along rasa ok je sebab tu lah masa untuk spend dengan abang dan nadia.

Along juga maafkan semua salah abang kat along. Juga halalkan semua yang along bagi atau abang ambil dari along.

You are a good brother. A good son. A good husband. And a good person. Kami doakan syurga lah ganjaran abang. Dan kami harap kami juga boleh jumpa abang kat sana. Abang rehat puas puas eh, dah banyak sakit kat dunia ni.We love you abang.

Assalamualaikum Muhammad Nazrin Bin Ismail, see you in another life brother <3 p="">

Friday, November 3, 2017

JK1M result

I promised I'd update weekly but it seems like laziness has conquered me. About the JK1M, I've lost about 10kgs and counting although these few days my meals weren't that wholesome. My mom and I actually ended up having so much fun and I could see her health condition improves. As for me, most of my shirts and pants starting to felt loose.

This week started up extra stressful for us family since my brother is going to have an operation on his back bone. The bad cells have spread and nest there until his left hand is affected; it's weak and he can't really feel or move his fingers anymore.

This year have basically been a long nightmare to us and if the nightmare have a climax, this is it. Mom super stressed and emotional, I actually witness my dad shed a couple tears in account of his concern about the operation.

Alhamdulillah the operation runs smoothly and Nazrin is recovering rapidly more than I though he will, which is actually a huge relief. Just a quick update, hope to write here soon.

Allons-y!

Wednesday, September 13, 2017

JK1M9 2: Hate You Coach!

Antara benda yang akan terkeluar dari mulut kau kalau first time workout. Aku tak hate pon coachnye tau!

Meeting kedua kiteorang buat circuit training, basically a bunch of workout regime [squat, lunge, mountain climber, pushup dll]  ada set2 dia. Coach kata harini tak penat sangat tapi masa buat tu ya ampun nak pensan pon ada. Rasanya adat lah tu sebab first time buat semua ni.

Tapi betul la, kalau ramai2 buat memang lagi semangat berbanding buat sorang2. Banyak benda jugak aku belajar tapi rasanya ada salah buat ni sebab sakit pinggang 😭. Tak tahu ah esok macam mana, hopefully makin ok lah, kalau boleh taknak lah skip kelas rugi je rasa.

Lepas cool down semalam ada sharing success story dari salah sorang peserta, dia sebelum ni 150kg tapi dengan usaha yang sangat gigih sekarang dah around 80kg lebih macam tu. Lagi sorang umur dah 51 tapi masih aktif lagi membuktikan bahawasanya kalau nak, ada cara. Jangan jadikan umur atau jantina dan sebagainya sebagai alasan.

Tak sabar pulak nak next class walaupun rasa sakit tu ada semangat pun ada sekali, wahai pinggang esok jangan sakit lagi eh...

Aja aja fighting!

Tuesday, September 12, 2017

JK1M9: 1 Baby Shark

Hari khamis Coach buat whatsapp group untuk anak2 buah dia, untuk pengumuman serta nak monitor pemakanan kita. First meeting untuk group kiteorang hari Sabtu 9.9.2017 kat seksyen 8.

Walaupun excited, aku dengan mak punya semangat dah kurang 50% sebab baru dapat berita pasal abang. Aku cerita kat post lain lah nanti eh.

Basically first meeting ni, coach nak terangkan pasal pemakanan yang sihat apa yang bagus apa yang tak semua. Bincang pasal schedule dengan venues. Exercise pon ada tapi sikit2 jelah.

Oh, ada sesi timbang-menimbang jugak! Haa agak seram lah ya tapi ni untuk banding keberkesanan program ni. Coach pon tak buat muka judging pon kalau berat kau berkoyan-koyan [macam akula], kebanyakan coach adalah professional gym instructor, jadia diorang dah biasa dengan benda2 macam ni.

Alhamdulillah dapat coach yang relek2 je tak strict sangat. Pandai melawak jugak. Cuma bab melukis tu hancus sikit. Coach Dollah kalau baca jangan marah ehh.

Ada jugak main game just untuk ceriakan suasana. Game sorok tangan. Game Zombie. Aku pulak kena jadi zombie. Jalan macam tempang, macam zombie dalam Plants vs Zombie tu. Pastu team yang kalah kena menari chicken dance dengan baby shark. Team aku kena menari baby shark. Teringat pulak kat si kecik Maryam ❤️. Mak siap rekod lagi kiteorang menari haha. Jangan harap lah aku nak upload kat sini, segan oi!

Lepas tu boleh terus balik. Coach dia lepaskan kita on time, tu yang best tu. Takdela melarat2 macam typical janji Melayu.

Overall aku rasa bersemangat sikit nak kuruskan badan. Entah percubaan kali ke berapa entah ni. Kali ni kena istiqomah. Sebab dah ada ilmu yang betul insyaallah boleh buat.

Aja aja fighting!!

Tuesday, September 5, 2017

JK1M 2017

Kelmarin mak tiba2 cakap

"Jom along kita join Jom Kurus yang Kevin Zahri tu"

Aku diam. Lama aku fikir. Sebenarnya ada terdetik jugak tapi tak tahulah kenapa aku tak join. Ni dah ada geng aku rasa ok lah. At least ada kawan.

Dah lama aku ada masalah ni. Masalah berat badan. Aku tahu je aku ni "fluffy". Lepas tu pulak baker, jenis yang kalau bake memang berdiri je. Malam sakit tumit. Setiap kali rasa macam tu aku berazam nak kuruskan badan. Tapi azam tu hilang bila nampak makanan best2.

Ya, aku suka makan. Ade ke orang yang tak suka makan? Makan best kot. Lepas tu malas nak exercise. Memangla makin lama mengembang macam belon kena pam. Lepas tu mula la bising sakit kaki.

Program dia start sabtu ni 9.9.2017. 6 minggu. Aku excited dalam masa yang sama takut. Entahlah, mungkin aku ada fear of success? Tapi kaki aku memang betul2 harapkan badan aku ni kurang sikit berat dia, sebab sekarang kalau bangun lepas duduk lama pon kaki sakit. Tapi lama2 ok lah.

Erm kau. Ye kau. Aku tahu *kadang2* kau bukak blog ni. Aku dok terpikir kat ko beberapa hari ni. Kenapa tah. Hope ko ok.

Btw, mungkin aku akan update pasal JK1M ni weekly. Semoga berjaya. Hehe.