Wednesday, September 13, 2017

JK1M9 2: Hate You Coach!

Antara benda yang akan terkeluar dari mulut kau kalau first time workout. Aku tak hate pon coachnye tau!

Meeting kedua kiteorang buat circuit training, basically a bunch of workout regime [squat, lunge, mountain climber, pushup dll]  ada set2 dia. Coach kata harini tak penat sangat tapi masa buat tu ya ampun nak pensan pon ada. Rasanya adat lah tu sebab first time buat semua ni.

Tapi betul la, kalau ramai2 buat memang lagi semangat berbanding buat sorang2. Banyak benda jugak aku belajar tapi rasanya ada salah buat ni sebab sakit pinggang 😭. Tak tahu ah esok macam mana, hopefully makin ok lah, kalau boleh taknak lah skip kelas rugi je rasa.

Lepas cool down semalam ada sharing success story dari salah sorang peserta, dia sebelum ni 150kg tapi dengan usaha yang sangat gigih sekarang dah around 80kg lebih macam tu. Lagi sorang umur dah 51 tapi masih aktif lagi membuktikan bahawasanya kalau nak, ada cara. Jangan jadikan umur atau jantina dan sebagainya sebagai alasan.

Tak sabar pulak nak next class walaupun rasa sakit tu ada semangat pun ada sekali, wahai pinggang esok jangan sakit lagi eh...

Aja aja fighting!

Tuesday, September 12, 2017

JK1M9: 1 Baby Shark

Hari khamis Coach buat whatsapp group untuk anak2 buah dia, untuk pengumuman serta nak monitor pemakanan kita. First meeting untuk group kiteorang hari Sabtu 9.9.2017 kat seksyen 8.

Walaupun excited, aku dengan mak punya semangat dah kurang 50% sebab baru dapat berita pasal abang. Aku cerita kat post lain lah nanti eh.

Basically first meeting ni, coach nak terangkan pasal pemakanan yang sihat apa yang bagus apa yang tak semua. Bincang pasal schedule dengan venues. Exercise pon ada tapi sikit2 jelah.

Oh, ada sesi timbang-menimbang jugak! Haa agak seram lah ya tapi ni untuk banding keberkesanan program ni. Coach pon tak buat muka judging pon kalau berat kau berkoyan-koyan [macam akula], kebanyakan coach adalah professional gym instructor, jadia diorang dah biasa dengan benda2 macam ni.

Alhamdulillah dapat coach yang relek2 je tak strict sangat. Pandai melawak jugak. Cuma bab melukis tu hancus sikit. Coach Dollah kalau baca jangan marah ehh.

Ada jugak main game just untuk ceriakan suasana. Game sorok tangan. Game Zombie. Aku pulak kena jadi zombie. Jalan macam tempang, macam zombie dalam Plants vs Zombie tu. Pastu team yang kalah kena menari chicken dance dengan baby shark. Team aku kena menari baby shark. Teringat pulak kat si kecik Maryam ❤️. Mak siap rekod lagi kiteorang menari haha. Jangan harap lah aku nak upload kat sini, segan oi!

Lepas tu boleh terus balik. Coach dia lepaskan kita on time, tu yang best tu. Takdela melarat2 macam typical janji Melayu.

Overall aku rasa bersemangat sikit nak kuruskan badan. Entah percubaan kali ke berapa entah ni. Kali ni kena istiqomah. Sebab dah ada ilmu yang betul insyaallah boleh buat.

Aja aja fighting!!

Tuesday, September 5, 2017

JK1M 2017

Kelmarin mak tiba2 cakap

"Jom along kita join Jom Kurus yang Kevin Zahri tu"

Aku diam. Lama aku fikir. Sebenarnya ada terdetik jugak tapi tak tahulah kenapa aku tak join. Ni dah ada geng aku rasa ok lah. At least ada kawan.

Dah lama aku ada masalah ni. Masalah berat badan. Aku tahu je aku ni "fluffy". Lepas tu pulak baker, jenis yang kalau bake memang berdiri je. Malam sakit tumit. Setiap kali rasa macam tu aku berazam nak kuruskan badan. Tapi azam tu hilang bila nampak makanan best2.

Ya, aku suka makan. Ade ke orang yang tak suka makan? Makan best kot. Lepas tu malas nak exercise. Memangla makin lama mengembang macam belon kena pam. Lepas tu mula la bising sakit kaki.

Program dia start sabtu ni 9.9.2017. 6 minggu. Aku excited dalam masa yang sama takut. Entahlah, mungkin aku ada fear of success? Tapi kaki aku memang betul2 harapkan badan aku ni kurang sikit berat dia, sebab sekarang kalau bangun lepas duduk lama pon kaki sakit. Tapi lama2 ok lah.

Erm kau. Ye kau. Aku tahu *kadang2* kau bukak blog ni. Aku dok terpikir kat ko beberapa hari ni. Kenapa tah. Hope ko ok.

Btw, mungkin aku akan update pasal JK1M ni weekly. Semoga berjaya. Hehe.