Wednesday, December 29, 2010

Menang dipuji, kalah dicaci

Alhamdulillah seinfiniti syukur aku panjatkan kehadrat Illahi sebab dengan izin-Nya Malaysia menang Piala Suzuki 2010. Aumm aumm!!

Aku ni perempuan. Stereotypenye memang perempuan tak tengok bola. Aku pon antara beribu streotype tu. Dulu tengok world cup pon sebab nak usha mamat hensem. Ahaks. Tapi hari ni, aku tengok sebab aku orang Malaysia. Kalah ke menang ke aku tetap orang Malaysia. Alhamdulillah kite menang.

Aku ade sorang kawan. Ok aku pernah mention beliau dalam blog ni. Bro aku, Apit. Beliau memang ade semangat nasional yg tinggi. Dari dulu lagi macam tu. Kalau ade game bola ke pape ke, mesti beliau semangat turun stadium walaupon beliau antara penyokong yang boleh dikira dengan jari je dalam stadium tu. Semangat tu yang aku kegum dengan beliau. Disaat orang lain dok perlekeh / tak yakin dengan negara mereka sendiri, dia lantang tegakkan semangat nasionaliti dia.

Sekarang aku rase mesti beliau tengah hepi gile. Bro, tahniah! hehe. Aku tawu lah orang lain pon hepi gak, tapi hepi orang lain ni macam kata "menang dipuji kalah dicaci". Haa gitu. Dalam erti kata lain, hipokrit. Sorry, aku pon antara golongan tu. Tapi insyaallah aku harap pasni takdelah nak perlekeh negara sendiri.

Ok aku tak mau merepek panjang sangat takut makin banyak yang salah karang, banyak lak dose aku. Huhu. Okey semua, take care yeah.

The "Telefon Nazmi" thing

Uhuk uhuk uhuk aaachuuumm!!!
Alamak nampaknye macam banyak je habuk-habuk old year. New year belum sampai lagi, so ni kira habuk old year lah kan. Eh eh jap aku nak bersihkan sawang kat corner tu yeh...


Okay beres.

Aku nak sambung cerita pasal kisah kat PD ni.

-----------------------------------------------------------------------
Ada satu masa tu, aku baru lepas mandi. Aku masuk bilik, tengok henpon. Nak tuka theme henfon. Tak sempat nak tuka, tiba-tiba adik aku Nazmi call. Aku pun pelik. Dah duduk serumah nak call-call pulak. Gedik betol. Tapi tak pe lah, aku angkat je.

"Hello?"
"Hello long", aku dengar suara garau. Setahu aku si Nazmi ni belum pecah lagi suara dia.
"Long, tolong bukak pintu weh, aku terkunci kat luar ni", ohh baru dapat cam, adik aku Nazrin yang empunya suara tu rupenye. Aku pun bukak pintu yang sambungkan bilik aku ke balkoni.
"Kau ni, bodoh kan?" kata aku sambil tergelak.

Nazrin pun mula bercerita. Sebenarnya dia nak ambil angin je kat balkoni tu. Tapi tiba2 tergerak hati nak bawak henfon Nazmi. Bila dah keluar tu, tiba-tiba angin tutup pintu bilik. Dia ingatkan nanti boleh bukak, tapi terkunci lak. Macam-maca adik aku ni.


Wow sory kinda rusty dah lame tak menulis huhu.

Wednesday, December 15, 2010

Magikkah?

Bila pisau halusinasi mencucuk-cucuk belikat melingkau-lingkau rusuk petanda bodoh-bodohnya kebodohan yang dibodohkan.
Kenapa yang dirasai sakit tidak terperi bagai tiada jawapan menangisi benda yang tidak tahu hujung puncanya.
Apa sebenarnya keadaan punca penyebab jatuhnya air ini di pipi walau cuba digali mungkin kamu lah sahaja yang memahami bukan kau mahupun kau yang lain, aku tidak peduli.
Mungkin bodoh-bodoh itu aku ataupun kamu, rindu tapi tak bertemu atau apa lagi kali ini mimpi-mimpi merapu merasuk waras aku meracau dalam igauan termenung dalam kenyataan.
Bila mungkin 'bersua' menjadi satu kepastian?


Ketahuilah sebenarnya dan sesungguhnya rindu bertindih-tindih menjadi banyak menjadi berat di pundak biarpun tidak kelihatan tapi itulah perasaan yang sukar dijelaskan dengan logik akal manusia yang tidak panjang itu.
Kalau aku merapu kekiri kekanan kedepan kebelakang keatas kebawah kesemuanya kamu sahaja yang terlihat terdengar mahupun terasa, magikkah?


Katanya; bukan, ini cuma.... cinta.




YA! CINTA!

Hari ni

rindu dia lain macam sikit.

Thursday, December 9, 2010

Do I really HAVE to grow up?

Aku tengah belek-belek Jobstreet sbenanye mase fikir benda ni. Yelah, dah nak praktikal nanti. Bila fikir pasal praktikal, baru aku sedar, aku dah nak kerja. Aku dah nak grad. Aku dah nak kawen. Paling penting, aku makin dekat dengan maut.

Bila dah masuk 20-an ni, baru aku terfikir, knape budak-budak nak sangat jadi dewasa? Aku dulu pon tak terkecuali. Aku nak jadi dewasa sebab nampak macam best je. Kerja. Dapat duit. Boleh beli pape yang aku nak. Tu lah sebab utama aku tak sabar-sabar nak jadi dewasa.

Tapi sekarang, macam tak suke. Macam-macam benda kena fikir. Study. Nak grad lagi. Dapat kerja ke tak nanti. Sempat kawin ke tak nanti. Pastu kalau dah kawin, nak fikir pasal anak pulak. Duit. Duit tu lah, penting. Bak kate omputih
"Money is NOT everything but everything needs money".
Ade lagi satu aku pernah jupe:
"Money is the thing that you must make in case you doesn't die".
Wow, klaw bace quote yg second tu, baru aku perasan  betapa overratednye duit zaman sekarang ni.

Okay balik kepada topik, aku rindu nak kembali zaman budak-budak dulu. Yang paling aku ingat, masa aku duduk kat Melaka. Dari tadika sampai darjah satu. Duduk kat quarters TNB kat pantai Kelebang. Memang rumah tu dekat je dengan pantai. Best!!

Aku rindu keadaan cani;
Benda yang paling kite suke adelah kartun dan mainan.
Pilihan yang paling susah adalah nak tengok Barney ke nak keluar main pukul 6 petang nanti.
Benda yang paling sedih adalah kena marah dengan mak sebab kita nakal. Lepas tu boleh jadi hepi balik bila dapat gula-gula atau eskem.
Bila pergi Jusco, bukan untuk shopping tapi untuk beli cotton candy dari mesih tu. Aku tak tawu lah ade lagi tak mesin tu skarang tapi kalau ade lagi bgtawu lah aku, dah lme xmakan cotton candy yang fresh hehe.

Berjaya diGoogle. Ni lah mesinnye. Bile masukkan syiling kan, nanti kayu die keluar kat tengah tu pusing2, lepas tu tetibe je dah ade cotton candy kat kayu tu. Siap ade lampu2 ngan lagu g mase kayu tu pusing2 hehe.
Mane ade benci-benci mase budak-budak dulu. Kalau ade pon, mesti sebabnye childish. haha. Pastu mane ade risau pasal duit. Mane ade kisah aku gemuk ke kurus ke. Nak makan bantai je. Mane ade kisah baju aku  matching ke tak dengan sluar, n pakaian aku sesuai tak dengan keadaan sekeliling. Ade skali tu mak cakap, aku pakai t-shirt ngan shorts je pergi wedding. Mak takleh nak larang nanti aku mengamuk hoho [agak ganas ye aku ni.] Lagi satu, mane ade risau pasal love life. Tak fikir pon pasal pakwe-pakwe mase dulu.

Dah besar ni, banyak benda kena fikir. Banyak komitment. Sume kena buat sendiri. Mane ade Doremon nak tolong kite. Memang lah ade orang sekeliling yang boleh tolong, tapi takkan selamanya nak harap kat dorang kan? Kalau ikut hati, memang taknak membesar dah walaupon hakikatnye jasadku agak besau [haka haka haka]. Tapi tu memang ketentuan Allah, umur akan bertambah bukan berkurang. Jadi kita kena belajar lah terima kenyataan tu. Suka atau tak, benda tu tetap akan jadi. Yang penting, jangan lupa diri.

Terimakasih kepada anda-anda yang pernah jadi sebahagian daripada hidup aku. Tanpa korang, tak terciptalah aku yang sekarang ni.

Sekian... :)

Wednesday, December 8, 2010

The "Kenapa Nazmi macam Cina" thing

Aku tengah baca komik dalam bilik. Naqib seperti biasa lah masuk dan kacau aku.[p/s: Aku kena share bilik dengan beliau sebab apartment ade 3 bilik je. 1 master-mak aku, 2-Nazrin ngan Nazmi, 3-Naqib ngan aku.]

Naqib memang terkenal dengan sifat "reporter" yang suke sangat tanya macam2 dalam kalangan famili kteorang ni. Jadi Naqib pun tanya aku.

Naqib: Alonngg, kenapa muka Nazmi macam tu ehh?

Meh jenguk sikit muka Nazmi mcm mana.


Aku: Macam mane? Mane along tawu. Knape muke Naqib macam tu?

Naqib: Bukan, knape muke Mi macam Cina?

Aku: Along tak tawu lahh Naqibbb...

Selepas beberapa saat..

Naqib: Hah Naqib tawu knape muke Mi macam Cina!

Aku: Hah knape?

Naqib: Mase mak lahirkan die kan Mi kene vacuum kan, vacuum vacuum lepas tu muka kene tarik pergi atas lepas tu POM! jadi lah macam Cina.

Aku dah sakit perut gelak mase tu hahahaha.

Tuesday, December 7, 2010

The "Mak cakap 'aish' " thing

Kisah ni berlaku kat PD a.k.a Pot Diksen. Seperti yang aku dah nyatakan dalam post lepas, kami sekeluarga pergi bercuti kat sane minggu lepas. Kami duduk kat apartment TNB. Yang bestnye dok sini, ade swimming pool and dekat bebeno dengan laut.

Tapi yang tak bestnye, lautnye tak lah secantik kat pantai public PD tu. Kalau siang sikit, ade banyak rumpai laut. Pasir pon tak putih. Jadi, kami mandi laut pagi2 je. Lepas tu mandi swimming pool.

kiri Nazmi kanan Naqib.

Pandangan dari lobby apartment kitaorang


Petang hari ke-2 disana. Naqib beriya-iya ajak kami turun nak mandi swimming pool. Aku dah mandi pagi tu, jadi malas pulak nak turun lagi sekali. Nazrin pon sama. Nazmi sibuk main PS2 die. Mak sibuk buak sudoku die. Pendek kata macam xde orang nak teman Naqib turun berenang. Maka terjadilah perbualan ini;

Naqib: Mak, Naqib nak pergi swimming pool.

Mak: Naqib nak pergi dengan siapa?

Naqib: Naqib nak pergi sorang.

Mak: Aish!

Naqib: Haha dah agak dah mak nak cakap macam tu.

Mak: jbahsyhfbjdfsvbia

Monday, December 6, 2010

Anugerah!!

Assalamualaikum setelah sekian lamanya aku tak update blog ni, maap lah buat peminat-peminat [eleh macam ade je ahaks]. Aku pergi PD aka Pot Diksen minggu lepas, bersama famili tercinta. Saje nak jejalan tuka angin.


Dah lame dak Mamat ni tag aku kat award ni tapi aku tak berape rajin nak update blog. Haha. Haaa aku kene jawab soalan ni...

"Apa pandangan korang tentang blog Luahan hati ni???

Bagi aku, blog kau tu ok lah kot hehe. Cantik, lebih dari blog aku g, kemain ehh. Emm cume aku rase cm byk sgt elemen, membuatkan die lmbt load. Haa tu jela yang aku leh komen kot.

Ok dah berjaya jawab tag ni, maap ehh sbb lmbt.