Assalamualaikum semua!
[kalau ade yang bace haha]
Macam mana puasa setakat ni? okkey tak? Alhamdulillah bersyukurlah sebab masih sempat untuk mengharungi bulan Ramadhan ni. Banyak tak amalan yang korang dah buat?
Yang paling penting, ikhlas tak?
Ha, tu lah yang aku nak cakap hari ni. Tazkirah selepas Isyak beberapa hari lepas, ustaz tu bercerita tentang keikhlasan.
Ape dia tu keihklasan?
Menurut ustaz tersebut, ade banyak definisi yang orang dah definisikan. Tapi bagi dia, paling senang, keikhlasan tu adalah
"kerana Allah subhanahu wa taa'la".
Macam mana tu?
Haa... macam ni. Kalau kita, contohnya, nak menderma kat masjid bila orang hulur tabung masjid tu, kita masukkan duit. Ape niat sebenar kita? Sebab Allah atau sebab malu dengan kawan-kawan? Kalau sebab malu dengan kawan-kawan, kata ustaz, baik tak payah derma dulu. Balik rumah betulkan niat dulu, baru lah derma.
Kenapa ikhlas ni penting sangat?
Ikhlas tu merupakan essence untuk beribadah. Ada satu cerita. Bila dah dibangkitkan selepas kiamat nanti di padang mahsyar, kita akan dihisab
[dihitung] amalan dulu dengan dua dacing. dacing sebelah kanan dengan dacing sebelah kiri. Dikatakan bahawa kalau dacing sebelah kanan tu lagi berat daripada dacing sebelah kiri, insyaallah Syurga lah tempat insan tersebut.
Kalau kite buat ibadah, dia akan letak kat timbangan belah kanan. Kalau ade yang tak ikhlas, amalan tersebut akan menjadi seperti debu kering, dan ada angin yang akan terbangkan amalan tu begitu sahaja.
Rugi tak? rugi kan... Jadi, marilah kita sama-sama ikhlaskan niat untuk beribadah.
Perkara keikhlasan ni kita boleh apply kat amalan sunat aje. Jangan lah pulak nanti korang tak solat fardu sebab tak ikhlas. Tak puasa Ramadhan sebab tak ikhlas.
Tak tutup aurat sebab tak ikhlas. Haha memang nak kena luku tu.
Ade satu analogi ustaz ni bagi, yang menarik hati aku. Ikhlas ni macam, qadha hajat lah. Bagi yang tak tahu qadha hajat tu ape, qadha hajat tu buang air besar. Kalau tak tahu jugak, tanye lah sesiapa yang tahu.
Kalau kita tengah duduk dengan kawan-kawan kite, pastu rasa nak qadha hajat pulak, kita umumkan tak dekat satu dunia;
"WOI AKU NAK BERAK!"
TAK kan? Lepas tu, kita pergi tandas awam. Bila dah masuk tandas, kita tutup pintu. Tak nak orang tengok kita tengah ber'bisness'. Kat tandas tu, kalau boleh, kita
tak nak orang lain dengar benda tu jatuh dalam air. Lepas dah selesai, kita
tak kira berapa ketul, tengok warna ape, timbul ke tenggelam. Bila dah duduk balik dengan kawan kita, ada tak kita bagitahu dia;
"Tadi aku berak warna coklat tiga ketul timbul!"
Mesti TAK kan? Gila pengotor kalau ada haha.
Macam tu lah jugak keikhlasan ni. Kalau boleh kita taknak orang tahu yang kita buat benda tu. Biarlah takde orang yang tahu. Biar lah urusan tu antara kita dengan Allah je.
Ha macam tu lah kisahnye keikhlasan ni. Kalau boleh kita tak nak bagitahu orang kebaikan yang kita dah buat. Baru lah namanya ikhlas.
Kesimpulannye, kalau nak buat pape, ikhlaskan lah hati tu dulu. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Amin~
p/s: Kat sekolah dulu, ade analogi cakap
ikhlas ni macam...
Semut hitam...
.. atas batu hitam...
..dalam gua yg gelap...
Ha, macam mana tu? Fikir-fikirkan lah. Sekian~