"Datang lah rumah Bak, sementara Bak masih ada ni"
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Sekarang Bak sorang2 je"
Mukaku berkerut sedikit tanda tidak memahami. Setahu ku, ramai yang tinggal di rumah Bak.
"Uncle Mena kan dah takda, jadi tinggal bak sorang aja"
Baruku faham. Uncle Mena meninggal dunia raya tahun ini. Jadi tinggal Bak sorang lelaki 'veteran' dalam keluarga kami.
Usia kita semakin meningkat. Bukan usia aku sahaja, tetapi juga usia orang di sekelilingku. Yang dahulunya kanak2 hingusan sudah menapak ke menara gading. Perubahan itu pasti.
Minggu ini, banyak perkara yang membuatku patah hati. Sabtu lepas aku terjumpa seekor anak kucing yang dilanggar kereta. Alhamdulillah dia masih bernyawa. Aku ambil dan bela, menjadi misi untuk anak kucing ini.
Akan tetapi setiap kali aku melihat ia, aku jadi patah hati. Kesian. Simpati. Empati. Aku mahu dia sembuh. Tak sanggup lagi melihat ia sakit begini.
Patah hati juga mendengar Bak kata begitu. Aku faham kenapa, cuma masa yang berlari terlalu laju, kadangkala tidak mampu untuk aku mengejar semua. Aku doakan yang terbaik untuk dia. Aku tahu, dia pun begitu.
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)