Saturday, October 29, 2011

Peteh Ganu Peteh!!

Friday, October 28, 2011

Saya tak sejahat tu; memberi sesuatu untuk memerli orang.

semua yang diberi datang dari hati.

Atau mungkin saya mmang sejahat itu dimata kamu?

Thursday, October 27, 2011

Snek Tengah Malam


"Kena rajin jangan malas, kena tak malas jangan tak rajin!"


Apparently usaha saya untuk menjadi rajin masih boleh dikatakan -50% berjaya kerana ada satu keadaan dimana selepas makan, saya akan tertidur dengan automatiknya. Saya tahu keadaan ini menampakkan sindrom penyakit terlebih vitamin M ataupun dalam bahasa mudahnya, MALAS. Walaubagaimanapun, sekarang saya mempunyai perasaan yang kuat kepada diri saya iaitu MARAH kerana nampaknya penyakit vitamin M itu membuatkan saya terjaga sekarang; disaat keluarga saya semuanya suda lena diulit mimpi. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala hasil penyakit terlebih vitamin M saya itu. Itulah yang dikatakan

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenanye-senang kemudian.

Dan keadaan saya sangat ironi denagn pantun tersebut kerana saya bertidur-tidur dahulu dan berjaga-jaga kemudian. Sekian lah kekerepekan saya ditengah malam ini.



Sekian...

Wednesday, October 26, 2011

Rosak

Ada hikmah setiap yang rosak itu. Memberi ilmu tentang membaikinya. Mengajar kesabaran tentang menunggu dibaikinya. Jika tidak dapat dibaiki, mendapat benda yang baru. Mungkin yang jauh lebih baik daripada yang pernah ada. Jauh lebih bermutu. Jauh lebih laju.

Belum kira lagi pahala yang diperoleh berkat kesabaran itu. Dan pahala bagi yang membantu membaiki.



Jadi, ada baiknya kita bersyukur atas setiap yang berlaku kepada kita. Lihat dari sudut berbeza. Anjakan paradigma. =)

Monday, October 24, 2011

T_T

Rasa macam nak menangis buat technical paper ni.