"Kena rajin jangan malas, kena tak malas jangan tak rajin!"
Apparently usaha saya untuk menjadi rajin masih boleh dikatakan -50% berjaya kerana ada satu keadaan dimana selepas makan, saya akan tertidur dengan automatiknya. Saya tahu keadaan ini menampakkan sindrom penyakit terlebih vitamin M ataupun dalam bahasa mudahnya, MALAS. Walaubagaimanapun, sekarang saya mempunyai perasaan yang kuat kepada diri saya iaitu MARAH kerana nampaknya penyakit vitamin M itu membuatkan saya terjaga sekarang; disaat keluarga saya semuanya suda lena diulit mimpi. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala hasil penyakit terlebih vitamin M saya itu. Itulah yang dikatakan
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenanye-senang kemudian.
Dan keadaan saya sangat ironi denagn pantun tersebut kerana saya bertidur-tidur dahulu dan berjaga-jaga kemudian. Sekian lah kekerepekan saya ditengah malam ini.
Sekian...
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)