Friday, November 5, 2010

Air oren

Aku dah stat cuti. And yes, aku tawu masih ramai yang baru nak stat exam. Jadi, selamat mentelaah akhir minit. Hehe.

Setakat ni, aku masih enjoy bercuti. Petang lepas last paper tu, aku pergi berkarok dan berkayak, tapi sayangnye gambar tak diambil sebab masing-masing eksaited nak berkayak. Mereka yang terlibat: Nadirah, Yana, Salwa, Wawa, Hasni and Yaya. In a nutshell, memang enjoy lah petang tu walaupon agak sakit lengan. Tapi worth it. Thanks korang!! \(^_^)/ .Esoknye aku pergi tengok cite Unstopable [btolke eje?]. That moment pon aku enjoy & hepi gak, TQ kepada yang berkenaan (^_^). And cite tu macam "The Taking of Pelham 123". Pasal tren gak so direkomenkan korang pergi tengok lah [ecece]. Stunt pon boleh tahan rse cm nak pegi je atas tren lompat2 macam yang die wat. Pasni nak tengok cte Megamind ngan si budak kecik yang gedik tu.

Ok ok aku nak cite hal lain snanye. Hal air oren. Hari ni nafsu makan aku membuak-buak macam pe je. Huhu.

-----------------------------------------------
Tempat: dining room.
Waktu: makan malam, malam lah kan.
Situasi: Tengah makan lah.


"Naqib, Naqib pergi buat lah air oren", pinta aku.

"Along nak air oren ke?", Tanya mak.

"Haah, tapi along malas nak bangun" [p/s: aku, ayah dengan mak tengah makan, Naqib dah habis makan.]

"Okey, biar Naqib buatkan", kata Naqib, mengundang rasa risau dihati ayah sebab cube korang bayangkan budak umur 8 tahun yang ade bibik  kat rumah die, mane laa reti buat air sendiri tanpa tumpah-tumpah.

"Toksah lah Naqib, suruh bibik je buatkan", kata ayah.

Tapi Naqib degil nak buat, so terciptalah air oren buatan Naqib, setelah dimodify oleh mak, Naqib pon tolong tuang dalam cawan aku. Ingatkan nak bagi aku, rupenye die nak bawak lari cawan tu.

"Naqib, tu cawan along", kata aku.

" Oh...", kata Naqib, sambil tak jadi nak amik cawan yang penuh air tu, tapi macam mana pun aku tak tawu, tibe-tibe aku rase pehe sebelah kiri aku dah basah dengan SECAWAN air oren!

Mase tu memang rasa nak marah je Naqib sebab tumpahkan air kat aku padahal aku baru je lepas mandi. Tapi, tak sampai hati pulak. Terus aku cakap

"Pergi amek kain!"

Naqib pun terkedek-kedek pergi dapur amek kain. Lama pulak. Aku dah lah kesejukan, lambat pulak budak ni.

" CEPAT LAHH!!", aku dah mula kurang sabar.

"ok ok Naqib datang ni", kata Naqib sambil membawa kain yang agak besar. Aku suruh dia letak kain tu bawah kerusi aku.

"Pergi amek kain lain untuk lap meja", kata aku.

"Ok" kata Naqib sambil pergi ke dapur untuk mengambil lagi satu kain. Mak dah kat dapur masa insiden ni berlaku, so mak tak tahu pe yang berlaku sebenarnya. Bila mak pergi kat meja makan, aku dah habis makan. Aku perah baju aku dan pergi ke dapur. Mak dengan Naqib tolong lapkan air yang tumpah tu sementara aku basuh pinggan.

"Ade orang kene mandi lagi sekali" mak cakap. Arghh agak geram disitu.

Lepas aku basuh pinggan, tiba-tiba mak masuk dapur sambil gelak-gelak. Mak cerita.

"Masa lap air tu, bila dah tinggal sikit-sikit mak cakap kat Naqib, 'yang sikit-sikit tu biar je lah nanti bibik lapkan'. Lepas tu Naqib kata 'tapi mak, sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit'. Hahaha"

"Sengal!"

3 comments:

  1. naqib nih sengal la...
    ak sokmo glak klo bace post sal dier...
    ko kim salam kt dier t ea....

    ReplyDelete
  2. osmet sara plg comel6/11/10 4:20 AM

    ahahahaha.bijak budak nih.
    ini rupenyer y sarah gelak2 td.
    haha

    ReplyDelete
  3. hahahah. kelakar la si budak kecik ni.

    p/s: megamind best.hehe.

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)