Thursday, July 14, 2011

Basikal Roda Dua

Maafkan saya kerana telah lama membiarkan blog ini sepi tak berpenghuni. Kerana desakan kerja [yang tak berapa nak kerja] tambahan pula mood untuk merepek sudah hilang, lalu blog ini dibiarkan.

Perlu ke tulis macam tu? haha. Alhamdulillah aku dah selesai buat praktikal kat TNB. Sekarang tengah sibuk nak siapkan report nak anta ke UiTM pulak. Aduss, susah benau jadi orang bizi ni. Jadi orang tak bizi bosan pulak nanti.

Aku hendak mengisahkan tentang tajuk yang aku tulis kat atas sana hah.

Biar aku tanya korang semua,
Bila kali pertama korang naik basikal?

Aku, masa aku tadika dulu. Masa tu duduk kat Melaka. Aku ingat lagi, ayah yang beriya ajar aku naik basikal. Mula-mula, basikal kecik yang ade 4 roda tu. Lebih kurang camni lah bentuknya:


Masa tu, laman rumah aku besar, takyah cerita lah. Quarters TNB lah katekan. Aku naik basikal. Mula mula ok sebab ade 4 roda. Lepas tu ayah cabut 1 roda yang kecik tu. Tak stabil. Aku naik, banyak kali jatuh. Naik lagi, jatuh lagi. Sampai lutut berdarah. Dah lah cengeng, nangis je. Tapi aku naik jugak basikal tu, sampai berjaya. Lepas tu, esoknya ayah longgarkan roda yang satu lagi. Aku tak sedar bila ayah buat. Tapi tibe-tibe longgar, takkan lah kucing buat kan?

Aku naik jugak basikal dengan roda kecik yang longgar tu. Pusing-pusing laman rumah. Tapi memang rasa tak stabil. Masa tengah naik tu, aku dengar bunyi besi. Tapi aku teruskan jugak kayuh basikal. Bila aku pusing kat tempat bunyi besi tu, aku nampak roda basikal tu dah cabut. Aku tengok aku naik basikal 2 roda sekarang. Punyela hepi! Tak terkata.

Itulah orang kata manisnya satu kejayaan. Cewah ayat nak berbunga je kan. Kalau ayah tak buat camtu [longgarkan roda, biarkan aku jatuh dan bangun sendiri], mungkin sampai sekarang pon aku tak reti lagi naik basikal roda dua.

Sekian. . .

1 comment:

  1. hehe..
    aq pernah dh skola menengah pon nek basikal 4 roda sepupu aq..haha
    pastu kene mrhla..hehe

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)