Saturday, March 2, 2013

Aneh

Aku berlari-lagi dalam bangunan itu sambil menangis teresak-esak. Bangunan yang mempunyai kawasan yang kelihatan seakan-akan sekolah menengahku tetapi seperti binaan orang Serani zaman dahulu. Cantik. Lalu aku terdengar suara dia. Suara yang sudah lama tidak didengari. Dia bersama keluarga bercuti disini, Sudah mahu pulang ke rumah.

Lalu aku pun mencari suara itu. Aku lihat dia sedang berbual mesra dengan salah seorang kawannya. Aku yang masih teresak bersama tangisan ini amat memerlukan seseorang untuk meminjamkan bahunya. Aku pergi ke arah dia. Dia terpana melihatku; bagaimana aku boleh berada disitu dan mengapa tangisan itu. Setelah beberapa minit meresap apa yang berlaku kedalam mindanya, dia memelukku erat untuk menenangkan ku dan mengajak aku pulang kerumah.



Dengan pelukannya aku merasa lega dan tenang, lalu aku berjalan dalan pelukannya. Dia mengajak aku pulang sekali, katanya dia boleh hantarkan aku kerumahku. Akan tetapi, aku mencari seseorang. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku mencari orang itu.

Aku pon melarikan diri dari dia yang memelukku itu dan mencari orang yang dicari tadi. Mungkin nasibku baik, aku jumpa rumah orang itu. Aku masuk dan aku nampak orang itu. Seorang perempuan yang seharusnya berambut kuning keemasan, sudah menjadi coklat gelap, tatpi aku masih mengenali dia. Aku memeluknya erat.

Maafkan saya, ini bukan realiti, hanya mimpi. Tetapi tidak pernah lagi saya bermimpikan "dia" sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)