Thursday, April 4, 2013

Kasut tumit tinggi

Sudah dua hari aku cuba membeli-belah mencari kasut tumit tinggi untuk dipakai ketika majlis graduasi aku nanti. Ini akan menjadi kasut tumit tinggi pertama yang akan aku miliki. Sebelum ini aku tak pakai kasut tumit tinggi kerana aku rasa ia sangat tak perlu dan tak praktikal.



Conversaion aku dengan member pasal heels
Setiap kali aku keluar mencari kasut tumit tinggi itu lah, mood aku terus berubah daripada baik-baik aja kepada rasa nak marah-marah. Aku berfikir, kenapa aku perlu luangkan wang mak ayah aku untuk beli kasut aku tak suka yang paling murah pun RM70, hanya untuk sesuaikan diri dengan pendapat dan mata masyarakat tentang idea mereka terhadap "pakaian formal"?

Kasut-kasut aku sebelum ini sangat selesa, paling mahal pun RM50. Sungguh aku tidak faham dengan kalian. Sungguh. Sungguh.


1 comment:

  1. cool...ko deactivated fb ke??? neway...hepi buuuurrrpppdaaaayyyy...cdah jupe heels lom???

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)