Monday, February 6, 2017

Hyper Act Bukan Untukku (Maksud Lirik)

Nak try something new: analisis lagu Hyper Act yang puitis ini.
Ini liriknya:

Malamku tak berbintang Siangku hanya berlari-lari Apakah tanda makna mengenalimu Sekadar mimpi Jariku sentuh dinginku rasai Kosong tiada makna Diamnya tak berkata Hanya aku yang tak pernah Mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia Jika ku bersama denganmu Tanpa sayap cintamu Tak akan ku terbang setinggi ini Ku tuju langit cerah Rupanya kelam kabus menanti Percaya kasih Ku cuba sedaya Namun tiada beza Biar ku undurkan diri Hanya aku yang tak pernah Mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia Jika ku bersama denganmu Hanya aku yang tak pernah Mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia Jika ku bersama denganmu Mungkin kecewa mencari Gelapnya berteman ku rindu selama Namun harusku mengerti kiranya kau disisi Cinta mu bukannya untukku

Overall:
Lagu ni pasal cinta. Of course lah kan pasal cinta kan. Dua orang bercinta, mula-mula hangat lepas tu lama-lama sorang tu jatuh cinta kat orang lain, meninggalkan pasangan dia [yang nyanyi lagu ni] syok sendiri sorang-sorang. Lets say pasangan ni nama dia A dan B, A yang nyanyi lagu ni dan B adalah pasangan dia. Sambung cerita balik, bila B dah terjatuh cinta kat orang lain, dia masih nak teruskan hubungan dengan A, mungkin sayangkan hubungan yang dah lama terbina. Tapi A tahu yang B ni dah cinta benor dengan orang lain tu, jadi dia decide untuk lepaskan B walaupun dia sedih.

Okay jom analisis perenggan demi perenggan:

"Malamku tak berbintang
Siangku hanya berlari-lari
Apakah tanda makna mengenalimu
Sekadar mimpi"

Penyanyi rasa hidup dia macam tak real; macam dalam mimpi dengan apa yang sedang berlaku. Mungkin apa yang berlaku terlalu pahit/manis untuk dia. Semua orang pernah rasa macam tu kan?
----------------------------------------------------

"Jariku sentuh dinginku rasai
Kosong tiada makna
Diamnya tak berkata"

Penyanyi cuba nak approach pasangan dia ni. Walaupun pasangan dia respon, dia tahu yang respon tu bukan dari hati, hanya untuk be polite nak jaga hati dia sahaja. Kalau dulu mula-mula bercinta semua benda nak cerita, sekarang semua benda pendam. Kalau dulu, walaupun diam dia rasa bahagia hanya duduk bersama-sama pasangan dia, sekarang kalau diam rasa kosong, rasa janggal sangat.
----------------------------------------------------

"Hanya aku yang tak pernah
Mengejar kejora kau janji bersama
Walau dirimu berharga tidak kau bahagia
Jika ku bersama denganmu"

Penyanyi sedar yang cinta diorang tak bertahan lama, semua janji manis masa mula-mula bercinta dulu hanya tinggal janji. Dan mungkin janji yang sama dah dibuat oleh pasangan dia dengan "orang baru", mungkin sebab tu lirik dia "hanya aku yang tak pernah" instead of "aku tak pernah", macam ada perbandingan dengan orang lain. Walaupun dia sayang sungguh, dia tahu jauh disudut hati pasangan dia dah tak ada penyanyi ni, dia taknak jadi penyebab kepada ketidak-bahagiaan pasangan dia.
-----------------------------------------------------

"Tanpa sayap cintamu
Tak akan ku terbang setinggi ini
Ku tuju langit cerah
Rupanya kelam kabus menanti"

Penyanyi rasa bahagia pernah berkenalan dan bercinta dengan pasangan dia ni. Kalau boleh sampai bila-bila dia nak rasa bahagia macam ni. Dia nak percintaan diorang sentiasa bahagia, mungkin sampai berkahwin dan beranak pinak, tapi baru dia sedar yang ada masalah besar tengah melanda diorang.
-----------------------------------------------------------------------

"Percaya kasih
Ku cuba sedaya
Namun tiada beza
Biar ku undurkan diri"

Rasanya maksud yang ni agak literal kot; penyanyi dah cuba apa yang dia mampu untuk selamatkan perhubungan diorang tapi apa yang dia buat semua tak berhasil. Jadi dia ambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada perhubungan tu.
-----------------------------------------------------

"Mungkin kecewa mencari
Gelapnya berteman ku rindu selama
Namun harusku mengerti kiranya kau disisi
Cinta mu bukannya untukku"

Penyanyi tahu yang dia takkan jadi sempurna tanpa pasangan dia. Dia akan sentiasa rindukan kehadiran pasangan dia. Dia akan patah hati. Tapi dia juga tahu kalau dia teruskan perhubungan tu, hati pasangan dia dah bukan dengan dia. Hati pasangan dia dah jadi milik orang lain.
---------------------------------------------------

Faham tak betapa bosannya daku sampai buat analisis lagu? haha 

2 comments:

  1. Hahaha terbaik la analisis bro.. Mcm terkena kat aku lak hahaha.. (nmpak je mcam gelak.. tapi hmm.. )

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)