Saturday, December 12, 2009

Kertas itu...

Aku atur kertas satu persatu. Mana yang berkaitan, aku stapler. Mana yg mungkin tak digunakan lagi, aku gumpal lalu kucampakkan ke satu sudut untuk dibuang. Sedang aku melakukan proses "pengemasan" kertas2 dalam almari itu, aku ternampak 'paper final' untuk subjek 'itu'. Sebelum ini, aku masih mampu mengatasi rasa terkilan dan hiba kerana terpaksa me'repeat' subjek itu. Aku masih mampu bergelak ketawa dan bermuka bersahaja jika topik ini menjadi bualan. Tapi kini, perasaan geram bermaharajalela dalam hatiku. Perasaan benci mula memenuhi urat saraf tanganku. Lalu otakku menghantar impuls ke tanganku untuk merenyuk-renyukkan kertas tersebut walaupun aku tahu ia akan digunakan lagi semester hadapan. Kelopak mataku sudah digenangi air tetapi masih tidak tertumpah ke pipi.


"KENAPA KAU XBAGI AKU LULUS??" bisik hati kecilku sambil mataku memandang benci kearah kertas yang sedang direnyukkan itu. Seolah-olah kertas itu mempunyai telinga untuk mendengar serta otak untuk mentafsirkannya. Tiba-tiba aku tersedar. 


"Nadia! Apa yang kau cuba buat ni? Dah dah betulkan balik kertas tu, nak guna lagi sem depan" tingkah akalku. Akal selalunya lebih waras dari hati. Sekali lagi otakku menghantar impuls kepada tanganku, tetapi kali ini untuk me'rata'kan kertas yang telah direnyukkan tadi. Kertas itu tidak berdosa. Malah kertas itulah yang berbakti untuk menunjukkan soalan kepadaku.


Yang benar-benar bersalah dalam hal ini, adalah aku sendiri. Nafsu malasku yang dibiarkan bertakhta dan berkuasa keatas diriku sewenang-wenangnya merupakan punca utama kepada masalahku ini. Walaupun aku fikir aku sudah berusaha sedaya upaya, mungkin itu bukan sedaya upaya. Mungkin itu hanya sedikit tetapi dianggap sedaya upaya olehku. Kendati banyak manapun rakan-rakanku yang mengajarku, jika aku sendiri tidak mencuba, masih tidak berguna. Aku tahu, aku yang perlu mengubah diriku sendiri barulah nasibku akan berubah, bukannya mengharapkan dunia disekelilingku berubah.


Aku tahu Allah sudah menetapkan yang terbaik untukku, mungkin ini merupakan titik permulaan supaya aku menjadi lebih gigih. Dan aku juga tahu, jika Allah memberikan kita sesuatu ujian, maka Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya. Allah tahu kekuatan kita setakat mana. Jadi, percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Andai aku leka, maka tegurlah aku... AZA2 FIGHTING!!! (^_^)V


p/s:
-Tahniah kepada mereka yang dapat result yg cemerlang, mksud aku yang result die meningkat dari sebelumnye (^_^)
-TQ kepada mereka2 yang rajin ajar aku mase aku xpaham... syg korg!!

11 comments:

  1. awak..sabar ye...ape yg jadi mst ade hikmah...wpun aku xpenah rase ape yg korg da rase...tas a fren ade gk prasaan 2...chaiyok...don't give up honey...

    ReplyDelete
  2. thanks diba... hehe xpe aku kuat n tabah!!! aza2 fighting!! :D

    ReplyDelete
  3. woho... siap buat cerpen. hehe...
    sabar yeh. ;)

    ReplyDelete
  4. heyy, sabar lah eh.
    ada hikmah di sebalik semua ni, dont worry.
    Allah nak bg ujian tu, inshaAllah ada yg lebih baik menanti kau nnt.

    ReplyDelete
  5. mohamad nabil likes this post =)

    ReplyDelete
  6. awak, nape aku like pulak?? adoyai.... [garu2 kepala]

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Along, tadi mak dah tulis comment, tp x keluar. Dah x de idea nak tulis apa. Just remember whatever happen there is lways a pot of gold at the end of a rainbow after the rain.

    Luv u, muahhhhhhhh

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)