Wednesday, March 30, 2011

Simple Gestures

SATU
Aku baru dapat markah test 1 machine aku tadi. Secara jujurnye, markah aku below average, atau dalam bahasa mudahnya, teruk. Orang lain sume hebat-hebat tinggi-tinggi, aku antara beberapa orang yang kureng.

Yang sangat-sangat menyentuh hati aku ni, sebab lecturer datang kat aku personally, tanya aku;
"Nadia kenapa markah test ni, blank eh masa jawab test?",
tanya dengan penuh concern. Memang secara jujurnya aku blank masa jawab test tu, jadi aku pon angguk tanpa banyak kata;
"Haah blank",
Lepas tu lecturer aku cakap
"Emm takpe takpe pastikan test dua kamu, kamu buat betul-betul eh",
TERHARU GILA WEI! Walaupun pagi tadi aku kurang berperasaan kerana cuaca sejuk, tapi terharu bila beliau tanya macam tu.

DUA
Lepas tu bila keluar kelas, aku pon nak bergerak lah ke kelas seterusnya. My encik orang salji approach me and tanya markah aku.
Ok time tu aku macam malu gilak sebab aku rase mestilah beliau dapat lagi hebat daripada aku kan, tapi bagitahu je lah. Ni pon aku terharu gak sebab dia concern nak tahu markah aku. Or maybe just curious? Mane-mane lah, tetap nak terharu gak.

TIGA
Tiba-tiba rumate matrix aku Nana YM aku cakap "rinduuu" kat aku. Aww so sweet.


------------------------------------------------------------

Kadang-kadang simple gesture macam ni, walaupun kita rasa macam takde ape, tapi ia memberi efek kat orang tu.

So, kalau anda-anda terfikir nak buat something yang anda rasa kecik, contohnye senyum, tegur orang, tanya kabar, bagi gula-gula and sebagainye, just go for it. Berkemungkinan tu jelah kegembiraan yang kawan anda/orang tu akan rasa sepanjang hari tu. Tak rugi pon. Percayalah. hehe.

pernah dengar cycle of love? atau karma? Benda baik yang anda buat tu, insyaallah akan kembali kat anda jugak.


Sekian...

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)