Semalam, bulan tidak muncul. Mungkin kerana ini bakal menyusul.
Yang ditoreh itu bukannya daging biasa, malah hati yang lembut sekali sifatnya.
Seakan-akan luka dicurah air garam atau air lemon, pedihnya tidak tertahan.
Berdiri insan itu di gigi air membaling batu.
Langit terus meriah dengan dentuman guruh.
Lantas mengalir juga hujan, jatuh menyembah bumi, di pipi.
"Kenapa, semua ini?" tanyanya.Hujan sifatnya air. Air datang dari bumi. Waktu cuaca panas, air disejat ke atas, membentuk awan. Waktu cuaca sejuk, awan memuntahkan hujan ke bumi. Tinggi mana pun air pergi, akan jatuh juga menyembah bumi.
"Mungkin aku lupa asal usulku."
Kemudian terlihat si pelangi.
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)