Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita masih bernafas untuk [insyaallah] menyambut Ramadhan tahun ini. Cuba korang fikir balik Ramadhan tahun lepas, banyak tak benda yang korang dah buat? Ibadah korang?  Kalau rasa macam kurang, bersyukur lah sebab diberi peluang untuk menambah lagi tahun ni. Aku nampak ramai kawan-kawan dah eksaited nak sambut bulan yang mulia ni.

Kalau nak bercakap tentang nikmat bulan yang mulia ni memang banyak, dan aku yakin banyak blog-blog lain yang dah tulis pasal ni, banyak ceramah-ceramah yang korang dah dengar pasal ni, jadi aku rase baik aku skip, mungkin.

Aku baru lepas tengok satu vlog pasal ramadhan ni. Aku rekomen korang sume pon tengok lah jugak. Sumpah tak rugi pon masa korang. tengok yeh =)



Betul tak aku cakap, tak rugi pon masa korang kan? hehe...
Okkey lah tu je aku nak bagitawu. Semoga Ramadhan kali ni lagi bermakna dan berisi untuk korang. Jangan malas-malas taw, syaitan dah kena belenggu, kalau malas tu memang mknanye korang ni naturally malas kot. Makan jangan ikut nafsu takut masa solat nanti terbelahak pulak.

Kalau nak curi-curi makan, ingat lah Allah nampak pe yang korang buat, walaupon manusia tak nampak.

Bagi yang tak BOLEH berpuasa atas sebab-sebab tertentu, cover-cover lah nak makan tu especially depan budak-budak yang baru belajar nak berpuasa. Lagi satu, jangan lengah-lengahkan mandi wajib tu yeh.

Panjang pulak pesanan aku hahaha. Hanya itulah pesanku mambang... 


SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK!

Monday, July 25, 2011

Magical Saturday

Date dengan cik Nadirah. Movie. harry Potter and the Deadly Hallows. Best, sweet, sedih, mendebarkan, semua ada. Lagi-lagi part Snape puna memory tu. Sweet sgt dia ngan mak Harry. Sedih jugak sebab pasni dah takde lagi filem Harry Potter. Thanks J.K Rowling for the magical years we've been through with them.

Karaoke! ehehe. Ni ha antara lagu-lagu yg kami nyanyi:


MELLY GOESLOW & ERIC - ADA APA DENGAN CINTA




Backstreet Boys - Show Me The Meaning Of Being Lonely



ABBA Dancing Queen 1976



Backstreet Boys - Shape Of My Heart



Marc Anthony & Tina Arena - I want to spend my lifetime loving you(HD)




Perpisahan Terasing (KRU)



Duta&Baizura - Cinta Antara Kita (OST Dunia Baru The Movie)




Westlife Karaoke - No No





Kemudian kami pergi berjalan-jalan mengambil angin malam di putrajaya. Cantik hehe.


Thanks dear for the magical Saturday. (^_^)

Tuesday, July 19, 2011

Tentang komik

Sekarang mood berblogging aku makin berkurang walaupun dah takde kerja sebenarnya kat rumah tu. Tak tahu lah kenapa sebabnya, mungkin dah lama tak buat benda-benda menarik untuk dipos. Macam katak bawah tempurung lah ni (-_-")

Semalam aku pergi ke satu kedai buku dan beli komik. Dari dulu lagi aku ni boleh lah dikategorikan sebagai 'hantu komik'. Tapi, aku baru sedar something. Komik dah tak ada baju!! Okkey mari kita tengok...


Muka depan komik baru aku

Bila selak, nampak macam buku biasa
Untuk orang yang dah biasa baca komik, sebanarnya komik ada 'lapisan luar', tak macam buku biasa. Tengok ni:

Komik agk lama lah
Bila selak, nampak tak ada anak kucing berwarna tu? tu lah dia 'lapisan luar' komik

Lagi satu, kulit komik tu biasanya monochrome, satu warna je


Sebenarnya sama je baca komik ada 'baju' ke tak. Cuma terkejut dengan perubahan ni. Mungkin dorang nak kurangkan bajet kan, kena terima lah...

Thursday, July 14, 2011

Basikal Roda Dua

Maafkan saya kerana telah lama membiarkan blog ini sepi tak berpenghuni. Kerana desakan kerja [yang tak berapa nak kerja] tambahan pula mood untuk merepek sudah hilang, lalu blog ini dibiarkan.

Perlu ke tulis macam tu? haha. Alhamdulillah aku dah selesai buat praktikal kat TNB. Sekarang tengah sibuk nak siapkan report nak anta ke UiTM pulak. Aduss, susah benau jadi orang bizi ni. Jadi orang tak bizi bosan pulak nanti.

Aku hendak mengisahkan tentang tajuk yang aku tulis kat atas sana hah.

Biar aku tanya korang semua,
Bila kali pertama korang naik basikal?

Aku, masa aku tadika dulu. Masa tu duduk kat Melaka. Aku ingat lagi, ayah yang beriya ajar aku naik basikal. Mula-mula, basikal kecik yang ade 4 roda tu. Lebih kurang camni lah bentuknya:


Masa tu, laman rumah aku besar, takyah cerita lah. Quarters TNB lah katekan. Aku naik basikal. Mula mula ok sebab ade 4 roda. Lepas tu ayah cabut 1 roda yang kecik tu. Tak stabil. Aku naik, banyak kali jatuh. Naik lagi, jatuh lagi. Sampai lutut berdarah. Dah lah cengeng, nangis je. Tapi aku naik jugak basikal tu, sampai berjaya. Lepas tu, esoknya ayah longgarkan roda yang satu lagi. Aku tak sedar bila ayah buat. Tapi tibe-tibe longgar, takkan lah kucing buat kan?

Aku naik jugak basikal dengan roda kecik yang longgar tu. Pusing-pusing laman rumah. Tapi memang rasa tak stabil. Masa tengah naik tu, aku dengar bunyi besi. Tapi aku teruskan jugak kayuh basikal. Bila aku pusing kat tempat bunyi besi tu, aku nampak roda basikal tu dah cabut. Aku tengok aku naik basikal 2 roda sekarang. Punyela hepi! Tak terkata.

Itulah orang kata manisnya satu kejayaan. Cewah ayat nak berbunga je kan. Kalau ayah tak buat camtu [longgarkan roda, biarkan aku jatuh dan bangun sendiri], mungkin sampai sekarang pon aku tak reti lagi naik basikal roda dua.

Sekian. . .