Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita masih bernafas untuk [insyaallah] menyambut Ramadhan tahun ini. Cuba korang fikir balik Ramadhan tahun lepas, banyak tak benda yang korang dah buat? Ibadah korang?  Kalau rasa macam kurang, bersyukur lah sebab diberi peluang untuk menambah lagi tahun ni. Aku nampak ramai kawan-kawan dah eksaited nak sambut bulan yang mulia ni.

Kalau nak bercakap tentang nikmat bulan yang mulia ni memang banyak, dan aku yakin banyak blog-blog lain yang dah tulis pasal ni, banyak ceramah-ceramah yang korang dah dengar pasal ni, jadi aku rase baik aku skip, mungkin.

Aku baru lepas tengok satu vlog pasal ramadhan ni. Aku rekomen korang sume pon tengok lah jugak. Sumpah tak rugi pon masa korang. tengok yeh =)



Betul tak aku cakap, tak rugi pon masa korang kan? hehe...
Okkey lah tu je aku nak bagitawu. Semoga Ramadhan kali ni lagi bermakna dan berisi untuk korang. Jangan malas-malas taw, syaitan dah kena belenggu, kalau malas tu memang mknanye korang ni naturally malas kot. Makan jangan ikut nafsu takut masa solat nanti terbelahak pulak.

Kalau nak curi-curi makan, ingat lah Allah nampak pe yang korang buat, walaupon manusia tak nampak.

Bagi yang tak BOLEH berpuasa atas sebab-sebab tertentu, cover-cover lah nak makan tu especially depan budak-budak yang baru belajar nak berpuasa. Lagi satu, jangan lengah-lengahkan mandi wajib tu yeh.

Panjang pulak pesanan aku hahaha. Hanya itulah pesanku mambang... 


SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK!

Monday, August 16, 2010

Kenapa Naqib?

Destinasiku adalah bilik air. Memandangkan bilik adik-adikku terletak bersebelahan dengan bilik air, aku pon singgah ke bilik mereka. Buka pintu. Mereka sedang menonton tv. Cerita Power Rangers. Mereka memandangku apabila pintu dibuka. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Mata dan muka Naqib kemerahan.


"Eh, ini luar biasa", aku bermonolog sendiri. Biasanya yang menangis adalah Nazmi, gara-gara Naqib yang memang suka membuli beliau. Tapi kali ini berlainan pula keadaannya.


"Naqib, kenapa Naqib nangis ni, sape buat?" tanyaku.


"Mane adeeeeeeeeeee!", jawab Naqib sambil menyembunyikan muka beliau.


"Dah tu mata merah hidung merah tu bukan nangis ke?",  tanyaku kembli.


"Tak adeeeeee!".


"Cuba cite sikit kat along knape Naqib nangis ni", pintaku sambil mendepakan tangan. Naqib pun datang ke arah ku dan menangis di pangkuanku [ceh gila dramatik].


"Naqib sedih la along", kata Naqib.


"Kenapa, Naqib sedih sebab pe?", tanyaku, sambil mengusap belakang Naqib cuba menenangkannya [p/s kakak mithali ni ehehe].


"Naqib sedih tengok cerita ni", kata Naqib sambil jari telunjuknya diarahkan ke tv tersebut.


"..." (-_-")

Wednesday, August 11, 2010

Trivia Buka Puasa #1

Naqib: Mak, ada tak orang yang tak pernah makan apa-apa tapi hidup?

Mak: Orang yang nak hidup kena makan. (-_-)"

Ayah: Ada. [lalu kami pun memandang ayah]. Lepas tu dia mati.

Ahahaha =p

Thursday, August 5, 2010

Bulan Cahaya

Assalamualaikum...

Dah nak Ramadhan. Tak tahu nak tulis pe. Ha, Selamat berpuasa dan beramal ye kawan-kawan, rebutlah peluang sekali setahun ni, tak tahu lah tahun depan sempat jumpa tak. Bak kata Laksamana Sunan, mati itu pasti, hidup itu insyaallah.

Yang selalu merendek ngan pasangan masing-masing tu, bulan Ramadhan ni pause lah dulu, kurangkan lah dosa korang. Mengumpat segala bagai, dan macam-macam lagi dosa-dosa yang kita tak perasan kadang-kadang tu, muahasabah lah diri sendiri. Aku pon bukan lah baik sangat, manusia biasa macam korang gak, ada dosa pahala.

Masa berbuka tu, jangan lah yang nak makannya sorang je, tapi hidangan penuh meja. Dah jadi makhruh sebab ikutkan nafsu. Dan mungkin akan jadi dosa sebab membazir. Solat lambat, tak pergi terawikh. Rugi sangat-sangat kalau tak pergi terawikh. Kita bukan boleh terawikh bulan-bulan lain. Pernah ke korang terawikh bulan Rabiul awal?? Muharram?? Ramadhan ni jelah.

Lagi satu, sahur. Aku tahu ramai yang malas nak bangun sahur, aku pon macam tu. Sampai mak aku kena kejut berkali-kali nak suruh bangun tu. Tapi sekurang-kurangnya bagun lah, paling koman pun minum lah air. Sebab sahur lah yang membezakan puasa orang Islam dengan agama lain. Kalau tak sahur tu, fikir-fikirlah sendiri. Lagipun sahur tu boleh lah menampung perut korang masa siang nanti, insyaallah.

Haa cerita pasal sahur ni, macam-macam kerenah, macam-macam cerita aku dengar. Yang paling berkesan kat hati aku, kisah Pak Su aku masa kecik-kecik. Mak yang cerita. Masa tu dalam lingkungan umur sekolah rendah. Pak Su aku pulak baru nak belajar berpuasa. Beliau macam eksaited lah dengar pasal sahur ni, first time lah katakan. Rasenye beliau tak tahu pon sahur tu pe. Beliau pesan kat arwah Tok aku [al-fatihah] suruh kejut sahur.

Nak dijadikan cerita, bila dah siap panaskan lauk sume-sume, arwah Tok aku pon kejut lah Pak Su aku ni. Beliau bangun lah menuju ke dapur dengan perasaan inkuiri yang tinggi berkobar-kobar untuk mengetahui apakah sahur itu. Selangkah ke dapur, beliau terpandangkan adik beradik beliau sedang menjamu selera, masing-masing dengan muka yang mengantuk serta air liur basi dan peta Malaysia di muka [hehe jgn marah mak].

"Cih, makang nasik!",[orang Ganu]  kata beliau lalu menapak semula ke bilik untuk menyambung tidur. hahaha =))

Ade lagi satu peel adik-adik aku ni, tak nak lah bagitahu yang mana, kalau bangun sahur je mesti pakai spek hitam. Makan sambil pakai spek hitam pagi-pagi buta, apakejadanye? Sebab silau lampu hehehe.

Ok lah, selain tu aku nak susun sepuluh jari kaki tangan nak mintak maaf kat korang yang baca ni [kalau ade] kalau ade perkataan perbuatan mahupun kata hati yang mampu menyakitkan korang dari segenap cara mahupun ruang. Kalau aku ada hutang korang, meh la sini tuntut, aku pun bukannya notebook boleh ingat semua benda. Kalau tak puas hati jugak rasa nak tumbuk cubit sepak pon mari lah jumpa aku, kalau berani buat lah muahaha.

Okay lah [lagi] sebelum aku merepek dengan segala kerepekan molek lah kiranya aku berhenti. Sekiann~




p/s: Ada free seminggu sebelum raya. Plan nak buat kuih raya ehehe. Kuih pe yang best ehh??