Thursday, April 28, 2011

Cahaya matahari?

Mak sedang menceritakan perihal rakannya yang mengalami fibroid dalam perut.

Naqib: Mak, fibroid tu ape?

Mak: Fibroid tu ketumbuhan.

Naqib: Eh, ketumbuhan? Macam mana dia tumbuh dalam perut, kan tak dapat cahaya matahari?


Sains sekolah rendah

Wednesday, April 27, 2011

Perihal hujan

Guruh berdentuman, alamat hujan bakal tiba jatuh ke bumi. Suram sekali. Dingin sekali.

Semalam, bulan tidak muncul. Mungkin kerana ini bakal menyusul.

Yang ditoreh itu bukannya daging biasa, malah hati yang lembut sekali sifatnya.

Seakan-akan luka dicurah air garam atau air lemon, pedihnya tidak tertahan.

Berdiri insan itu di gigi air membaling batu.

Langit terus meriah dengan dentuman guruh.


Lantas mengalir juga hujan, jatuh menyembah bumi, di pipi.


"Kenapa, semua ini?" tanyanya.
Hujan sifatnya air. Air datang dari bumi. Waktu cuaca panas, air disejat ke atas, membentuk awan. Waktu cuaca sejuk, awan memuntahkan hujan ke bumi. Tinggi mana pun air pergi, akan jatuh juga menyembah bumi.

"Mungkin aku lupa asal usulku." 

Kemudian terlihat si pelangi.

Saturday, April 23, 2011

Takdok Kije

Assalamualaikum...


"Surung pupun turuk pupun,
Buuh kurunju dulum puruhu,
Suruh mukun suyu mukun,
Suruh munguju suyu tuk tuhu"

okkey folks read out loud! jom bace sama-sama;
Surung pupun turuk pupun,
Buuh kurunju dulum puruhu,
Suruh mukun suyu mukun,
Suruh munguju suyu tuk tuhu.




Ade jadi cani tak mulut korang?
ahaha

Wednesday, April 20, 2011

PSLM ehem ehem

Assalamualaikum semua. Cane hidup anda beberapa hari/minggu ni?

uhuk2 [bersihkan sesawang]

Okkay readers yang awesome sekalian, diumumkan bahawa saya sedang bizi nak exam. Biase lah, orang PSLM[Persatuan Stadi Last Minit] kan, mestilah da nak exam ni baru bizi kan wawawawawa.

Ade memacam teori lah pasal stadi ni. cube korang observe satu satu;

Hah ni parah gila. Stadi pon salah. Tak stadi pon salah. Aihhh

Ni pulak quote zaman SPM dulu

"Bila exam dah nak dekat, berak pon rasa buang masa"
Okay yang ni, tak tawu lah nak cakap camne. Tapi accuracy die hampir 100%. Okkey lah kite bagi 90%. AKU? Sempat lagi update blog ni hak3...


"Tahu tak apa kesetiaan? Stil bersama buku walaupun masa tidur.. 
Tahu tak apa tu kebahgiaan? bergolek atas katil bersama buku-buku.. 
Tahu tak apa itu kesungguhan? stay up sepanjang malam teutamanya pada malam "terakhir".. 
Tahu tak apa itu pengorbanan? melepaskan buku pada waktu paling "genting".. 
Dan tahu tak apa itu keberanian? Masuk dewan examwalau tak habis baca buku.."
dapat dari blog ni 


Okkey lah aku nak cau dulu nak pergi stadi kat fakulti aku [ceh bajet rajiinn kannn?]

Strive for the best, Do the best and insyaallah dapat lah result the best okkey sume!

Doakan lah kami semua yang nak exam ni. Smoge dapat kaler terbang-terbang bak kata Sarah Adiba. Aminn~

smile (^_^)v

Wednesday, April 13, 2011

Lessons in life #7


Realiti cinta bukan macam dalam lagu cinta.

Kadang kala cinta tu terlalu overrated dalam lagu, atau dalam cerita cinta.

Jadi, jangan terlalu berharap. Kena selalu tunggu dan terima. Doa tak lupa.

Friday, April 8, 2011

Kisah Pemadam

Aku agak bizi lah minggu ni, seperti yang telah dinyatakan dalam post aku sebelum ni.

Macam yang tertera, 4 benda dah lepas


Ni ha aku nak cite ni [cecite cecite]. Kisah pemadam. Alkisahnye bermula bila aku ade pemadam. Alaa yang korang gune untuk padam kalau salah tulis kat kertas tu. Haa. Pemadam ni, makin hari makin kecik. sampai lah satu tahap, semalam aku masuk dewan buat test tinggal seciput ni je.


Ha, kesian tak kat aku? Kemudian, aku pon teringat lah kisah zaman matrix dulu.

Jeng jeng jeng.....

Dulu kat matrix, aku suka beli barang bundle buat stok. Kirenye kalau aku beli pen, aku beli 5 terus, kalau satu hilang atau habis dakwat atau kena curik, senang tak payah nak beli banyak-banyak kali. Macam tu lah jugak dengan pemadam. Aku suka beli yang singgit dapat 6 tu. Faber castel kot tak silap aku. Kirenye pemadam aku tak de lah mahal mane kan. Satu tak sampai 20sen pon.

Lepas tu nak dijadikan cerita [cecite cecite], ade sorang budak PDT [program dua tahun] praktikum aku ni, die tu macam orang tua sikit. Suka membebel. Suka tegur-tegur orang macam pakcik-pakcik. Kiteorang panggil die "orang tua Zam". Masa tu masa kuliah. Die duduk sebelah aku. Lepas tu die nak pinjam pemadam. Aku pon hulur je lah pemadam aku. Tiba-tiba die sound;

"Aihh Nad awat hang pakai pemadam murah ni. Lenkali pakai lah pemadam mahai sikit. Hak yang singgit tu. Ni pemadam dua kupang ni."
Aku lak panas ahh, aihh orang tue ni, sukati aku lah pemadam aku kan. Aku cakap;

"Zam, hang blanja aku beli pemadam mahai sikit. Aku mana mampu nak beli hak mahai-mahai ni." [konon tacing lah haha]
"Hah sok aku pi outing aku bli pemadam hak singgit aku bagi kat hang" [p/s: matrix kiteorang tak boleh outing tiap-tiap hari, mase tu koop dah tak byk barang.]
"Okkey!" aku cakap sambil senyum geram.

Dua hari lepas tu, masa kuliah Zam duduk blakang aku, die panggil aku.
"Nad Nad",
Aku pon pandang lah belakang.
"Pa dia?"
Zam kuarkan something daripada beg die, letak atas meja aku.

Lebih kurang camni lah kot rupabentuk pemadam die.

"Nah!" 
Aku pun terkejut beruk lah kat situ, aku ingat depa men-men ja.
"Eh Zam, aku ingat hang men-men ja cakap ari tu",
"Takdak aihh, aku betui betui lah. Hah dah, toksah dok pakai pemadam murah tu, aku bagi hang hak singgit ni",
"Ohh terima kasih Zam!"


Macam-macam perangai kawan-kawan aku ni. Sengal je. Tapi at least aku dapat pemadam free! hehe. Okkey sapa nak belanja aku pemadam baru pulak ni? hik hik hik.

Monday, April 4, 2011

Tinggal anak

Tadi mak pergi amek bebudak [Nazmi dan Naqib] balik daripada mengaji kat surau. Masa mak sampai, budak-budak tak siap lagi, so mak pon reverse lah kereta dulu nak bagi senang keluar. Tiba-tiba Naqib masuk kereta mak, cakap;

"Mak ni nak tinggal anak ke?"

Kwang kwang kwang....

KDK!

Sunday, April 3, 2011

Naqib tiga dalam satu

ICHI [SATU]

Kat luar rumah, Naqib tengah main bola dengan Nazmi. Hari Khamis malam.

Mak: Naqib, pergi buat kerje skolah tu!

Naqib: Alah mak, Kerja Naqib kena hantar minggu depan, nanti hari Ahad Naqib buat lah.

Mak: Kan hari Ahad nak pergi rumah kawan mak.

Naqib: Eh... Nanti hari sabtu Naqib buat lah.

Mak pun merenung muka Naqib dalam-dalam tanpa kata.

Naqib: Mak ni macam tak percaya kat Naqib je...

Mak: . . .



--------------------------------------------------------

NI [DUA]

Kat majlis tahlil kawan mak.

Naqib: Mak, kenapa air sirap ni tawar?

Mak : Bagus lah tawar, tak elok minum air manis selalu.

Naqib : Kalau macam tu baik bagi minum air masak je.

Mak : . . .


-------------------------------------------------------

SAN[TIGA]

Dalam bilik Naqib

Naqib : Mak, tadi Naqib menang main bola dengan ayah. [kat ps2]

Mak : Ohh, ayah ade cakap bodoh lagi tak?

Naqib: Ade...

Mak : Ishh biasa ayah ni cakap bodoh depan-depan anak ni! [konon marah lah tu]

Naqib : Eh tak lah mak, ayah tak duduk depan Naqib, Ayah duduk sebelah Naqib, kat sini hah [sambil tangan tepuk2 tilam kat sebelah dia.]

Mak : . . . 


-------------------------------------------------------------

p/s: Naqib dah 8 tahun sekarang. Tapi baru 8 tahun, dah cakap macam orang tua. hahaha.

Saturday, April 2, 2011

Alhamdulillah

The first two days of April have been good to me even thought at the last day of May I feel like suicidal.

Allah,
Please make him strong. Give him strength.
Please make me strong.
Please make all my friends strong.

To face the days towards the end of the semester.


WE CAN DO IT!!

Friday, April 1, 2011

April,

Please be good to me.
Please don't be as cruel as March to me.
To us.
Please don't crush my heart again with shocking news.
Please don't let me shed any tears,
Please don't fake any hope.
Please make all the tests and exams are answerable.

If you want to do all that,
Please make me stronger to face it.
Please give someone by my side to say it's gonna be ok.
Please make my smile beautiful again each day.
Please remind me that I'm strong enough to face it.
Please remind me I have wonderful people around me.

I want to be strong,
I want to be strong,
I want to be strong.
I hope I can stand another month.
And 'us' can stand till the end.
Insyaallah.

Allah,
Please grant all my wishes.
Only You know the best.
Amin :)

Smile for April :)