"Masuk sayang, sudah hampir senja", sayup terdengar suara emak memanggil.
"Nanti lah mak, tak puas bermain lagi", kata dia, degil.
"Baik-baik main kat sana, nanti takut terkena kaca", jerit mak lagi.
"Tak ada apa lah mak, saya ok je ni", balasnya.
Belum pun lima minit selepas itu, terasa sakit di kakinya. Dia terduduk menyelak kaki, berdarah. Pedih. Satu persatu air mata menitik. Ada kaca sebesar ibu jari masuk ke kakinya.
Mak tidak sedap hati melihatnya, meluru ke situ.
"Ya Allah budak ni, kan mak kata main baik-baik! Dah mari mak pimpin masuk", kata emak kerisauan.
Dia hanya mengangguk lesu. Emak mememimpinnya masuk kedalam rumah. Kaca itu dikeluarkan, luka itu dibasuh lalu dirawat.
"MAAKK SAKIITTT!!", jeritnya.
"Kejap lah, kalau tak letak ubat macam mana nak baik?", pujuk emak.
Setelah tiga hari, luka sudah tidak sepedih mana. Dia kembali bermain ke tempat itu. Masih tidak serik. Kerana tempat itu lah tempat mainan kegemarannya. Dia tidak akan jemu bermain disitu.
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)