Rentetan daripada lawatan dua hari ke Kuantan tu, perasaan aku terhadap laut dan pantai benar-benar berubah. Aku jadi rindu kepada mereka. Gila bayang. Terfikir-fikir bila lagi boleh aku merasa keseronokan berada dekat dengan pantai lagi.
Beberapa hari selepas kami pulang daripada Kuantan, aku mendapat whatsapp daripada Atiqah Maksom mengajakku datang ke rumahnya. Dan kebetulan pula, rumah dia berada di banting, dekat dengan pantai Morib dan beberapa pantai lain yang kurang femes berbanding Morib. Aku jadi teruja, lalu mengajak Nad pergi bersama. Azri pun kuajak juga, bersama rakan-rakan lain yang aku tak tahu siapa yang masih ada di Shah Alam ni.
Disebabkan mereka pergi ke rumah Paan dulu dan kami [aku dan Nad] terus menuju ke Banting melalui lebuhraya yang baru itu [SKVE], masa kami sampai adalah berbeza. Aku dan Nad sampai dalam pukul 5 atau 6 lebih gitu. Kami solat asar kemudian terus ke Morib memandangkan Tiqa menjemput kami ke rumahnya pada sebelah malam.
Kami pun berjalan-jalan di pantai Morib sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. Dan of course lah, camwhoring! Bezanya kami dengan makhluk lain, kami tak upload kat facebook gambar-gambar comel kami yang banyak itu ehehe.
Ini lah beberapa gambar hasil camwhoring itu:
Bak kata Nad, ala-ala Izzah cerita Ombak Rindu |
Subhanallah |
Izzah jugak lah hehe |
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)