Kalau korang ingat, orang yang repair laptop aku tu ambil masa tambah tolak sebulan jugak lah nak betulkan laptop aku yang screen rosak tu sebab katanya susah nak cari lcd model tu. Maklum lah, laptop daripada matrix tu (2007/2008)
Lepas depa repair laptop aku, ada masalah keyboard pulak. Aku pon pergi lah kat kedai tu balik sebab kalau pergi kedai lain confirm lah kena bayar kan.
Sambil dia check laptop aku, kami berbual [sebelum ni tak sempat berbual sebab sibuk marah dia lambat repair hehe]
Dia tengah berfesbuk masa aku sampai kedai dia
Aku: oh awak ade fesbuk jugak eh?
Die: haah [sambil tersengih]
Aku: awak dari mana eh?
Dia: Pakistan
Aku: ohhh
Lepas tu dia terangkan apa yang wrong dengan laptop aku
Aku tanya lagi
Aku: kenapa tak kerja kat pakistan je eh?
Dia: kat sana ada banyak gaduh. Bila bukak kedai, gangster minta duit. Selepas itu tuan kedai minta duit. Polis pun mau minta duit. Kalau bukak kedai, banyak rugi kak.
Aku: ohh macam tu ke? Kat sini talda ke?
Dia: *geleng
Ha tengok beruntungnye kite ni. So takmo lah gaduh2, rugi taw nanti. Sekian...
olaaa there ;-) |
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)