Thursday, December 20, 2012

Kalau kita suka orang tu,

play sebelum baca. kalau nak feeling2 sikit. haha




Tadi, aku keluar berjalan-jalan dengan kawan. Kami berborak banyak topik. Kemudian tiba ke satu topik, kawan aku mula bercerita.

"Aku kalau bercinta, biasanya orang tu (lelaki) akan approach dulu, kemudian aku bagi dia peluang dan pupuk rasa sayang kat dia. Aku tak pernah rasa macam mana kita suka kat orang, lepas tu dia suka kita balik."

Aku senyum. Ya, aku tahu perasaan itu. Kawan aku bertanya;

"Macam mana eh perasaan kita suka kat orang tu?"

Aku senyum lagi. Aku mulakan jawapan aku dengan

"Best. Best sangat"

Kemudian aku tersenyum sendiri. Wajah dia bermain di mata.

"Tapi exactly, macam mana eh perasaan dia?"

kawan aku bertanya lagi, masih belum berpuas hati.

"Dia macam ni. Kalau kita suka kat orang tu,

... kalau hari tu, kita pakai baju yang sama warna dengan dia, kita akan rasa excited sangat...

... kalau dia message kita, kita akan teruja sangat...

... kita akan rasa seronok bila dapat tahu sesuatu pasal dia, walaupun benda kecil...

... kalau kita ada dekat dengan dia, hati kita akan berdebar-debar. Walaupun kita tak tahu pun dia ada dekat kita, hati kita akan tetap berdebar-debar..."

Kawan aku cakap

"Bestnye rasa macam tu. Macam dalam buku cerita je",

Aku menjawab

"Haah, perasaan dia macam dalam buku cerita. Cuma, buku cerita tu ideal sangat, tapi macam tu lah lebih kurang"

Seingat aku itu sahaja lah yang aku cakap tadi. Biar aku lebarkan bicara lagi

... Kalau kita suka orang tu, kita tengok dia pon kita akan rasa gembira.

... Kalau kita ada masalah, kita akan cari dia. Sebab banyak mana pun masalah kita, kalau kita ada dengan dia, semua tu akan hilang.

... Kita akan sentiasa rasa selamat kalau ada dengan dia.

... Kalau ada orang bercakap pasal dia, kita akan senyum macam orang gila.

... Kalau dengar lagu cinta, kita akan terbayang muka dia.

... Kalau dia jauh, semua benda akan buat kita teringat kat dia.

... Kalau dia bercerita pasal kawan dia yang berlainan jantina, kita akan automatik rasa cemburu walaupun kita tahu mereka hanya kawan.

... Kalau kita terjumpa atau berjumpa dia, bila tiba detik kita kena pulang kerumah, hati kita akan rasa berat sangat. Lepas tu kita akan saja cari alasan supaya kita dapat meluangkan lebih masa lagi dengan dia.

Aku tahu, mungkin tak semua orang bercinta akan rasa macam tu. Dah aku tahu, aku antara yang bertuah sebab ada peluang untuk rasa perasaan tu.









Dan untuk itu,





Terima kasih, yang berkenaan :-)

1 comment:

  1. erm..tak pernah dapat org yg akak suka dia dulu. selalunya dia yg suka akak, pastu approach, pastu baru akak suka..

    p/s: minat2 tu lain lah.hehe.

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)