Sunday, January 6, 2013

Marshmallow (^_^)

Assalamualaikum anda anda semua [macam ade je yang baca T_T ]


Seperti yang semua sedia maklum, menurut kalendar Masihi, kita telah pun melangkah ke tahun 2013, bermakna satu lambaian tangan yang sayu kepada 2012. 

Pada asalnya aku nak tulis post ini dalam bahasa Jepun. Hey ingat aku tak reti cakap Jepun ke? Aih tipu je, aku nak tulis dalam bahasa omputih sebenarnya. Tengok lah nanti kalau dah jadi bahasa rojak [macam lah tak pernah tak rojak], maafkan aku ya.

Pada asalnya lagi sekali, aku nak nukilkan tentang perkara yang dah berlaku sepanjang tahun 2012. Tahun 2012 adalah tahun yang sangat.... novel untuk aku. Ya, aku tulis novel tadi.

Kenapa novel?

Novel kerana, dipenuhi dengan segala macam drama yang melingkungi ketawa berdekah-dekah sehingga air mata berjurai-jurai. Lengkap semua, drama keluarga, drama kawan-kawan, drama cinta. Sampai ke satu tahap yang aku hampir putus asa dan bertanyakan kawan baik aku
"Aku rasa hidup aku ni macam drama swasta, tapi aku tak nampak pun kamera".
Ya, mujur ada kawan baik yang sentiasa memberikan sokongan diwaktu aku memerlukan. Sanggup tinggalkan kerja yang penting untuk menenangkan aku yang gundah gulana. Banyak memberi nasihat serta dorongan. Tidak lupa pelukan hangat supaya tiada lagi air mata ini. Untuk itu, dan untuk banyak lagi perkara lain, aku ucapkan terima kasih, Nadirah Amir.

Aku sedar bahawasanya aku bukanlah seorang kawan yang baik tahun ini. Kadang-kadang pentingkan diri. Tapi kau masih disisi. Tiba -tiba aku rasa pelik tulis macam ni haha. Dan untuk itu, maafkan aku.

Ada beberapa perkara yang baru aku tahu, itu pun secara kebetulan dan gerak hati aku mencari segala bukti. Percayalah kawan-kawan, tak semua benda yang kita tahu, baik untuk kita. Tambahan pula bila kelihatan seperti semua orang disekeliling kita tahu perkara itu, sedangkan mereka tiada kena mengena. Tapi aku bersyukur, lebih baik tahu daripada terus disilaukan cahaya penipuan.

Ada beberapa manusia yang aku harap aku kenal mereka lebih lama, atas sebab tertentu. Aku terkilan kerana masih banyak lagi aku tak tahu tentang mereka. Orang kata, biar masa yang tentukan. Walaupun aku kurang yakin, tapi aku berharap kata orang itu benar.

Keadaan aku yang terpaksa menambah lagi satu semester pelajaran aku diwaktu rakan-rakan sudah melangkah ke alam kerjaya tidak langsung membantu situasi yang aku tuliskan tadi, malah menambah pilu didada, adakah aku tidak cukup baik untuk semua?
"Tapi benar lah kata mereka, dengan masalah, kita menjadi lebih matang. Aku duduk dan berfikir, kenapa perlu risau diri basah dengan hujan yang melimpah, sedangkan kita akan nampak pelangi yang berwarna-warni bila hujan itu reda."


Bohong lah jika aku kata, aku sudah pulih sepenuhnya. Apa yang berlaku masih membuat aku paranoia, kadang kala menderma air mata bukan pada tempatnya. Sampaikan ada orang tertentu runsing kepala. Tapi masih bersabar dengan kerenah aku yang macam bayi lapar kurang susu. Sekejap-sekejap menangis. Masih sabar melayan aku. Walau aku tahu kadangkala dia pun terluka. Maafkan aku kerana begitu. Dan terima kasih kepada kamu.

"Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti. "
-Siti Nurhaliza- 
Tahun ini, insyaallah akan lebih baik daripada tahun lepas. Biar yang berlalu tu, jadikan kenangan. Yang penting kita sentiasa bersedia untuk esok hari. Yang penting, jangan biarkan semalam musnahkan esok kita. Senyum, sentiasa.

Orang kata, yang terakhir adalah yang teristimewa. Ucapan terakhir post ini aku tujukan khas kepada insan yang paling aku sayangi didunia. Maafkan saya kerana tidak tahu. Kerana tidak hadir untuk memberikan sokongan. Tidak memahami. Degil keras kepala. Mementingkan diri sendiri. Meminta yang bukan-bukan. Untuk semua itu dan banyak lagi, maafkan saya.

Ya, saya sama seperti anda, orang yang paling saya sayangi di dunia ini juga adalah emak saya. =)

Dah lama tak tulis deep macam ni. Haha.

Kalau aku ada buat salah kepada anda-anda yang lain, aku nak minta maaf tulus dari hati. 

Kalau aku ada hutang atau janji apa-apa kepada anda, sila tuntut di atas dunia ini supaya aku tak diseksa disana nanti.

Sekian, wassalam.

p/s: Please jangan assume mana-mana pihak berkaitan dengan mana-mana perenggan, tak baik suuz zhon taw :D

1 comment:

  1. I want to wish all the best and remember no matter what happen I am always here for you. I love you all very much.

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)