Untuk yang tahu dan ingat, aku baru je menyambut hari lahir menurut kalendar masihi, iaitu pada 28 April yang lepas. Berbanyak terima kasih aku nak ucapkan kepada yang ingat, walaupun ada beberapa orang kesayangan aku yang tak ingat, takpa lah, nak buat macam mana kan.
Sebenarnya aku kurang suka dengan hari jadi ni sebab mengingatkan kepada usia yang dah meningkat sedangkan aku tak rasa aku dah mencapai apa-apa yang boleh dibanggakan.
Orang pertama yang mengucapkan selamat pada hari lahir aku adalah Kak Emy atau Irmalina tapi dia wish becoming lah sebab dah ngantuk sangat. Tepat jam 12.00 malam/pagi, Mayah dan Kak Ngah memberi ucap selamat, diikuti message Whatsapp daripada Nadirah Amir yang busuk itu. Kemudian Encik Orang Salji dan Hairee.
Esok paginya, selepas makan tengah hari sebelum bangun dari kerusi, aku sedar Naqib tidak berganjak tetapi memandang bawah lalu akupun jenguk la apa yang dimenungkan itu. Rupanya dia tak tahu bagaimana nak memberi hadiahnya kepada aku. Comel benar Naqib ini.
Semalam masa baru bangun daripada tidur mak membawa satu bungkusan besar berbalut kedalam bilikku dan menyuruh aku membukanya. Terjerit kami 3 beranak sebab dah lama aku cari waffle iron, sebenarnya dah tak ingat pun yang aku cari, tapj mak ingat dan membelikannya sebagai hadiah aku.
Setelah beberapa hari selepas ulangtahun hari lahir aku, aku mendapat kad yang dibuat sendiri oleh sahabat baikku Sarah daripada Mesir, sangat lah terharu kan, menitik jugak lah 2 3 titik air mata sebab terharu. Wuuhuuu
Terima kasih semua! Aku sayang kalian!
Dan aku ingin meminta maaf sebagai manusia biasa yang penuh dengan kesalahan, aku mungkin ada menyakitkan hati kalian secara sengaja atau tidak, halalkan segala makan minum aku, kalau aku ada hutang tolong tuntut sebab aku ni pelupa sikit, aku tak mahu roh aku tergantung antara langit dan bumi bila ia meninggalkan jasad nanti.
From Mayah Mino busukun |
From Alia |
From Naqibun |
From myself. ahaks! |
From the best mother in the world (^_^) |
From Egypt. Sarah Adiba. Aku dapat kad dari Egypt, korang hado? |
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)