Hari khamis Coach buat whatsapp group untuk anak2 buah dia, untuk pengumuman serta nak monitor pemakanan kita. First meeting untuk group kiteorang hari Sabtu 9.9.2017 kat seksyen 8.
Walaupun excited, aku dengan mak punya semangat dah kurang 50% sebab baru dapat berita pasal abang. Aku cerita kat post lain lah nanti eh.
Basically first meeting ni, coach nak terangkan pasal pemakanan yang sihat apa yang bagus apa yang tak semua. Bincang pasal schedule dengan venues. Exercise pon ada tapi sikit2 jelah.
Oh, ada sesi timbang-menimbang jugak! Haa agak seram lah ya tapi ni untuk banding keberkesanan program ni. Coach pon tak buat muka judging pon kalau berat kau berkoyan-koyan [macam akula], kebanyakan coach adalah professional gym instructor, jadia diorang dah biasa dengan benda2 macam ni.
Alhamdulillah dapat coach yang relek2 je tak strict sangat. Pandai melawak jugak. Cuma bab melukis tu hancus sikit. Coach Dollah kalau baca jangan marah ehh.
Ada jugak main game just untuk ceriakan suasana. Game sorok tangan. Game Zombie. Aku pulak kena jadi zombie. Jalan macam tempang, macam zombie dalam Plants vs Zombie tu. Pastu team yang kalah kena menari chicken dance dengan baby shark. Team aku kena menari baby shark. Teringat pulak kat si kecik Maryam ❤️. Mak siap rekod lagi kiteorang menari haha. Jangan harap lah aku nak upload kat sini, segan oi!
Lepas tu boleh terus balik. Coach dia lepaskan kita on time, tu yang best tu. Takdela melarat2 macam typical janji Melayu.
Overall aku rasa bersemangat sikit nak kuruskan badan. Entah percubaan kali ke berapa entah ni. Kali ni kena istiqomah. Sebab dah ada ilmu yang betul insyaallah boleh buat.
Aja aja fighting!!
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)