Thursday, February 25, 2010

Aku cuba

nak mulakan dulu, tapi ternyata suaraku tersekat di kerongkong. Ini adalah deja vu. Segala pengalaman lepas masih belum cukup untuk menyediakan aku berhadapan dengan situasi ini. Aku masih khuatir andai sejarah lama berulang. Aku masih takut jika insan itu murka lalu menarik muka lalu meninggikan suara memarahi aku. Walau aku tahu kali ini merupakan insan yang berbeza, aku masih menyimpan prasangka yang sama. Aku tahu aku bersalah kerana berperasaan sedemikian. Tak baik bersangka yang bukan-bukan sedangkan masih belum mencuba.

Kerana itulah, aku berpura-pura tidak ambil endah. Aku berpura-pura berbicara kepada kamu seperti tiada apa-apa berlaku walhal kamu agak dingin denganku. Aku cuba memberi senyuman walaupun kau membalasnya dengan senyum plastik[kekok]. Ya, aku sedar, kekekokan kamu dihadapan aku. Atau mungkin kamu definasikan sebagai, kemenyampahan?

Hati ini tertanya-tanya, sampai bilakah ia akan berterusan? Aku mahu berhenti membangau, jadi aku mencari-cari kesalahanku. Jawapannya = BANYAK, UNDEFINED, dan sebagainya. Aku juga seperti insan lain, punya kelebihan serta kekurangan diri. Yang paling utama, mungkin aku terlalu takut dengan perkara yang tidak pasti. Atau mungkin aku terlalu ego terhadap orang-orang disekeliling aku. Atau mungkin ini kifarah supaya aku merasai apa yang pernah dirasai oleh sahabatku lantaran perbuatanku dahulu.

Aku cuba menjadi insan yang baik, tapi ternyata masih belum berjaya. Malah, tidak hampir pun. Masih terlalu jauh. Kendati banyak manapun aku cuba, aku tetap akan melakukan kesalahan kerana sifatku yang tidak sempurna sebagai manusia biasa.

Sorry for hurting you. Again.
Sorry for being such coward to confront you.
Sorry for 'bersangka buruk' towards you.
Sorry for the cold attitude.

But I'm not sorry for becoming friends with you, and I mean it....





Teman maafkan jika ku melukaimu~ =)

2 comments:

  1. ..::sebak::.. plz confront ur deary fren..trust me, she hoping u to do such action, even though she seems like ignoring u, she didnt meant it..trust me..she's more hurt when u do 'mke tebal' infront of her

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)