Tuesday, April 27, 2010

Hakikat Bahagia UNIC

Assalamualaikum member2 ku, alhamdulillah aku dah abeh 2 paper, tinggal lagi 5 paper yang bakal dihabiskan. Musim2 exam ni biasalah, orang semua berjiwa kacau. Mana tak nya, ini tak habis stadi lagi, itu tak habis baca lagi, yg sana tak habis buat latihan lagi, macam-macam lah. Saya nak bagi korang dengar 1 lagu ni, dah lama xdengar tapi tadi bukak-bukak muka buku, tengok2 website iluvislam post lagu ni, saya pun tergerak hati nak buat benda yang sama.


Lagu ni dah agak lama sebenarnya, zaman saya sekolah lagi, tapi masih xjemu didengar. Harap-harap anda-anda suma dapatlah mesej daripada lagu ni. Lagu ni, video ni, dan semua yang berkenaan, saya xown pon, hanya copy paste sahaja. Harap maklum. Enjoy!


HAKIKAT BAHAGIA - UNIC


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



Sumber lirik - 
http://www.hijjaz.com.my
sumber video - http://www.youtube.com/watch?v=Bbq0R5ONl4o


p/s: kek tu aku dah buat tapi bukan aku yang kacau, so aku xconsider aku yang buat. Nak buat lagi skali baru nak post hehe..

Tuesday, April 20, 2010

Baking pleasure ;)

Sesungguhnya aku tak ingin kau pergi~
that's a line from a song that I just admired, Cintai Aku Sepenuh Hati sang by Ari Lasso.

Now I am studying at my faculty.

Last Monday early in the morning, about 2-3 a.m. I watched tv and saw them cooking, guess what, vanilla cake with chocolate frosting.. Nyum nyum so tempting..

I think I'll try it after this wif miss Alia, and wait the result. If its baked perfectly, I'll upload the pic here...

peace no war (^_^)v

Monday, April 19, 2010

Examination



Maafkan saya kerana basically dah lama xupdate blog dengan benda2 yang berfaedah [slame ni berfaedah ke??]


Saya, dan seluruh warga UiTM satu Malaysia akn pergi bertempur di medan perang, menemukan kami dengan musuh terbesar kami iaitu peperiksaan, dan juga musuh dalam selimut, iaitu sifat malas kami sendiri, bersenjatakan pen serta kertas dan ilmu yang insyaallah penuh didada.


Anda dan ANDA yang terbaca post ini, saya mintak tolonglah doakan kejayaan kami disamping keberkatan ilmu yang telah kami pelajari selama ini serta dipermudahkan kami untuk menjawab peperiksaan ini.


Sem ni saya belajar 8 subjek, tolak 1 subjek yang xada exam [c programming], mknenye ade 7 paper yang bakal diperangi. Harap-harap bolehlah dapat result yang cemerlang insyaalah.


Ahhhh lagi satu, umur saya akan genap 21 tahun hujung bulan ni. [xperlu kot] nanti dah nak tarikh tu, exam kot, jadi sy xexpect la orang akan ingat. Xpe xyah ingat pon xpe [xmaw ngaku diri tua] haha..




Tuai padi anta masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi?,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita jumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Ewaahh~


ok lah terimakasih kerana membaca. Insyaalah berjumpa lagi. 
Semoga berjaya kpd warga UiTM (^_^)v juga kepada menber2 len yang bakal bertempur jugak..


p/s: Mode - pulun jgn xpulun~ stadi smpai muntah!

Thursday, April 15, 2010

Jiwang mode

Dah lama xupdate blog ni. Banyak benda aku nak cerita tapi macam bahaya je kalau aku spill out kat sini. Xpelah, aku cerita pasal aku sekarang ni.


Aku baru je lepas habis present mini projek programming, as well as test 3 numerical. Tiba-tiba rasa nak update blog.

Dengan tak semena-mena ingatanku melayang kepadanya,
Dengan tak semena-mena, rinduku menggamit terhadapnya,

Dia senyum, aku jadi kagum.
Mana lagi nak dapat senyuman menawan macam tu?
Dia pandang, pergerakanku terkekang.
Ilmu apa dia pakai?
Dia berlalu, aku terkaku.
Bila lagi dapat berjumpa dengannya?

Aku jadi rindu,
perasaan tak menentu.
Tak mampu nak menghindar,
supaya dia keluar, dari kepala ini.

woahh jiwang jugak aku ni hehe...

Saturday, April 3, 2010

I'll always have your back

Aku tak sanggup tengok kau sedih camni...
Aku jadi sedih jugak...

Nak pecah dada tahan sebak tengok kau sedih...
xtawu nak buat ape supaya kau kembali ke kau yang dulu...
Sume dah berlaku kan, masa xboleh diundur...

Aku tawu aku xmampu nak gamkan semula hati kau yang dah hancur tu...
Walau mahal mane pon gam tu...
Maafkan aku sebab xmampu nak tenangkan kau...
Aku doa kau akan pulih dari kesakitan tu...
Aku harap kau kuat dan tabah terima pe yg kau tgah lalui...

Aku nak ingatkan kau, Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar
Kau masih ada famili kau...
Kau masih ada kawan2 kau...
dan,
Kau masih ada aku...

ingat lah benda tu sampai bila2...
Ape2 pon yg blaku, ape2 pon kputusan kau...
aku akn sntiase sokong kau...
SENTIASA...

I'll always have your back....