Monday, April 19, 2010

Examination



Maafkan saya kerana basically dah lama xupdate blog dengan benda2 yang berfaedah [slame ni berfaedah ke??]


Saya, dan seluruh warga UiTM satu Malaysia akn pergi bertempur di medan perang, menemukan kami dengan musuh terbesar kami iaitu peperiksaan, dan juga musuh dalam selimut, iaitu sifat malas kami sendiri, bersenjatakan pen serta kertas dan ilmu yang insyaallah penuh didada.


Anda dan ANDA yang terbaca post ini, saya mintak tolonglah doakan kejayaan kami disamping keberkatan ilmu yang telah kami pelajari selama ini serta dipermudahkan kami untuk menjawab peperiksaan ini.


Sem ni saya belajar 8 subjek, tolak 1 subjek yang xada exam [c programming], mknenye ade 7 paper yang bakal diperangi. Harap-harap bolehlah dapat result yang cemerlang insyaalah.


Ahhhh lagi satu, umur saya akan genap 21 tahun hujung bulan ni. [xperlu kot] nanti dah nak tarikh tu, exam kot, jadi sy xexpect la orang akan ingat. Xpe xyah ingat pon xpe [xmaw ngaku diri tua] haha..




Tuai padi anta masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi?,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita jumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Ewaahh~


ok lah terimakasih kerana membaca. Insyaalah berjumpa lagi. 
Semoga berjaya kpd warga UiTM (^_^)v juga kepada menber2 len yang bakal bertempur jugak..


p/s: Mode - pulun jgn xpulun~ stadi smpai muntah!

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)