Tuesday, April 27, 2010

Hakikat Bahagia UNIC

Assalamualaikum member2 ku, alhamdulillah aku dah abeh 2 paper, tinggal lagi 5 paper yang bakal dihabiskan. Musim2 exam ni biasalah, orang semua berjiwa kacau. Mana tak nya, ini tak habis stadi lagi, itu tak habis baca lagi, yg sana tak habis buat latihan lagi, macam-macam lah. Saya nak bagi korang dengar 1 lagu ni, dah lama xdengar tapi tadi bukak-bukak muka buku, tengok2 website iluvislam post lagu ni, saya pun tergerak hati nak buat benda yang sama.


Lagu ni dah agak lama sebenarnya, zaman saya sekolah lagi, tapi masih xjemu didengar. Harap-harap anda-anda suma dapatlah mesej daripada lagu ni. Lagu ni, video ni, dan semua yang berkenaan, saya xown pon, hanya copy paste sahaja. Harap maklum. Enjoy!


HAKIKAT BAHAGIA - UNIC


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



Sumber lirik - 
http://www.hijjaz.com.my
sumber video - http://www.youtube.com/watch?v=Bbq0R5ONl4o


p/s: kek tu aku dah buat tapi bukan aku yang kacau, so aku xconsider aku yang buat. Nak buat lagi skali baru nak post hehe..

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)