Wednesday, June 30, 2010

Hurt

Don't overestimate me..
















You just don't know how easily I get hurt...














Thanks for the tears...

Tuesday, June 29, 2010

Selamat Hari Selasa

Yang dulu spek besar,
sekarang spek dah semat.

Yang dulu tudung bawal,
sekarang dah pakai tudung stail-stail.

Yang dulu suka makan karipap + sambal makcik kantin,
sekarang dah makan pai blueberi.

Yang dulu comot momot,
sekarang dah cun melecun.

Yang dulu gigi besi,
sekarang gigi dah tersusun rapi.

Yang dulu single mingle,
sekarang dah ada abe wan. [opss..]

Banyak benda yang dah berubah. Tapi banyak jugak yang masih sama. Kau tetap aku panggil una. Kau tetap kaunselor aku yang hebat. Kau tetap comel dimataku [erghhh]. Kita tetap sharing is caring sama-sama. Mengadu itu ini. Bagi nasihat yang kadang-kadang kurang bernas.

Aku ingat lagi, dulu masa form one kita sama dorm. Dorm 3. Masa tu, aku budak baru lagi, third intake. Kau first intake. Masa tu kau rapat dengan Kerol. Selalu kesana sini bersama. Satu hari tu, Kerol pinjam termos aku. Nak ambil air panas kat DM [dewan makan]. Tapi lepas seminggu tu, dia xpulang-pulang lagi termos aku. Walaupun aku dah mintak, dia macam berdalih. Aku macam pelik tapi, biar lah, mungkin nak guna lagi.  Tiba-tiba satu hari tu, korang tarik aku pergi dorm kosong sebelah dorm kita. Korang masing-masing macam serba salah nak mulakan cerita. Last-last korang cakap jugak, sebenarnya kaca dalam termos aku tu dah pecah, tapi korang takut nak bagitahu aku, takut aku marah. Aku pun daripada diselubungi perasaan heran bin ajaib, terus berubah jadi nak gelak tengok muka korang macam tengah menanti hukuman sebat, takut punya pasal. Tapi aku tak lah gelak, macam kejam je. Aku cakap, "xpe lah, dah pecah nak buat mcm mana" [cool gile aku!!]


Itu cerita masa form 1. Masa form 2, kita dah separate dorm. Kau masuk rumah merah. Aku masuk rumah biru. Jumpa pon, dekat kelas. Tapi bila jumpa, still tegur "UNA!". Kau pon "COOL-GATE!". Hehe. Bila masuk form 4, masing-masing sibuk nak pilih stream masing-masing. Aku teringat, mula-mula kau dapat kelas 4 Jay Eff. Stream sains tulin agama. Tiba-tiba dengar cerita kau tukar kelas. Atas sebab-sebab yang aku rasa tak patut state kot kat sini. Tapi kelakar lah kau ni. Haha.

Edit guna paint je..


Masa form 4 tu lah, aku jadi rapat dengan Am. Rapat pun sebab perangai masing-masing sama- bawak henpon pergi sekolah, selalu lambat kemana-mana, agak rebellious dan sebagainye. Masa tu kau pun rapat dengan Am jugak. Jadilah kita the three muskeeters. Selalu buat kerja pelik sama-sama. Tapi seronok. Sampai sekarang kita masih macam tu. Kalau jumpa, macam kanak-kanak sekolah je.

Okay aku rasa dah lah mengimbau memori. Aku nak state kat sini, banyak benda berubah, banyak benda yang sama. Ada satu benda yang obviously dah berubah hari ni. Umur kau. Kau dah 21!

HUSNA KAMARUDDIN,

HEPI BIRTHDAY FREN!!

Hope kau hepi-hepi selalu disamping [tuut] . Kalo ko sedih, gtaw aku ye.
Aku syg ko.. Muahh!! Tenkiu for being my dearest fren!!

Saturday, June 26, 2010

Wahai Ding Ding....

Kan best kalau kau perempuan...
Mesti aku dah boleh lepak kat rumah kau mase aku bosan-bosan.

Aku selalu berangan masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang member perempuan yang kamceng rumah dia dekat-dekat dengan rumah aku. Kiranya kalau aku bosan ke, takde keje nak buat ke, aku akan pergi rumah dia. Lepak bilik dia. Bukak fridge rumah dia buat macam rumah aku sendiri. Panggil mak dia macam aku panggil makcik-makcik aku. Buat treehouse dekat pokok yang besar dekat-dekat rumah kiteorang, main dalam treehouse tu sama-sama. Main masak-masak. Buat pinkyswears. Simpan rahsia sama-sama. Tulis surat, lepas tu simpan dalam kapsul masa, tanam kat mana-mana, bila dah sampai waktu yang ditetapkan, bukak balik kapsul masa tu.

Gosip-gosip pasal boys dengan dia. Main masak-masak. Kalau nak nangis kena marah dengan parents ke, pergi dekat dia. Buat kerja gila sama-sama. Selalu pergi playground sama-sama. Jalan-jalan. Main skipping. Buat homework. Makan aiskrim. Kunyah chewing gum. Pergi fun fair. Makan cotton candy. Shopping. Menggedik.

Dan sebagainya...

Kalau tulis memang panjang lebar ni. Tapi masalahnya impian tu memang impian je, Bestfren perempuan aku yang paling dekat pon, rumah dia kat Bangi. Itu pon dah makan dalam 30 minit tak silap aku. Yang kat Shah Alam ni, ada, tapi lelaki lah. Si ding ding yang aku sebut tadi tu. Minggu ni beliau bizi. Kalau nak ajak hangout pon kene tunggu minggu depan. Ding ding tu nama gelaran je, tak kan lah dalam IC pon nama dia Ding-ding bin sape sape. Hahaha.  Nama beliau Aizzat. Beliau suka sangat tengok Doremon. Rasanya kalau Doremon tu betul-betul wujud mesti beliau sanggup fly ke Japang untuk jumpa Doremon tu. Dalam kereta beliau pon ada Doremon yang joget-joget kalau kena solar tu. Tahu tak yang mana?
Yang ni lah.

Eh lupa ada lagi sorang, bro aku. Apit [haa komersial x nme lu?]. Aku panggil dia bro sebab dia macam bro aku lah. Best kawan dengan beliau, lagi-lagi masa perlukan khidmat nasihat beliau. Memang macam bro lah pendek kata. Lagi 1, beliau pandai buat lagu. Siap mengaku gitar-gitar beliau sebagai aweks beliau. Kalau beliau kawen dengan gitar nanti aku tak tahu lah nak cakap macam mana, memang dah jodoh kot. Lagu beliau sedap-sedap hingga menjilat laptop. Ishh takkan itu pon korang percaya, mana ada orang jilat laptop, baik jilat lolipop. Aiskrim ke. Ish ish ish.

Ishh masuk yang ni dah dua orang besfren lelaki yang aku cerita kat post ni. Tak masuk lagi orang salji aku tu.   Dengan bos aku. Ishh ramainya lelaki! Aku ni gatal kah? uihh mana ada, itu lah takdir namanya [nak sedapkan hati sendiri]. Alah kadang-kadang berubah angin apa salahnya kan? Ehehe.

Ok sebelum aku merepek lagi panjang, mari aku emphasize kan disini bahawa sesungguhnya penulis yang bergelar Cooleustary ini sedang kebosanan di rumah tak tahu nak buat apa. Nak tengok cerita Toy Story 3.




nak makan Noodle Station

Macam-macam lagi nak buat. Hurmm... Ok lah maaf lah kerana merepek. Sekian...

Tuesday, June 22, 2010

Hari ini...

...aku ada exam. Exam short sem yang aku ambik untuk cuti sem ni. Subjek? Heat transfer and fluid mechanic. Kod dia KJM 442. Okay kalau omputih kata don't judge a book by its cover, aku nak tekankan kat sini, JUDGE A SUBJECT BY ITS CODE. Sebab exam tadi sumpah susah!. Memang KeJaM. Nama pon KJM kan muahahaha [ok tak ade kene mengena]. Adik aku dari semalam asyik cheer, "Along chaiyok chaiyok!" dikala aku sedang bertungkus lumus [tipu gile] stadi, buat aku rasa macam nak hempuk je kepala dia kat dinding and kata "Sila diam!". Korang rasa aku buat tak? Mestilah tak. Mana sampai hati aku. Aku senyum jelah. Comel jugak kadang-kadang bila adik-adik aku ni buat benda-benda gitu. Especially yang dah tua tu. Nazrin nama dia. Aku tahu dia baca blog aku ni. Mesti die menyumpah-nyumpah akaknye yang comel ini.

...aku berborak dengan orang yang aku suka tengok, sebab beliau comel. Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu [aku tak nak kena pelangkung dengan awek beliau kah3]. Bukan aku yang approach beliau, beliau yang tegur aku dulu. Buat aku rasa macam terawang-awang sebentar dan senyum sorang-sorang. Sebenarnya bukan sorang-sorang pon, ramai orang sekeliling yang perasan sebab rasanya ramai jugak yang tahu keperasanan aku itu.

...aku temankan member aku Hajar cari tiket bas. Dalam perjalanan balik, tengah borak-borak, nampak JPJ buat roadblock. Kami pon, mula lah, terberuk terkedek-kedek nak pakai seatbelt. Nasib baik sempat. Aku ni pulak dah lah jenis yang xberperasaan sangat, tapi bila dah berperasaan, dah sampai rumah baru hilang rasa berdebar-debar tu. Pakcik JPJ tu pulak, buat roadblock, bukan reti nak tengok, bagi jalan je. Sambil borak-borak dengan member sebelah dia. Selama kodok je dia. Geram pulak aku. Nasib baik tak kena heart attack.

...aku dapat message yang mampu buat aku senyum seorang diri. Aku tak faham kalau bab orang salji tu je, mesti aku tak jadi nak marah, merajuk atau apa-apa sifat negatif yang lain. Macam gedik lah pulak. kah kah kah. Tapi biar lah. Sekali sekala. kan kan kan ;)

...aku karaoke sorang-sorang dalam bilik macam katak panggil hujan. Suara dah sah-sah macam kucing tak cukup ikan. Kalau hujan pon, seronok jugak, boleh tidur lena malam ni. Nyanyi lagu susah-susah pulak tu. Lagu taylor swift. Alah korang mesti kate, alaa setakat Taylor Swift tu apa je. Cuba korang nyanyi salah satu lagu dia, tengok. Bukan senang taw. Pernafasan tu penting. Stamina mesti tinggi.

Ok kengkawan, aku dah merepek panjang, kini tibalah masa untuk pen off. Ops, keyboard off maksud aku. Sekian... (^_^)

Sunday, June 20, 2010

Janggut vs. Misai

Pernah tak dengar orang sebut atau ada dua-dua benda diatas ni??




Apa, TAK??







TIPU!!!

Tak pe lah, mari aku tunjukkan beberapa contoh misai dan janggut;

Kalau rumah tak ada hanger, boleh mintak tolong pakcik ni.



Comel lah pulak pakcik ni.



Kalau jambatan kat kampung korang runtuh, pakcik ni boleh settlekan.


Sebenarnya ni lah yang aku nak cerita kat korang hari ni., kisah misai dan janggut.

~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ----~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~ ---- ~ ~ ~ ~

Alkisahnya, terdapatlah satu keluarga yang keluar bekpes sama-sama pada pagi Ahad yang indah, di sebuah kedai mamak tempatan diberi nama Pelita. Sedang mereka mejamu selera, tiba-tiba ahli keluarga yang paling muda, Naqib,8 [memang nama sebenar] bertanya kepada emaknya, sambil jari telunjuknya ke arah abangnya, Nazrin, 19 [nama sebenar lagi]. Soalan beliau;

Naqib : Mak, kenapa abang ada misai dengan janggut?
Mak : Sebab abang dah besar, dah nak kahwin dah, sebab tu lah ada janggut dengan misai.
Naqib : Oohh... Tapi kan mak, kenapa along dah besar dah nak kahwin tapi x ada pon janggut dengan misai?

kami : erkk??

p/s: Along, 21 [bukan nama sebenar], aku lah tu, berjantina perempuan.Ulangsuara, perempuan! Sekian, terima kasih.

p/s: aku belum nak kawen lagi okay!

Saturday, June 19, 2010

Cooleustary gedik (^_^)v

Few days ago...



I'm worried..






But...







I try again...
but...
why??
Who is he calling??














Oh, its...
me!




ehehe...

Sunday, June 13, 2010

Aspirin



Tangis yang tak terlihat dek mata kasar lebih sakit sakitnya di mata hati.
Luka tak berdarah lebih perit peritnya pada naluri.
Sakit tak terzahir bila pesakitnya adalah hati.


Kalaulah boleh aspirin mengubati.
Mesti tak ada istilah "bunuh diri".





Aku amat memerlukan aspirin itu saat ini...

Tuesday, June 8, 2010

Kereta labu

Aku lihat kamu. Aku dan kamu. Kita. Kita sama-sama menaiki kereta itu. Kereta berbentuk seakan-akan kereta labu dalam cerita fantasi 'Cinderella'. Bergelak ketawa. Bahagia. Menuju ke destinasi yang kita sendiri pun tak tahu. Dipandu oleh kuda-kuda yang gagah. Diarah oleh pemandu yang cekap.


Bila kereta diberhentikan, kita sama-sama pergi ke tempat persinggahan masing-masing. Rumah kecil. Atau lebih tepat lagi, restroom. Dan aku kembali ke kereta labu kita. Menunggu kamu. Sambil berjalan-jalan sekitar itu dengan kereta labu tersebut. Sumpah! Tidak terlintas sedikit  pun dalam agendaku untuk meninggalkan kamu ke destinasi kita.


Tetapi kau telah mengambil masa yang sangat lama. Aku jadi risau. Mana kamu? Adakah kamu baik-baik sahaja? Kerisauan itu memaksaku mendail nombor kamu. Lama berdering, baru kamu angkat. Suaramu seperti dalam kesusahan, menambahkan lagi kerisauanku.

aku : kamu, kenapa lama sangat, kamu ok tak kat sana?
kamu : haa cakap lagi, cakap lagi!! [dengan suara yang sangat sayu, bersama esak tangis]
aku : kamu....

Aku bingung, kenapa kau tiba-tiba begitu. Kau menangis semahu hati. Tiba-tiba...

"hukkkk", aku terbangun daripada tidur. Ku sedar badanku tak berselimut. Lalu teringat mimpi tadi. Aku masih tertanya-tanya, kenapa kau menangis? Walaupun itu cuma mimpi, aku masih risau. Kamu baik-baikkah disana?








Sejak kebelakangan ni, aku slalu mimpi. Yang pelik-pelik. Aku pon pelik. Kenapa ye? huhu