Kan best kalau kau perempuan...
Mesti aku dah boleh lepak kat rumah kau mase aku bosan-bosan.
Aku selalu berangan masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang member perempuan yang kamceng rumah dia dekat-dekat dengan rumah aku. Kiranya kalau aku bosan ke, takde keje nak buat ke, aku akan pergi rumah dia. Lepak bilik dia. Bukak fridge rumah dia buat macam rumah aku sendiri. Panggil mak dia macam aku panggil makcik-makcik aku. Buat treehouse dekat pokok yang besar dekat-dekat rumah kiteorang, main dalam treehouse tu sama-sama. Main masak-masak. Buat pinkyswears. Simpan rahsia sama-sama. Tulis surat, lepas tu simpan dalam kapsul masa, tanam kat mana-mana, bila dah sampai waktu yang ditetapkan, bukak balik kapsul masa tu.
Gosip-gosip pasal boys dengan dia. Main masak-masak. Kalau nak nangis kena marah dengan parents ke, pergi dekat dia. Buat kerja gila sama-sama. Selalu pergi playground sama-sama. Jalan-jalan. Main skipping. Buat homework. Makan aiskrim. Kunyah chewing gum. Pergi fun fair. Makan cotton candy. Shopping. Menggedik.
Dan sebagainya...
Kalau tulis memang panjang lebar ni. Tapi masalahnya impian tu memang impian je, Bestfren perempuan aku yang paling dekat pon, rumah dia kat Bangi. Itu pon dah makan dalam 30 minit tak silap aku. Yang kat Shah Alam ni, ada, tapi lelaki lah. Si ding ding yang aku sebut tadi tu. Minggu ni beliau bizi. Kalau nak ajak hangout pon kene tunggu minggu depan. Ding ding tu nama gelaran je, tak kan lah dalam IC pon nama dia Ding-ding bin sape sape. Hahaha. Nama beliau Aizzat. Beliau suka sangat tengok Doremon. Rasanya kalau Doremon tu betul-betul wujud mesti beliau sanggup fly ke Japang untuk jumpa Doremon tu. Dalam kereta beliau pon ada Doremon yang joget-joget kalau kena solar tu. Tahu tak yang mana?
Yang ni lah.
Eh lupa ada lagi sorang, bro aku. Apit [haa komersial x nme lu?]. Aku panggil dia bro sebab dia macam bro aku lah. Best kawan dengan beliau, lagi-lagi masa perlukan khidmat nasihat beliau. Memang macam bro lah pendek kata. Lagi 1, beliau pandai buat lagu. Siap mengaku gitar-gitar beliau sebagai aweks beliau. Kalau beliau kawen dengan gitar nanti aku tak tahu lah nak cakap macam mana, memang dah jodoh kot. Lagu beliau sedap-sedap hingga menjilat laptop. Ishh takkan itu pon korang percaya, mana ada orang jilat laptop, baik jilat lolipop. Aiskrim ke. Ish ish ish.
Ishh masuk yang ni dah dua orang besfren lelaki yang aku cerita kat post ni. Tak masuk lagi orang salji aku tu. Dengan bos aku. Ishh ramainya lelaki! Aku ni gatal kah? uihh mana ada, itu lah takdir namanya [nak sedapkan hati sendiri]. Alah kadang-kadang berubah angin apa salahnya kan? Ehehe.
Ok sebelum aku merepek lagi panjang, mari aku emphasize kan disini bahawa sesungguhnya penulis yang bergelar Cooleustary ini sedang kebosanan di rumah tak tahu nak buat apa. Nak tengok cerita Toy Story 3.
nak makan Noodle Station
Macam-macam lagi nak buat. Hurmm... Ok lah maaf lah kerana merepek. Sekian...
hahahaha...mmg totally mepek! mkn noodle station!
ReplyDeleteseronok baca atas ni. arigato gozaimas!! =D
ReplyDeletenad: hehehe besela aku ;)
ReplyDeletebro: ohh sama-samato :p