...aku ada exam. Exam short sem yang aku ambik untuk cuti sem ni. Subjek? Heat transfer and fluid mechanic. Kod dia KJM 442. Okay kalau omputih kata don't judge a book by its cover, aku nak tekankan kat sini, JUDGE A SUBJECT BY ITS CODE. Sebab exam tadi sumpah susah!. Memang KeJaM. Nama pon KJM kan muahahaha [ok tak ade kene mengena]. Adik aku dari semalam asyik cheer, "Along chaiyok chaiyok!" dikala aku sedang bertungkus lumus [tipu gile] stadi, buat aku rasa macam nak hempuk je kepala dia kat dinding and kata "Sila diam!". Korang rasa aku buat tak? Mestilah tak. Mana sampai hati aku. Aku senyum jelah. Comel jugak kadang-kadang bila adik-adik aku ni buat benda-benda gitu. Especially yang dah tua tu. Nazrin nama dia. Aku tahu dia baca blog aku ni. Mesti die menyumpah-nyumpah akaknye yang comel ini.
...aku berborak dengan orang yang aku suka tengok, sebab beliau comel. Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu [aku tak nak kena pelangkung dengan awek beliau kah3]. Bukan aku yang approach beliau, beliau yang tegur aku dulu. Buat aku rasa macam terawang-awang sebentar dan senyum sorang-sorang. Sebenarnya bukan sorang-sorang pon, ramai orang sekeliling yang perasan sebab rasanya ramai jugak yang tahu keperasanan aku itu.
...aku temankan member aku Hajar cari tiket bas. Dalam perjalanan balik, tengah borak-borak, nampak JPJ buat roadblock. Kami pon, mula lah, terberuk terkedek-kedek nak pakai seatbelt. Nasib baik sempat. Aku ni pulak dah lah jenis yang xberperasaan sangat, tapi bila dah berperasaan, dah sampai rumah baru hilang rasa berdebar-debar tu. Pakcik JPJ tu pulak, buat roadblock, bukan reti nak tengok, bagi jalan je. Sambil borak-borak dengan member sebelah dia. Selama kodok je dia. Geram pulak aku. Nasib baik tak kena heart attack.
...aku dapat message yang mampu buat aku senyum seorang diri. Aku tak faham kalau bab orang salji tu je, mesti aku tak jadi nak marah, merajuk atau apa-apa sifat negatif yang lain. Macam gedik lah pulak. kah kah kah. Tapi biar lah. Sekali sekala. kan kan kan ;)
...aku karaoke sorang-sorang dalam bilik macam katak panggil hujan. Suara dah sah-sah macam kucing tak cukup ikan. Kalau hujan pon, seronok jugak, boleh tidur lena malam ni. Nyanyi lagu susah-susah pulak tu. Lagu taylor swift. Alah korang mesti kate, alaa setakat Taylor Swift tu apa je. Cuba korang nyanyi salah satu lagu dia, tengok. Bukan senang taw. Pernafasan tu penting. Stamina mesti tinggi.
Ok kengkawan, aku dah merepek panjang, kini tibalah masa untuk pen off. Ops, keyboard off maksud aku. Sekian... (^_^)
oitt! dah habis sem meh??
ReplyDeleteJOM jalan!!!! yay! :P
btw. kirim salam aku kat orang salji kay?? :P:P:P
err perlukah?? haha
ReplyDeletemari weh jalan jalan carik pasal!! :)
perlu! kenapakah? jeles?? :P
ReplyDeletemestilahhhhhh :p
ReplyDelete