Aku lihat kamu. Aku dan kamu. Kita. Kita sama-sama menaiki kereta itu. Kereta berbentuk seakan-akan kereta labu dalam cerita fantasi 'Cinderella'. Bergelak ketawa. Bahagia. Menuju ke destinasi yang kita sendiri pun tak tahu. Dipandu oleh kuda-kuda yang gagah. Diarah oleh pemandu yang cekap.
Bila kereta diberhentikan, kita sama-sama pergi ke tempat persinggahan masing-masing. Rumah kecil. Atau lebih tepat lagi, restroom. Dan aku kembali ke kereta labu kita. Menunggu kamu. Sambil berjalan-jalan sekitar itu dengan kereta labu tersebut. Sumpah! Tidak terlintas sedikit pun dalam agendaku untuk meninggalkan kamu ke destinasi kita.
Tetapi kau telah mengambil masa yang sangat lama. Aku jadi risau. Mana kamu? Adakah kamu baik-baik sahaja? Kerisauan itu memaksaku mendail nombor kamu. Lama berdering, baru kamu angkat. Suaramu seperti dalam kesusahan, menambahkan lagi kerisauanku.
aku : kamu, kenapa lama sangat, kamu ok tak kat sana?
kamu : haa cakap lagi, cakap lagi!! [dengan suara yang sangat sayu, bersama esak tangis]
aku : kamu....
Aku bingung, kenapa kau tiba-tiba begitu. Kau menangis semahu hati. Tiba-tiba...
"hukkkk", aku terbangun daripada tidur. Ku sedar badanku tak berselimut. Lalu teringat mimpi tadi. Aku masih tertanya-tanya, kenapa kau menangis? Walaupun itu cuma mimpi, aku masih risau. Kamu baik-baikkah disana?
Sejak kebelakangan ni, aku slalu mimpi. Yang pelik-pelik. Aku pon pelik. Kenapa ye? huhu
weh??? mimpi siapakah????
ReplyDeletesabar. banyak banyak kan selawat.
mimpi itu mainan syaitan...
hehehe yg berkenaan lah... ;)
ReplyDeleteouhh okkeh aloy, tenkiu huk3 :)
kau try x tanye dy, dy ad masalah or ape2?
ReplyDeletetnye da... die mmg de mslh tp xsmpt nk cite huk3
ReplyDelete