alhamdulillah. Kadang-kadang bila bendera merah nak dikibarkan memang emosi akan bergelodak. Aku benci cara aku berfikir dan bertindak bila aku sedang marah atau bersedih. Macam tak fikir ape-ape. Buat tanpa berfikir. Lepas tu menyesal. Sebab tu kalau marah atau sedih aku lebih suka mendiamkan diri sahaja. Kalau tak nanti akan ade hati yang terluka.
Sebenarnya dah lama tak rasa macam ni. Sepatutnye aku still rase sedih sebab laptop aku rosak tapi sekarang jadi tak berperasaan. Dan aku tawu benda tu adalah petanda kepada sesuatu yang kurang elok untuk emosi aku. Macam mane nak kawal emosi ehh? Kadang-kadang aku betul-betul terkejut dengan ape yang aku dah buat. Ape yang aku dah rosakkan. Kalau aku amek lagi 5 saat pun cukup lah, benda tu takkan jadi. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana.
Kalau kat sekolah, kite buat ujian sebab nak nilai tahap mana kemahiran kita dalam subjek tu. Macam tu lah jugak dalam hidup. Ujian yang Allah turunkan bertujuan untuk menilah tahap mana keimanan kita disamping untuk muhasabah diri. Beza ujian kat sekolah dengan ujian hidup; kalau ujian kat sekolah kite akan stadi dulu baru kita buat ujian tu. Ujian Allah, kita dapat ujian dulu baru kita muhasabah diri. Tolong lah muhasabah diri, jangan lah tak sedar-sedar lagi kalau ade pape benda tak elok berlaku kat korang tu.
Tak semestinye benda tak elok je berlaku adelah ujian, kadang-kadang benda yang kita suka pon adalah ujian jugak. Dan benda-benda ni lah yang selalunya berjaya merobek jati diri manusia sampai lupa Pencipta mereka. Contoh terbaik- harta dan kuasa. Cuba tengok sekelilng, berapa peratus je orang yang kaya atau berkedudukan dalam masyarakat yang masih zuhud istiqamah buat benda baik?
Fikir lah sendiri.
Jadi, kesimpulannye, kita kenelah sentiasa muhasabah diri supaya dapat memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Paling penting, jangan mengeluh dengan takdir Allah sebab kite tak tahu banyak mana kebaikan yang datang bersama dengan satu ujian. Itu janji Allah.
Sekian... =)