Wednesday, December 15, 2010

Magikkah?

Bila pisau halusinasi mencucuk-cucuk belikat melingkau-lingkau rusuk petanda bodoh-bodohnya kebodohan yang dibodohkan.
Kenapa yang dirasai sakit tidak terperi bagai tiada jawapan menangisi benda yang tidak tahu hujung puncanya.
Apa sebenarnya keadaan punca penyebab jatuhnya air ini di pipi walau cuba digali mungkin kamu lah sahaja yang memahami bukan kau mahupun kau yang lain, aku tidak peduli.
Mungkin bodoh-bodoh itu aku ataupun kamu, rindu tapi tak bertemu atau apa lagi kali ini mimpi-mimpi merapu merasuk waras aku meracau dalam igauan termenung dalam kenyataan.
Bila mungkin 'bersua' menjadi satu kepastian?


Ketahuilah sebenarnya dan sesungguhnya rindu bertindih-tindih menjadi banyak menjadi berat di pundak biarpun tidak kelihatan tapi itulah perasaan yang sukar dijelaskan dengan logik akal manusia yang tidak panjang itu.
Kalau aku merapu kekiri kekanan kedepan kebelakang keatas kebawah kesemuanya kamu sahaja yang terlihat terdengar mahupun terasa, magikkah?


Katanya; bukan, ini cuma.... cinta.




YA! CINTA!

3 comments:

  1. wah..semakin dasyat kwn ku ini ;p

    ReplyDelete
  2. ehehe aku jd jiwang klaw nga sdih [rinduu] :p

    ReplyDelete
  3. wawawawaawa...soooooo jiwang!!! hihihi

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)