Melihat ke luar jendela, menghirup udara segar.
"Alhamdulillah, aku masih bernyawa saat ini", gumamnya.
Saat realiti seperti menakutkan. Saat dia tak sanggup untuk menerima satu lagi kehilangan. Langit mendung seakan kesedihan.
"Bagaimana pula dia, baik-baikkah sahaja?"
Hatinya diselaputi kerisauan. Lantas dia menoleh ke skrin komputer ribanya. Merenung satu-satu perkataan yang seakan berterbangan. Yang sudah dibaca berulang kali. Matanya tertancap ke satu nama yang tidak asing baginya. Pantas sahaja jarinya membawa cursor ke arah nama itu, dan menekan dua kali.
Dia memerhatikan sekali lagi. Hatinya rasa tak sedap. Guruh sudah mula membelah langit.
"Ah, barangkali aku overthink lagi sekali ni", fikirnya.
Dan hujan pun jatuh menyembah bumi.
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)